10 ♡

117 21 2
                                    

suasana di sebuah taman itu sangat indah sehinggakan tiada tempat di dunia ini yang mampu menandinginya. burung burung berkicauan dan banyak bunga bunga yang ditanam.

wooya bangun dari tidurnya dengan memakai gaun putih tetapi yang labuh. dia mencari cari seorang manusia yang hidup di situ sehinggalah dia terjumpa seseorang.

" kau siapa ? tolong aku keluar dari tempat ni ! "

tiada balasan diberikan. wooya perlahan lahan mendekati lelaki tersebut dan menepuk lembut bahunya. kini mata wooya membulat.

" wooya ? ! saya ingatkan takkan jumpa awak lagi ! " , lantas tubuh wooya dipeluknya.

terkaku wooya disitu. entah bagaimana dia mahu beriaksi dengan kedatangan seonghwa. dia berasa malu atas kejadian hari itu.

" kita dekat mana ni ? saya nak balik lah "

" kita dekat dalam mimpi masing masing "

wooya masih tidak mengerti tetapi seonghwa menariknya duduk. genggaman tangan tidak dilepaskan malah dieratkan lagi.

" aku- sebenarnya... malu nya aku nak cakap dengan kau ni "

" apa ? cakap saja lah. bukannya saya makan awak pun "

nafas ditarik sebelum wooya memberitahu. dia tahu selama ini dia tidak pernah mengucapkan perkataan tersebut tetapi pada hari ini dia mesti ucapkannya.

" aku minta maaf , park seonghwa sebab perangai aku hari itu. aku tau aku bodoh sebab samakan semua lelaki. maafkan aku , terimalah maaf seorang jeong wooya ini "

mengalir air mata wooya. tanda dia betul betul ikhlas mengucapkan perkataan tersebut. tertawa seonghwa melihat gadis kecil itu lalu menariknya ke dalam pelukan.

" tak ada apa apa yang perlu awak minta maaf. lagipun saya dah maafkan awak. memang saya ni dah keterlaluan sampai buat awak tak selesa , kan kan ? "

" iyalah ! siapa je suka tiba tiba je datang melutut kata suka lah , nak kahwin lah ! " , wooya berkata sambil mencebik.

seonghwa terpandang rantai loket yang dipakai wooya. rantai inilah yang menyatukan mereka berdua melalui mimpinya.

" saya harap kita akan bersatu suatu hari nanti "

tiba tiba , perlahan lahan tubuh wooya menjadi kabur. terkejut dirinya sendiri dengan hal yang berlaku. seonghwa hanya tersenyum tetapi masih memegang erat tangan wooya.

" eh ? aku nak pergi mana ni ? seonghwa ! "

" jangan risau wooya. tunggu aku di dunia nanti "

________________ ♡ ________________

" wooya ? wooya ! doktor ! "

terjerit jerit min jae memanggil doktor di luar manakala yeona mengenggam erat tangan wooya. tubuh wooya mengeletar sekaligus dentakan jantungnya menjadi laju.

terdengar bunyi nafas wooya yang ditarik panjang sehingga terbeliak matanya. para doktor dan jururawat bergegas mendapatkan wooya.

" encik dan cik sila tunggu di luar "

jururawat  itu menghalau yeona dan minjae keluar dari situ dan pintu ditutup kembali. yeona tersedar dengan kehadiran member ateez di lif.

" hongjoong oppa ! ateez ! " , jerit yeona sambil melambai lambai ke arah member ateez.

" yeona ! " , jerit yeosang yang ternampak yeona dari jauh.

" kenapa korang semua ada di sini ? "

" seonghwa hyung kemalangan " , jawab yunho.

yeona pula masih tertanya tanya jika benar apa yang dikatakan. malas mahu menjawab , san dan wooyoung sendiri menarik yeona ke wad seonghwa.

mereka hanya dapat melihat keadaan seonghwa dari luar kerana wad tersebut hanya boleh dikunjungi dua pelawat sahaja.

sadis melihat keadaan seonghwa yang memerlukan bantuan pernafasan. nasiblah kereta itu hanya melanggar di bahagian belakang. tetapi seonghwa masih koma.

" yeona buat apa dekat sini ? "

" wooya sakit "

" dia sakit apa ? " , soal mingi.

serba salah rasanya yeona untuk memberitahu berita yang baru diterimanya itu. katanya , sudah lama wooya menghidap penyakit ini tetapi dirahsiakan termasuklah min jae.

" kanser "

________________ ♡ _________________

to be continued ♡ 

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now