BAB 34💎

19 4 0
                                    

Seminggu kemudian..........

"Saya Cikgu Akio akan ajar awak semua bahasa Jepun." Kata guru yang agak tampan sambil mempamerkan senyuman manis. Siapa yang tidak cair melihat guru tersebut?

Sudah tentu Kim Eun Na. HAHAHA

"Aku tengok cikgu tu senyum je dari tadi." Bisik Eun Na. Won Young pandang Eun Na macam ni "🤨" "Tak kan nak tunjuk muka stress kat depan tu." Balas Won Young. Eun Na mengeluh. "Ye lah. Tak ke stress? Habis belajar terus kerja."

"Eun Na?" Tiba-tiba Cikgu Akio memanggil. Eun Na terus memandang guru bahasa Jepun tersebut. "Maaf kalau saya panggil awak tiba-tiba. Boleh awak pergi jumpa saya masa balik nanti?" Tanya Akio. Eun Na hanya angguk. Entah kenapa Cikgu Akio mahu berjumpa dengan dia. Nak mintak tips mengatasi stress kot. "Semua murid sila beri perhatian okay. Tak lama lagi awak akan menempuhi ujian dalam kehidupan. Jadi saya harap awak dapat menempuhinya dengan sabar. Kuatkan iman. Jangan lemah." Semua murid angguk tanda setuju. Tiada apa yang senang dalam dunia. Kecuali tidur. Kot.

"Ujian akan bermula minggu hadapan. Jadi sila sediakan mental yang kuat untuk menghadapi ujian lisan tersebut. Faham?"

Cikgu Akio kembali mengajar seperti biasa.

~*~*~

"Jom balik." Ajak Won Young. Eun Na memandang Won Young. Ada sesuatu yang kawan dia ni lupa. "Aku kena jumpa Cikgu Akio. Kau dah lupa?" Won Young menepuk pelan dahinya. "Haha, aku gerak dulu lah. Bye." Mereka saling melambaikan tangan. Sebab kalau melambai kaki tu agak tak sopan.

Eun Na berjalan menuju ke arah bilik guru selepas berjaya menghadapi rintangan. Rintangan apa? Kemas beg. Yah, kemas beg pun perlukan tenaga.

"Cikgu Akio?" Panggil Eun Na. Cikgu Akio yang terdengar namanya dipanggil terus menoleh ke arah Eun Na. "Eh ye, Eun Na." Cikgu Akio mengeluarkan kertas dari laci mejanya. "Kenapa cikgu nak jumpa saya?" Tanya Eun Na. Cikgu Akio menyerahkan kertas yang dikeluarkan dari laci meja. "Ni." Eun Na mengambil kertas yang Cikgu Akio berikan.

"Ha?" Hairan? Sangat-sangat pelik. Kenapa? Sebab dekat kertas tu tunjuk poster kedai makan baru buka. Yes! Tiber gitu. "Saya nak ajak awak pergi sana hujung minggu ni. Awak free?"

Wuish cikgu biar betholl. "Errrr........ Tapi kan cikgu boleh pergi sendiri. Kenapa nak ajak saya?" Cikgu Akio tersenyum mendengar jawapan Eun Na. "Sebagai hadiah. Hadiah sebab dah dapat nilai bagus dalam kuis bahasa Jepun minggu lepas." Singkat dan padat jawapan yang diberikan Cikgu Akio tapi tak masuk akal.

"Tapi cikgu boleh je belikan hadiah lepas tu bagi saya." Kata Eun Na. Dia berusaha cari alasan untuk menolak ajakan gurunya itu. Mana tak, keluar dengan orang yang baru je dia kenal. Cikgu pulak tu. Even cikgu, kena berwaspada. "Lagipun kan cikgu. Ada je yang dapat nilai bagus. And maybe lebih bagus dari saya." Cikgu Akio hanya angguk. "Ya, sebab tu saya ajak orang lain jugak." Eun Na mengerutkan dahinya.

Wah, cikgu. Kaya jugak cikgu ni.

"Hurmm still tak dapat. Abang saya ni susah nak bagi saya keluar dengan mana-mana lelaki kecuali calon menantu mak saya dengan kawan masa kecik saya." Cikgu Akio angguk tanda faham. "Baiklah, saya akan serahkan hadiah dekat awak esok." Eun Na tersenyum. Belum pernah dia dapat hadiah dari cikgu sebab perkara remeh tu. Takat kuis, cikgu kat sini tak pandang lah.

~*~*~

Eun Na baring kat atas katil lepas keringkan rambut. "Siyes lah cikgu tu ajak kau keluar?" Tanya Taehyung yang duduk di meja belajar Eun Na. Eun Na angguk tanda betul, benar dan true.

"Gila agaknya cikgu tu." Eun Na menjeling Taehyung. "Tak baik cakap cam tu. Dia yang bagi orang ilmu tau. Oppa apa tau. Kerja, kerja, kerja. Tak bosan ke?"

"Kerja dapat duit. Tak de lah jadi beban." Jawab Taehyung dengan selamba. Eun Na tau maksud abangnya itu tapi dia tak peduli. Ayat dah lapok you. "Jangan pergilah. Bahaya lah cikgu tu. Tah, tah miang." Eun Na angguk tanda setuju. "Tapi kan......." Taehyung memandang Eun Na tanda sedia memberi perhatian. Ceh.

Eun Na mengeluh dulu sebelum meneruskan kata-katanya. "Dia masih muda plus handsome." Selamba badak Eun Na berkata-kata. Taehyung tersenyum marah mendengar kata-kata pelik adiknya. "Rasanya kau yang miang sekarang ni." Kata Taehyung. Eun Na ketawa besar. "HAHA jelous ke? Okay, okay. Oppa lebih handsome."

Taehyung tersenyum bahagia. "Dah, buat ulangkaji. Jaemin cakap korang ada ujian tak lama lagi." Inilah dia. Susah kalau ada keluarga yang kerja kat bangunan sekolah tu. Cakap pasal keluarga. "Oppa, Renjun tu siapa?" Tanya Eun Na. Taehyung bagi pandangan "😑"

"Cikgu kau lah nyah. Ni mesti fokus kat cikgu Jepun kau tu je. Cikgu lain kau tak pandang." Eun Na menggeleng. "Dia suruh bagi surat." "Aku straight." Makin menyampah Eun Na dibuat Taehyung. "Asalkan surat, mesti fikir pasal cinta. Patutlah single." Bisikan Eun Na, Taehyung dapat mendengarnya dengan jelas. "Surat apa dia bagi?" Eun Na mengambil surat dari begnya lalu menyerahkannya kepada Taehyung.

Dah seminggu berlalu baru nak bagi. Tidak bagus untuk kesihatan ya awak semua.

Taehyung melihat surat tersebut. "Ah, Huang Renjun. Sepupu belah eomma." Dia terus keluar dari bilik Eun Na tanpa berkata apa-apa. Sus, besar sangat ke rahsia tu?

TBC-

Going Crazy | Treasure 💎 [Stop]Where stories live. Discover now