02 ♡

165 24 0
                                    

wooya ' s

bosan. penat. malas. perkataan yang sinonim tu je sesuai untuk situasi aku sekarang. duduk dalam dewan kuliah sambil mendengar bebelan pensyarah yang tak pernah aku faham dari tadi.

aku melihat yeona yang masih dapat tumpukan perhatian walaupun aku di sebelah dia ni hampir reput setelah 1 jam dengar bebelan sir choi.

" baik aku layan youtube "

aku membuka aplikasi youtube sebab nak tengok variety show artis korea. aku ni bukannya kfans sangat tapi sebab yeona ajaran sesat dia tu bertambah.

ada lagu inception katanya yang best do baik aku dengar dulu sebelum aku reput. apa tu artis dia ? yes ateez. si yeona ni walaupun dah ada boyfriend tapi bukan main minat yeosang.

apahal yeo yeo ni ? aigoo.

" kau dengar tak apa sir choi cakap ? "

budak ni time aku dengar lagu lah dia kalut nak tanya aku macam macam. aku mengeleng laju untuk pertanyaan yeona sebab aku tak faham dan tak nak dengar apa sir choi cakap.

" kau layan ateez eh ? " , bisik yeona.

ha mula dah.

yeona menarik earphone dari telinga kiri aku kemudian memakaikannya di telinga dia. hampir sahaja aku carut dekat dia tapi sebab sayang , tak jadi.

dari mula sehinggalah bahagian chorus kami berdua fokus melihat mv inception itu. kemudian , seorang lelaki sedang attack aku dengan cadbury di perutnya.

" tu siapa ? hensem babi "

" ouh tu. tu seonghwa "

seonghwa. tapi kenapa muka lelaki ni macam aku biasa tengok ? and jarang aku tengok lelaki sampai mengedik macam ni. biasanya , lelaki dekat universiti ni banyak yang sado tapi hampeh.

" cuba kau bagitahu aku semua nama dorang ni. ni lelaki tinggi- aigoo hensem bapuck. bukan- dia cantik "

terpegun aku melihat wajah lelaki yang tinggi lampai di antara mereka. dia cantik sangat kalah aku. dah tepi , aku yang perempuan ni macam jantan je.

" tu yunho. memang cantik kan ? ha tu jongho uri maknae tapi kuat and vocal mantop " , yeona menunjukkan lelaki berambut merah itu.

sedang sibuk kami dengan dunia sendiri sampaikan tak perasan kelas sir choi dah habis. fuh lega hidup aku lepas 1 jam macam 1 tahun dalam kelas dia.

kemudian , notifikasi iphone yeona berbunyi dan perasaan tak sabar dan gelabah biawak seperti biasa , dia membuka telefon. tiba tiba dia menjerit.

nasib tak ada orang.

" apa kau ni ? kalau sir choi ada dah lama dia mati katak sebab kau tahu tak ? "

" ateez lah tu. dorang ada post gambar dekat instagram and guess what ? "

minah ni senyum sorang sorang pastu tunjuk dekat aku gambar yeosang kesayangan dia tu. ni kalau jihoon nampak , mampos kau yeona.

" eh kenapa dorang post gambar rantai dekat story feed ? "

aku pun minah kepoh jugak jadi aku nak tahu apa yang yeona tengok dan disebabkan dia tinggi aku terpaksa lompat belakang dia.

" rantai ? tu macam rantai- "

" atiny , tolong seonghwa cari gadis yang pakai rantai loket ni " , yeona mula membaca caption yang dihantar.

yeona menarik kolar baju aku kemudian mengeluarkan rantai loket yang tersembunyi dalam baju. jarang aku tunjuk rantai ni dekat orang.

" takkan dia cari kau wooya ? tapi aku tak faham kenapa dia cari perempuan yang pakai rantai ni "

aku pun nak tahu juga kenapa dia cari perempuan yang pakai rantai sama macam aku. sebab rantai ni pemberian omma aku and katanya rantai ni pemberian appa masa hari perkahwinan.

" yang penting dorang akan adakan fansign dekat korea "

" nak pergilah tu "

tahu dah minah ni mesti nak pergi punya walaupun jihoon tak bagi. then , aku juga yang kena teman. tak apalah nama kawan takkan nak tinggal pula lagipun tak boleh lari dari dia sebab kami tinggal sebumbung.

" dah jom hanat. kita balik sebab aku tak nak tido sini. kau nak tido sini ? bye hanat "

" hanat ni yang nak teman kau pergi fansign nanti babi "

ha mula lah aku. yeona dengan aku ni sehari tak menganjing tak sah.

" babi mana ? "

" babi korea tu " 

" halamak woojin ah kau " , kemudian satu das tamparan hinggap di belakang yeona.

"  cepat jalan sebelum aku cincang jihoon ke yeosang ke "

tahu pun nak jalan. comel tau perangai dia ni dari sekolah menengah lagi dekat amerika. dulu kami tinggal di amerika dan sekarang dah pindah ke korea.

__________________________________

to be continued

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now