"Apa maksudmu Giandra?"

"Apa kau tahu mengenai kakanda kandungku?" Giandra menyoal selamba seakan-akan dia tidak terkesan dengan nama abang kandungnya itu.

"Luth?"

Hanya kerdipan mata sebagai isyarat mengiyakan.

"Sejak kemangkatan kakandaku, aku tidak pernah sekali menangis kerananya."

Aku tersentak. Mustahil.

"Mustahil. Bukankah awak sangat..."

"Sayangkan baginda?"

Aku mengangguk laju.

"Iya, memang benar aku begitu mengasihi dan menyayangi baginda. Hubungan kami itu terlalu rapat sedari kecil. Beza umurnya antaraku juga hanya selangi beberapa tahun dan tidak begitu jauh. Justeru kerana rasa sayang yang begitu mendalam itulah aku tidak mampu menangis kerananya."

"Tapi tatkala melihat uguwan lain yang menangis kerana uguwan yang mereka cintai dan sayangi, hatiku begitu sakit sekali dan rasa sakit ini sesungguhnya tidak mampu aku gambarkan dengan kata-kata."

"You're in pain, Giandra." ujarku tanpa sedar bahasa yang aku gunakan.

Giandra menoleh. Dan aku tersentak saat bertentangan mata dengannya, sejak tadi aku khusyuk memandang sisi wajah kacak Giandra dan mendengar dia bercerita.

"Apa yang kau katakan? Aku tidak bisa memahaminya."

"Umm...maksud saya. Awak dalam kesakitan. Awak sedang menanggung satu kesakitan yang tidak tertanggung Giandra. Dan awak tak mampu hendak meredakan rasa bebanan itu. Awak lemah kerana awak tak mampu nak menangis."

"Lemah?"

"Iya. Awak lemah kerana awak tak mampu nak kurangkan bebanan perasaan awak sendiri. Tidak ada yang salah untuk seuguwan lelaki juga menangis. Awak tak pernah cuba untuk menangis?"

Giandra menggeleng perlahan.

"Aku tidak suka. Kerana bagiku tangisan laki-laki itu adalah lemah."

Aku menggeleng.

"Menangis bukan tandanya lemah, ia hanya satu cara kita menzahirkan rasa sedih dan mengurangkan bebanan perasaan. Ia juga bertujuan agar kita tidak menyeksa diri. Sudah 10 tahun bukan awak kehilangan kakanda awak? Dan awak dah tanggung penderitaan yang begitu lama. Awak tidak rindu kepada keluarga awak?"

"Cukup. Aku tidak mahu kau membahas perihal peribadiku lagi." Tegas Giandra berkata. Dan ia membuatkanku sedikit berkecil hati. Giandra bagun dari duduknya dan memandang ke arahku.

"Ayuh kita pulang. Kau sudah cukup lama berada di luar pondok. Aku risau tubuh kau akan kemasukan angin." Dan kata-katanya yang terkandung keprihatinan itu segera mengubati kembali rasa kecil hatiku.

Lambat-lambat aku bangkit kerana pergerakanku yang terbatas. Giandra hanya memerhati dan mengawasi tindakanku. Aku menggaru belakang leher yang dilapisi tudung saat melihat jurang kecil antara batu besar yang aku duduki dan bahagian daratan di tebing sungai itu. Tadi aku melangkah macam mana ek? Aku kena rasuk ke aku boleh langkah selamba ja naik ke batu ni? Tapi sekarang aku sudah tidak yakin pula. Sekarang kalau silap langkah sekarang, terpeleot pulak aku dalam jurang kecil sungai tu, pakaian yang aku pakai pun nanti confirm habis basah kuyup.

HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔Where stories live. Discover now