14 ♡

98 18 3
                                    

" aku tak sangka hari ni aku kahwin dengan seonghwa. kau dengan yunho "

wooya berkata tanpa memandang yeona yang disiapkan oleh jurumekap khas dari staff KQ Ent. mereka hanya perlu menunggu rombongan bakal suami datang ke majlis perkahwinan.

" itulah kau. tengok , sekarang kita kahwin muda. nasiblah lepas ni kita dah graduate tau , kalau tak merana lagi dengan assignment encik choi "

tahun ini tahun akhir mereka di universiti besar Seoul. ramai rakan universiti dan pensyarah dijemput ke majlis perkahwinan mereka hari ini.

" itulah itu. kau dah call yunho ? "

" yunho ? haah , dia kata dia naik kereta asing. seonghwa naik kereta lain "

berkerut dahi wooya bila yeona berkata begitu. patutnya mereka berdua datang bersama sama , ini lain pula. hati wooya sudah tidak keruan

" aku nak call seonghwa "

________________ ♡ ________________

" tuan ? "

" hm ? "

leka seonghwa bermain telefon tanpa memandang pemandu keretanya itu. dalam hatinya sudah tidak sabar untuk mulakan rumah tangga bersama gadis mimpinya itu.

" saya rasa ada yang tidak kena dengan kereta ni , encik. izinkan saya periksa boleh ? "

" boleh. berhentikan kereta ni dekat tepi jalan "

kereta berjenama BMW itu mula nemberi signal untuk berhenti di sebelah lorong. pemandu tersebut tergesa gesa keluar dari kereta dan memeriksa enjin kereta tersebut.

tak senang duduk seonghwa duduk dalam kereta dengan cuaca hangatnya dan sudah terlambat untuk ke majlis. berkali kali dia melihat jam tangannya.

" maaf tuan , enjin kereta berasap. lama lagi nak tunggu sejuk ni. kalau kita teruskan perjalanan , takut terbakar kereta ni "

" tak apa , saya telefon yunho"

seonghwa keluar membawa telefonnya dan cuba menelefon yunho tetapi gagal. dia mendail nombor yunho sekali lagi sambil berjalan ke seberang.

belum sempat seonghwa mendail , wooya dahulu menelefonnya. tanpa keraguan dia menjawab panggilan sambil tersenyum manis. rindu akan gadis itu.

" eh wooya telefon ? hey sayang ! " , seonghwa menjawab panggilaan bakal isterinya dengan ceria.

ketika itu , satu kereta mewah meluncur laju ke arah seonghwa. pemandu kereta tersebut tidak dapat mengawal kelajuan dan merempuh seonghwa.

" seonghwa ? hello ? "

darah seonghwa mengalir di atas jalan raya itu. telefon pintarnya masih menyala dan kedengaran suara wooya memanggil manggilnya.

" encik ? encik ? telefon ambulance ! "

jerit seorang lelaki kepada orang ramai yang berada di situ. keadaan seonghwa semakin teruk kerana kehilangan darah yang cepat.

perlahan lahan pandangannya menjadi kabur. orang ramai di situ tidak penat menyuruh seonghwa bertahan dengan membuka matanya.

________________ ♡ ________________

" wooya ! "

terkejut yeona melihat wajah pucat wooya walaupun memakai make up. mulutnya dipenuhi darah sejak keluar dari tandas.

" kau okey tak ? darah banyak ni ! "

" aku okey... cari seonghwa cepat "

itu kata kata terakhir sebelum wooya merebahkan diri ke atas lantai. cepat cepat yeona memanggil para staff KQ untuk membawa wooya ke hospital.

" yunho ! seonghwa mana ! "

________________ ♡ ________________

to be continued ♡

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now