BAB 7💎

112 20 0
                                    

Eun Na POV~

Semuanya berlaku masa umur aku 14 tahun. Masa tu aku selalu kena buli. Ye, rasa sakit tu ada. Tapi aku takut nak melawan.

"Eun Na!" Panggil seseorang. Aku tau siapa dia. Dia puteri sekolah. Dipandang tinggi dan kaya. Selalu ambik kesempatan atas kekayaan dia. Aku pasrah. Nak tak nak, aku terpaksa menoleh ke arahnya. Walaupun aku tau semuanya tu akan bagi beban kat hidup aku. "Tolong beli keropok, air, kek and banyak lagi lah. Tak kisah kau nak beli apa, beli lah. Asalkan dapat kenyangkan kita orang. Ok?" Katanya. Aku hanya angguk.

"Beli kat kedai sebelah rumah kau tu tau. Kat situ je banyak pilihan. Beli waktu rehat ni." Katanya. Aku terkejut. "Tapi......... Kedai tu jauh. Waktu rehat setengah jam je." Kata ku dengan nada yang rendah. Dia terus menghentak meja. "Kau ni! Kang aku sepak kau, baru kau tau! Pergilah cepat-cepat sikit! Bukannya susah pun!" Marahnya. Aku hanya diam. Takut nak melawan. Dia baling kad kredit dia kat muka aku. "Ambik tu. Impossible kalau tak cukup. And kad kredit tu kau punya. Ambik terus."

Waktu rehat...

Aku cepat-cepat keluar dari kelas untuk pergi kedai kat sebelah rumah aku. Aku baru teringat. Pengawal keselamatan jaga pagar tu sekarang. Aku kena cari jalan lain.

Satu benda kotor terlintas dalam fikiran aku. Aku kena tukar baju pj lepas tu panjat tembok. Tu je satu-satu cara yang dapat selamatkan aku dari perempuan tu. By the way, nama dia Clary.

Aku pun buatlah semua benda yang aku plan tadi. Aku tukar baju, panjat tembok sekolah and berjaya keluar. Aku cepat-cepat berlari menuju ke kedai yang dikatakan oleh Clary tadi. Selepas membeli semua barang yang minah tu nak, aku terus berlari keluar kedai.

Nasib aku betul-betul malang time tu. Entah kenapa cikgu ada depan mata aku sekarang. "KIM EUN NA!" Jerit cikgu tu.

Nafas aku tak teratur. Tipu lah kalau tak takut. "Awak keluar sekolah senyap-senyap?! Awak ponteng ke?!" Tanya cikgu tu. Orang kat sekeliling aku terus bisik sesuatu. Aku ada dengar jugak apa yang diorang cakap. Hati aku betul-betul sakit. Aku tahan tangisan aku. Aku tertunduk.

"Tu bukan anak Encik Kim ke?"~ Mak cik bawang 1
"Teruknya perangai."~Mak cik bawang 2
"Tak de masa depan dah tu."~Mak cik bawang 3

Kata-kata mereka sedikit-sebanyak buat aku terasa. "Cik-cikgu. Saya......" Aku baru nak cakap. Cikgu terus potong. "Ikut saya!"

Skip.........

"Kenapa kamu keluar sekolah tanpa pengetahuan saya?" Tanya guru kelas aku. Aku hanya tertunduk. Aku takut nak bagitau. Takut Clary serang aku.

"Tak boleh ke awak beli semua ni sebelum awak pergi sekolah tadi?" Tanya guru kelas aku sambil menjeling plastik keropok dengan air tu. "Sa-saya... Saya pergi sebab orang suruh." Kata aku. Aku dah tak nak kena salah. Kang aku pulak kena buang sekolah.

"Siapa suruh?" Tanya cikgu. Aku menarik nafas aku. "Clary." Takut? Ye! Aku takut gile sekarang. Tiba-tiba Clary masuk dalam bilik guru kelas kami. "Kau nak tuduh aku pulak?! Kau curi kad kredit aku, sekarang kau nak tuduh aku pulak?! Dasar perempuan tak guna!" Clary menarik rambut aku. Kawan-kawan dia semua cuba untuk tenangkan dia. Termasuk cikgu aku.

"Miskin sangat ke kau?!" Marah Clary. "Eun Na, apa semua ni?" Tanya guru kelas aku. Clary terus menampar aku.

"Saya kecewa dengan awak Eun Na." Kata guru kelas aku. "Saya akan telefon ibu bapa kamu. Dan saya akan ambik tindakan terhadap kamu." Sambungnya lagi. Aku dah tak kuat. Tanpa aku sedar, air mata aku terus terjatuh. Aku dah banyak kali kena buli. Tapi kali ni aku tak kan diam. Aku akan BALAS DENDAM.

TBC~

Going Crazy | Treasure 💎 [Stop]Where stories live. Discover now