09 ♡

126 19 0
                                    

wooya menjejakkan kaki ke dalam rumah banglo miliknya yang tidak diketahui sesiapa pun. rasa bersalah menyelubungi diri  tetapi ego tidak dapat ditundukkan.

dia merehatkan diri di sofa panjang. mata hampir terlelap kerana terlalu letih dengan destinasi yang ditujui sangat jauh dari seoul.

" puas lari dari seonghwa ? "

terkejut wooya mendengar suara empunya entah dari mana. dia mencari cari pemilik suara tersebut sehinggalah muncul minjae dari dapur.

memang tiada siapa yang tahu rumah banglo rahsia wooya tetapi disebabkan minjae sahaja ahli keluarganya , terpaksalah dia memberitahu.

" apa lagi abang nak ? wooya nak tidur ni "

" kenapa aku ada adik macam kau ? yang jenis bodoh tak pandai nak menilai setiap lelaki yang hadir dalam hidup kau ? "

wooya bangun dari tidurnya dan menapak ke arah min jae. min jae dan wooya mempunya keperibadian yang sama tetapi min jae tidak melampaui batasan.

" then abang nak wooya kahwin dengan seonghwa ? macam tu ? "

" abang dah tak larat nak nasihatkan kamu tapi seonghwa tu yang omma appa nak "

keliru dengan jawapan yang diberikan abangnya. setahunya , keluarganya tidak pernah berkata apa apa tentang pilihan jodoh sebelum mereka meninggal.

omma appa wooya terlibat dengan kemalangan yang amat dahsyat sehinggalah syarikat mereka , jeong holdings menjadi taruhan antara semua syarikat.

nasiblah jeong min jae datang selamatkan syarikat itu dengan menjawati kedudukan ceo jeong holdings. sekarang ini dia menunggu suami wooya pula menjawati kedudukan tersebut.

" wooya tahu kan yang seonghwa tu pernah mimpi wooya ? yeona sendiri bagitahu abang. dia mimpi wooya bagi rantai loket ni dekat dia "

" jadi ? itu mimpi. it's just a dream. kenapa nak percaya sangat ? "

min jae sudah hilang sabar dengan kelakuan wooya yang tidak sedar sedar dari tadi. dia mencengkam bahu wooya kuat dan tajam memandang adiknya.

" wooya , kali ini je dengar cakap abang. kahwin dengan seonghwa "

" kalau wooya tak nak ? "

min jae mendekatkan wajahnya dengan wooya sehingga hidung mereka bersentuhan. wooya kuat menolak dada abangnya yang suka sangat menyakatnya.

" jadi jadi bodoh abang. nanti aku tak kahwin dengan dia baru kau tahu "

" aku melawak je tak guna " , rambut wooya diserabutkan.

wooya hanya akur dengan pintaan abangnya. tidak pernah sekali pun wooya melawan kata kata abangnya kerana min jae sahaja yang membesarkannya.

________________ ♡ ________________

" seonghwa , kalau kau tak larat tak payah la pergi beli barang dapur "

hongjoong hanya memandang seonghwa yang sibuk memakai jam di pergelangan tangannya. barang dapur sudah habis dan itu memang tugas seonghwa.

" tu tugas aku sebagai penolong kau hongjoong. lagipun manager kita kan cuti sekarang jadi biarlah aku yang pergi "

" hati hati " , kata hongjoong.

hongjoong seperti tidak mahu membiarkan seonghwa pergi tetapi seonghwa sendiri yang degil. entah pelik dia rasa untuk melepaskan seonghwa.

hongjoong hanya memandang wajah seonghwa yang masih tersenyum sebelum dia keluar dari pintu rumah. beberapa minit kemudian , kedengaran bunyi enjin kereta di hadapan rumah dan perlahan lahan lenyap.

" aku harap seonghwa tak ada apa apa "

________________ ♡ ________________

" okey , sayur dah ada , cili semua dah ada "

seonghwa memeriksa barang yang dibelinya sambil memandu kereta. kadang dilihatnya barang , kadang dilihatnya ke arah pemanduan.

malang tidak berbau , satu kereta laju meluncur dari arah bertentangan ke arah kereta yang dinaiki seonghwa. tidak sempat seonghwa mengelak , kereta itu terlebih dahulu merempuhnya.

" sakitnya "

terbatuk batuk wooya secara perlahan di dalam tandas. membulat matanya melihat darah yang terdapat di tapak tangannya yang tadinya menutup mulutnya.

" wooya ?! jom turun makan " , panggil min jae dari luar.

" kejap wooya turun ! "

wooya mengurut urut dadanya yang sakit. dia membersihkan tangannya yang terdapat kesan darah tadi lalu keluar dari tandas tersebut.

" wooya , cepat sikit turun ! makanan dah sejuk sebab tunggu kau "

baru sahaja wooya turun satu langkah dari tangga , dirinya sudah hilang keseimbangan. dia cuba berpaut pada sesuatu tetapi gagal.

" wooya ! "

________________ ♡ ________________

to be continued ♡

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now