07 ♡

122 20 4
                                    

fansign day !

" baguslah wooya , nampak sangat kau macam teman aku je. nah ambik satu diary book ateez ni " , yeona menghulurkan diary book ateez miliknya.

wooya hanya datang ke sana dengan tangan kosong. nampak sangat dia tak berminat dengan ateez. dalam fikiran wooya hanya fikirkan tidur sahaja.

" yelah yang penting aku nak duduk hujung ni. aku nak jadi yang terakhir "

" nasib atiny ramai tahu , kalau tak dah lama aku datang serbu naik terus pentas tu pastu cium yeosang "

tajam wooya memandang ke arah yeona yang suka sangat gopoh gapah nak jumpa yeosang. dia tidak dapat melihat member ateez dengan jelas kerana kedudukan mereka yang jauh.

" kenapa aku tak nampak apa apa yeona ? pendek sangatkah aku "

terjengket jengket wooya melihat ke arah pentas itu. yang dia nampak hanyalah lelaki cantik rambut berwarna pink dan seorang rapper.

" tak apa , kita tunggu je lagipun giliran kita lambat lagi "

pasrah betul keadaan yeona kerana mereja berdua orang terakhir yang sampai. ini disebabkan kerana seo kang joon dan jeong min jae yang lambat.

________________ ♡ ________________

seonghwa masih tersenyum senyum melihat atiny yang bersorak sorak ke arah mereka. yunho pula sibuk menyuruh yeosang membalas dm yeona.

" dia cakap apa ? perempuan lucid dream tu ada dekat sini ke ? " , soal yunho perlahan lahan.

" dia cakap dorang dua ada dekat belakang sekali " , yeosang menutup telefon sambil melihat keadaan sekeliling.

san dan wooyoung bersembunyi di belakang mereka dan perlahan lahan bangun. belum sempat mereka berdua terkejutkan yunho dan yeosang , hongjoong tajam memandang mereka.

" mingi ? ingat clue perempuan lucid dream tu ? " , soal yeosang.

" dress paras lutut warna putih , rantai loket bentuk hati , tinggi dalam 155 cm gitu " , mingi cuba mengingat clue yang diberi seonghwa setiap kali dia bangun dari mimpi.

" maksud hyung , yang tu ke ? " , soal jongho sambil menunjukkan gadis yang sama dengan clue tadi.

wooyoung memegang jari jongho yang dituju pada gadis itu memandangkan dia duduk di sebelah jongho. tersengih sengih jongho kerana baru teringat.

hongjoong pula masih sibuk mengawal seonghwa dengan bermain main dengannya. tiba tiba , seonghwa terpandang seseorang.

" hyung ! tu seonghwa hyung ! " , yunho membisik dengan nada yang sedikit kuat.

belum sempat hongjoong menutup mata seonghwa , wooyoung terlebih dahulu memeluk seonghwa dari belakang. bersorak sorak atiny dengan kecomelan mereka berdua.

" apa yang dah jadi dekat depan tu ? "

" kau jangan suka hati tinggal aku dekat sini. tengok je lah dari sini , kau tu tinggi dari aku "

yeona mendengus geram kerana wooya ketat memegang pergelangan tangannya. dia tahu mesti ada sesuatu yang ateez buat supaya seonghwa tidak melihat wooya.

" aduh jatuh pula "

kertas wooya melukis terjatuh di lantai dan ramai atiny terpijak pijak dan membawanya ke depan. wooya masih tidak perasan manakala yeona baru sedar wooya hilang.

" maaf cik , saya bukan nak potong barisan tapi saya punya kertas sampai sini tadi "

tertunduk tunduk wooya mengambil kertas lukisannya di lantai. suasana di situ senyap seketika dan semua orang menumpukan perhatian pada wooya sehinggalah yeona...

" yah ! jeong wooya ! "

" jeong wooya ? maknanya kau perempuan lucid dream tu ? "

satu suara seorang lelaki berada di hadapan wooya berkata. atiny yang berada di sekeliling mereka sudah membisik bisik tentang mereka berdua.

perlahan lahan wooya mendongak melihat lelaki yang mengenalinya dalam mimpi itu. terkejut dia melihat lelaki tersebut berada di hadapannya.

" seonghwa ? "

" wooya ! "

_________________ ♡ _________________

to be continued ♡

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now