13 ♡

106 16 4
                                    

berpeluh peluh dahinya dan riak wajahnya seakan kecelaruan tentang sesuatu. kadang kadang dia tertawa , menangis , tersenyum senyum dan kadang kala meroyan.

yuvin bertekad bahawa kali ini dia akan membawa jihoon berjumpa dengan kawannya yang seorang doktor psikatri. mungkin cara ini dapat memulihkan jihoon.

" itu kawan aku. nama dia jihoon , seo jihoon. dia jadi macam tu sebab dapat tahu yang girlfriend dia dah kahwin dengan orang lain"

" girlfriend dia sendiri kahwin dengan orang lain ? kejamnya... "

mungkin pandangan orang lain mereka akan menyalahkan yeona tetapi mereka sendiri tidak sedar itu juga kesalahan jihoon sendiri kerana tidak percaya pada realiti.

" kau cuba lah cakap dengan dia kyungmi. aku kesian tengok dia sebenarnya "

" aku cuba eh ? tapi aku akan tolong kau , jangan risau " , seraya kyungmi tersenyum manis.

kyngmi bangkit dari tempat duduknya dan berjalan perlahan lahan ke arah jihoon yang baring menghadap dinding. kyungmi lembut memanggil nama jihoon dan dia menoleh.

"  yeona ? kau ke tu ? " , tubuh kyungmin lantas dipeluknya. " aku dah cakap yang kau akan datang balik dekat aku dan tinggalkan mamat yunho tu " .

yuvin sendiri terkejut melihat jihoon sebegitu sehingga tidak mengenali siapa yeona yang sebenarnya. di mata jihoon , kyungmi terlihat seperti yeona.

pintu bilik kyungmi diketuk dan dibuka oleh rakan baiknya , kyunghee. terjatuh jaket doktor yang dipegang kyunghee kerana melihat kyungmi.

" kau biar betul , kyungmi ? "

" jangan tinggalkan aku lagi... " , rayu jihoon perlahan.

baju kemeja milik kyungmi terasa basah di bahagian perutnya. baru sahaja dia perasan yang lelaki itu menangis kerana takut dia tinggalkannya.

" kyunghee , tolong aku periksa jenis kemurungan encik jihoon "

kyungmi menunduk memandang jihoon seraya memegang wajah tampan miliknya. jihoon mencebik. kyungmi cuba berfikir cara memujuk jihoon.

" saya pergi dulu , awak tidur dulu nanti saya ambilkan makanan untuk awak , okey ? jangan cebik cebik. saya janji takkan tinggalkan awak "

" okey okey nak peluk dulu " , jihoon mendepakan tangannya.

kyungmi memandang kyunghee dan kyunhee hanya membalas senyuman. kyungmi terus memeluk tubuh jihoon dan mengusap belakangnya.

________________ ♡ ________________

" suka baju ni sayang ? " , soal seonghwa sambil menunjukkan gaun pengantin yang dipilihnya.

gaun yang dipilihnya berwarna biru gelap dengan kain yang agak labuh. renda renda yang dijahit pada gaun itu nampaknya agak mahal kerana bentuknya. mahkota dipilih sebagai penambah seri.

" semua cantik encik park seonghwa. saya pakai je apa yang awak pilih okey ? "

" tak adalah , saya takut awak nak pilih sendiri " , wooya mengeleng sambil memegang tangan seonghwa.

hari ini seonghwa meminta kebenaran agensi dan manager untuk membeli persiapan perkahwinan. nasiblah fans dan agensi tidak membantah dengan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga.

" saya pergi tengok yeona dengan yunho dekat belakang. awak pergi bayar dulu ke tau ! "

" iye , jangan lama lama sangat " , pipi seonghwa dikucup dan wooya berlalu pergi.

sebenarnya wooya bukan pergi untuk berjumpa yeona tetapi dadanya berasa sakit sangat. dia berhenti di satu lorong yang tiada orang dan terbatuk kerana berasa tidak selesa.

cecair darah pekat terdapat di telapak tangannya. pesanan doktor masih terngiang ngiang di benaknya tentang penyakit yang dihadaoi wooya.

" cik wooya , tempoh hidup kamu tak panjang. kuman sudah merebak ke paru paru dan risiko untuk melakukan pembedahan tinggi. maafkan saya... " , belum sempat doktor menghabiskan kata katanya , wooya memotong percakapannya.

" doktor tak perlu minta maaf. dah memang ajal saya pendek. terima kasih doktor sebab merawat saya " , wooya mengukir senyuman.

" ubat cik wooya ? "

ubat ubat yang sudah tersedia dalam paket dihulur pada wooya tetapi ditolaknya. wwooya segera keluar dari situ dan memberitahu perkara itu pada abangnya min jae tetapi tidak pada yang lain.

" wooya ? ! " , jerit yeona dari hujung lorong.

wooya cepat cepat mengelap darah yang berada di tangannya menggunakan tisu yang dibeli tadi. yeona menghampiri dan memeluk tubuh wooya dan tidak perasan tentang hal yang wooya lakukan.

" seonghwa mana ? aku dengan yunho dan jumpa gaun ! jom kita ke wedding planner sebab nak pilih pelamin "

" aku cari kau tadi nyah " , wooya menyepetkan matanya memandang yeona.

yeona menarik narik pipi tembam wooya sehingga kemerah merahan. wooya mengejar yeona dan dia bersembunyi di belakang tubuh yunho.

" YEONA ! " , wooya menarik tangan yeona.

" saya tak campur tangan... " , belum sempat yunho pergi , yeona menariknya.

seonghwa yang baru membayar gaun milik wooya terkejut melihat adegan tarik menarik di situ. seorang pekerja panik lalu memanggil seonghwa untuk menghentikkan.

________________ ♡ _________________

to be continued ♡

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now