16 ♡

137 22 23
                                    

tepat jam 12.00 tengahari pada 5 july , yeona melahirkan bayi kembar seorang lelaki dan seorang perempuan. ateez tidak sabar melihat anak yunho dan yeona.

yeosang dan mingi bergaduh kerana mahu mendukung bayi perempuan. wooyoung dan san bergaduh pasal hadiah siapa yang paling mahal. hongjoong dan yunho sudah mengeleng kepala.

jongho pula menimbulkan masalah dengan cuba menunjukkan kekuatannya pada bayi lelaki. kan sudah menangis kerana takut dengan jongho.

" kau punya pasal maknae , tengok uri yunho junior dah menangis " , bebel wooyoung sambil mencekak pinggang.

jongho tertunduk kerana takut mendengar hongjoong pula membebel. memang hongjoong membebel kalah seonghwa tetapi nasiblah seonghwa hanya mendengar sahaja.

" korang ! " , jerit kang joon dari pintu bilik tersebut sambil tercungap cungap. habis berpeluh dahinya.

" okey tak abang ? apahal berpeluh dahi tu ? macam jumpa hantu je " , usik yeona.

" abang jumpa seo...seong-hwaaa ! dengan wooya ! "

terdiam seketika mereka semua mendengar kata kata kang joon. ateez dan min jae sudah kalut lari mengikut kang joon. yunho pula kalut memapah yeona pergi menggunakan kerusi roda.

mereka mengikut langkah kang joon sehingga tiba di cafe yang terdapat di dalam hospital tersebut. terngaga mereka semua memandang dua figura yang dikenali.

" SEONGHWA ! WOOYA ! " , serentak mereka menjerit seraya melangkah ke arah mereka berdua.

kedua pasangan tersebut terkejut memandang orang yang tak dikenali mereka meluru ke arah mereka. mereka berpandangan dan mengangkat bahu.

yeona terlebih dahulu bangkit dari kerusi roda dan memeluk wajah yang seakan wooya itu. ateez pula memeluk wajah yang seakan seonghwa itu beramai ramai.

" wooya... aku rindu kau " , bisik yeona dengan air matanya tidak henti turun.

" cik... saya rasa cik silap orang ni. saya bukan wooya "

" tapi muka awak macam dia. izinkan saya peluk awak sekejap "

gadis itu hanya mengangguk kerana dapat rasakan yang gadis di hadapannya itu kehilangan orang yang berwajah sepertinya. perlahan lahan dia menepuk belakang yeona.

" SEONGHWA HYUNG ! JANGAN TINGGALKAN KAMI LAGI ! " , rengek jongho.

" tapi saya... "

" muka awak macam seonghwa ateez jadi kami mati mati ingatkan kamu berdua kawan kami yang mati setahun yang lalu " , jelas hongjoong.

lelaki tersebut menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan mereka semua. senyuman manisnya sama sekali tak tumpah seperti seonghwa.

" saya hwaseong "

" TENGOK NAMA PUN NAK SAMA ! HUWAAAAA " , kali ini wooyoung dan san rengek.

" maafkan kami , sebab seonghwa pun guna nama tu untuk atiny " , mengalir air mata hongjoong tetapi cepat cepat dikesat.

________________ ♡ ________________

" wooya ni lagi cantik dari saya tau. macam mana lah awak semua kata kami seiras "

yena membelek gambar gambar wooya yang diletakkan di meja cermin di biliknya. yena tersenyum sendiri melihat kecomelan wooya ini.

" awak dengan wooya muka sama tapi personaliti tak sama. wooya ni banyak diam then dia ni ganas sikit. awak lain sikit , awak lembut "

yeona menghampiri yena dan nenariknya keluar dari bilik wooya setelah mendengar yunho memanggil mereka. terlihat makanan sudah disediakan.

hwaseong dan yena ini pasangan suami isteri yang baru berkahwin 2 bulan lalu. mereka berdua sama sama bekerja sebagai doktor di hospital tersebut cuma bahagian lain.

" jadi yena , hwaseong.. kita kawan boleh ? maksud saya kita keluarga ? " , pinta min jae.

" kami tak kisah pun lagipun kami tahu niat awak semua baik baik. terima kasih sebab kawan dengan kami " , balas hwaseong.

mereka semua menghabiskan masa bersama sama sehingga senja. pelbagai cerita mereka kongsikan bersama sehinggalah cerita hidup wooya dan seonghwa.

tanpa mereka sedari dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar , roh seonghwa dan wooya juga menyertai mereka dari awal sehingga akhir. bergelak tawa sehinggalah menangis bersama.

" kami tahu benda ni takdir mereka berdua. kami tak sangka wooya gadis mimpi tu dan berakhir macam ni " , kata yunho.

" rupanya ada makna sebalik mimpi seonghwa tu cuma kita je tak tahu " , perlahan san berkata.

" ingat tak seonghwa hyung selalu mimpi yang bayang wooya selalu hilang ? itu maknanya dia akan perlahan lahan tinggalkan seonghwa. contoh , wooya lari dari seonghwa then tak boleh terima yang seonghwa kenal dia ? itu dia "

" tak apa , janji dorang sentiasa bersama dekat alam baru tu " , balas yeosang.

" betul betul , agak agaknya dorang dah ada anak ke belum ha ? " , wooyoung cuba berfikir di luar kotak.

san dan yunho masing masing menunjal dahi wooyoung sehingga tercetus bunyi yang agak kuat. merah dahi wooyoung dibuat mereka.

" itu makan dia " , kata mingi sambil tertawa.

" eleh , kau kahwin dulu wooyoung baru nak sibuk pasal anak orang " , bebel kang joon yang fokus bermain permainan atas talian.

wooyoung dan kang joon mula bergusti sesama sendiri sehingga mereka tidak mahu melepaskan antara satu sama lain. pening dibuatnya hongjoong dan yeona. huru hara rumah itu dengan telatah mereka.

walaupun merindui seonghwa dan wooya , mereka tetap meneruskan kehidupan tetapi sentiasa berdoa mereka berdua bahagia di alam lain.

_________________ ♡ _________________

tamat ♡

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now