11 ♡

119 18 13
                                    

seorang gadis dengan memakai pakaian hospital , sibuk berlari ke arah wad vvip. dia mahu menjenguk jejaka yang berjanji dengannya.

min jae dan yeona seperti orang gila berlari mengejarnya. seluruh hospital gadis itu berlari untuk mencari jejaka tersebut. dia berhenti berlari sambil mengambil nafas semula.

" puas lari ke hanat ? wad vvip dekat sana , bodoh ! " , yeona menunjal dahi milik wooya.

" aku rasa wooya terlebih senaman hari ni. jom kita pergi jenguk seonghwa "

min jae menarik tangan berjalan ke arah wad vvip. kelihatan member ateez berkumpul di hadapan bilik vvip tersebut dengan menjamu selera.

" kesian korang makan roti je , sini aku pergi belanja makan. nak makan apa ? aku pergi beli "

yeona mengeluarkan kad kredit yang diberikan khas dari abang kesayangannya. dek pujukan terlebih manja dari girlfriend , akhirnya dia dapat black credit card.

hanya orang ternama dan terkaya sahaja yang mampu membuat black credit card tersebut. contohnya , pemilik syarikat dan idol. bayaran permulaan sahaja mencecah 100 ribu.

" aku temankan boleh ? takkan kau pergi sorang kan ? " , pinta yunho.

disebabkan yunho terlalu tinggi untuk yeona , terpaksalah dia memandang yunho seperti menara berkembar klcc. barulah dia mengganguk. perlahan lahan yunho menarik baju yeona untuk membawanya.

wooya pula dari tadi melekatkan wajahnya pada tingkap wad seonghwa. menunggu bila gilirannya untuk menjenguk seonghwa. dia bertekad untuk menjaga lelaki itu.

" wooya , jangan tengok macam itu. pergi saja masuk " , hongjoong tertawa kecil memandang wooya.

" betul ke ? wooya masuk eh ? "

terloncat loncat seperti kanak kanak kerana terlampau gembira dapat melihat seonghwa buat kali kedua. perlahan lahan dia membuka pintu wad dan berjalan perlahan lahan ke arah seonghwa yang masih terbaring di katilnya.

wooya mengapai tangan seonghwa dan bermain main dengan jari jemari jejaka tersebut sebelum berfikir apa yang mahu dikatakan.

" hai seonghwa , aku wooya. aku tahu kau kenal aku dari mimpi kau. jadi tolonglah bangun kalau kau betul betul nak kahwin dengan aku. janganlah tidur macam ni ! macam mana nak kahwin ? "

sempat wooya tertawa dengan jenakanya sendiri. tetapi seonghwa masih sama. tiada reaksi sedikit pun darinya. wajahnya tampak tenang dan seperti bayi yang dibuai mimpi.

" aku rasa aku dah tak lama , seonghwa. aku sakit. aku kanser. tolong bangun , kahwin dengan aku. aku tak nak hidup keseorangan lagi. cukuplah family aku hanya tinggal min jae je "

air mata kesedihan menitis di lengan seonghwa. wooya merehatkan kepalanya di atas lengan seonghwa sambil memejam matanya. cuba menenangkan diri dari mengingati apa apa peristiwa lepas.

lama kelamaan , wooya terlelap di lengan seonghwa. tiba tiba , terlihat jari jemari seonghwa menandakan tanda positif. ianya bergerak gerak dan denyutan nadinya bertambah laju.

________________ ♡ _________________

" tak apa , biar je kami makan roti ni. lagipun kami kena diet untuk comeback nanti "

" eh yunho , awak tu dah cukup kurus tau. buat apa nak kurus lagi ? "

yeona menampar lembut bahu yunho di sebuah kafe yang terletak di dalam hospital tersebut. mereka seperti pasangan kekasih yang sama padan.

jihoon membawa sejambak bunga setelah ketahui yeona ada bersama wooya. jadi sebab itulah dia membawanya dan cuba memujuk yeona.

" itu bukan yeona ke ? "

jihoon mengecilkan matanya untuk melihat gerangan gadis tersebut yang seiras yeona , kekasih hatinya. tetapi bila dilihat semula , ia memang benar yeona.

" dengan jantan mana pula betina ni ? ! "

jihoon mencampakkan bunga tersebut ke dalam tong sampah dan berjalan laju ke arah yeona dan yunho. wajah bengisnya tampak nyata.

yunho pula sudah nampak dari jauh yang lelaki tersebut cuba mengapa apakan yeona jadi yunho menarik yeona ke belakangnya. yeona terkejut tetapi bila dia melihat wajah bengis jihoon , cepat cepat dia menarik yunho pergi.

" hey betina ! kau nak pergi mana ? ! "

dijeritnya sehingga kesemua pelawat , pesakit dan pekerja memandang ke arah mereka bertiga. yunho sudah menunggu untuk dibelasah tetapi sempat diselamatkan.

" jangan jadi bodoh , seo jihoon ! itu suami adik aku ! "

terlihat kang joon berdiri di luar kafe tersebut lalu membuka kaca mata hitamnya. ramai pelawat gadis hampir pitam dengan ketampanan kang joon.

" suami ? yeona tak pernah bagitahu aku apa apa pun. yeona , ni bukan suami kau kan ? "

" aku suami dia , jeong yunho. dia tak bagitahu kau sebab kau tak penting dalam hidup dia "

jihoon menarik narik rambutnya kerana tidak percaya apa yang dilihat dan didengarnya. dia menapak keluar dari kafe tersebut tetapi sebelum mengerling ke arah kang joon. satu senyuman sinis terbit.

________________ ♡ ________________

to be continued ♡

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now