15 ♡

101 17 7
                                    

hari yang sangat indah dan kelihatan seorang gadis berpakaian pengantinnya berdiri di sebuah pondok keseorangan. tampak gayanya menunggu kekasih hatinya.

seorang lelaki pula dari hujung mencari cari kelibat gadis tersebut di merata rata tempat. akhirnya dijumpai juga. perlahan lahan lelaki itu mengatur langkah ke arahnya.

sambil dia berjalan , tidak henti dia mengucapkan bait bait cinta kepada gadisnya. tersenyum senyum malu mendengar kata kata lelakinya.

" aku sayang kau jeong wooya... sampai bila bila. tolong jangan nafikan kenyataan tu "

" aku tak... park seonghwa. mana yunho , yeona ? patutnya dorang ada sini juga ! " , rengek wooya.

tertawa dibuatnya seonghwa sambil dia meletakkan dagunya ke atas kepala wooya memandangkan gadis itu pendek sahaja. dia mahu memberitahu kebenaran pada wooya.

" kita ada dekat alam kita , sayang. ini dunia kita sekarang dan sayang kena cuba redha dengan apa yang jadi. boleh ? jasad sayang tak tinggalkan dunia lagi sebab sayang tak rela lagi "

dua tiga kali wooya berfikir tentang kenyataan tersebut. bukan senang dia mahu tinggalkan dunia dengan permintaan abangnya tetapi ini kehendak tuhan.

" seonghwa ? ikut wooya sekali eh ? "

terangguk angguk seonghwa mengiyakan kata kata wooya. rambut wooya yang kemas diikat sanggul , diserabutkan sehingga terjatuh pengepit rambutnya.

habis rambut panjang milik wooya terurai dek kerana seonghwa. wooya memandang tajam sambil mengarah seonghwa mengikatnya kembali.

" jadi park wooya dah rela ? "

" saya rela selagi saya bersama park seonghwa " , tubuh seonghwa dipeluknya.

" saya sentiasa bersama awak , park wooya " , tubuh wooya dibalas pelukan.

_________________ ♡ ________________


suasana di tanah perkuburan tersebut muram sahaja. suara tangisan tidak henti henti sejak jasad wooya dan seonghwa dikuburkan.

hongjoong dan yunho memujuk mujuk ahli ateez supaya tidak bersedih lagi dan menganggap tuhan lebih sayangkan seonghwa.

min jae dari tadi menyalahkan dirinya kerana tidak menjadi abang yang terbaik untuk wooya. dia memukul mukul kepalanya sehingga merah wajahnya. tangisan dihapuskan oleh yeona.

" sabar min jae. kau tak salah , aku salah. sebagai kawan yang rapat pun aku tak ambil tahu pasal dia. aku jahat... " , yeona mulai menangis kembali.

" sudah sayang. itu takdir mereka berdua. lagipun kita tak payah risaukan seonghwa... wooya ada menjaganya disana "

terdiam seketika , hongjoong memegang tanah perkuburan milik seonghwa. tersenyum senyum dirinya teringatkan memori mereka bersama.

" mungkin kami rindukan kau tapi kau ada orang jagakan. kami sayang kau seonghwa. its still ateez , forever. 8 makes 1 team "

terhenjut henjut bahu hongjoong menangis meratapi kubur seonghwa. wooyoung dan san cuba memapah hongjoong kembali ke kereta mereka.

penampakan dua bayangan putih berdiri tidak jauh dari mereka. roh seonghwa tidak lekang senyumannya memandang ateez yang melangkah pergi.

" aku pun sayangkan korang sampai bila bila. terima kasih untuk segala galanya ateez. terima kasih... "

" abang , yeona... maafkan wooya. wooya pilih dengan seonghwa. salah wooya. yunho jaga yeona "

perlahan lahan bayangan mereka berdua menghilang. yunho yang seakan akan tersedar namanya diseru mula memandang ke arah pokok dimana roh seonghwa dan wooya ada.

" jeong yunho ? abang ? abang tengok apa ? dari tadi tengok sana je "

yunho tidak membalas malah mencari cari. yeona memandang tajam ke arah yunho kerana seperti dia bercakap dengan tiang elektrik sahaja. sudahlah yunho tingginya seperti tiang elektrik.

" ye ? tak... tadi abang dengar macam.. "

" perasaan abang je tu. jom balik " , yeona menarik tangan yunho dan kang joon pergi. min jae pula ditarik bajunya oleh kang joon.

_________________ ♡ _________________

to be continued ♡

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now