01 ♡

274 25 8
                                    

seonghwa ' s

aku berlari lari di sekitar tempat itu. pelik , ada kedai tapi tak ada seorang pun pelanggan atau pekerja kedai dekat situ. setelah penat berlari , aku duduk di sebuah bangku hadapan kedai itu.

tiba tiba , terlihat seorang gadis berjalan ke arah aku tetapi wajahnya bercahaya saja. ni mesti bidadari dari syurga kan ? eh bangang betul aku ni.

" eh cik adik manis ~ sorang je ke ? "

senang betul aku sapa perempuan ni. tak takut langsung padahal muka tak nampak pun.

gadis itu tidak menjawab malah memberikan aku seuntai rantai yang dipakainya kepada aku. loket berbentuk hati tersebut aku pandang lama.

" kau ni siapa ? macam pernah nampak "

itu gadis yang sama pernah muncul dalam mimpi aku. berpakaian dress paras lutut dan rambutnya curly sikit dekat hujung rambut. pendek dalam 155 cm , i think.

kena faham heroin pendek je.

tidak lama kemudian , bayang bayang gadis itu perlahan lahan menghilang. aku cuba mencapai tangannya tetapi gagal. aku menjerit seperti orang gila.

apa benda nyah

" woi , nak pergi mana tu ? no ! "

aku terjaga dari tidur kerana ada seekor makhluk yang menyimbah wajah handsome aku ni dengan air. cepat cepat aku membuka mata dan terlihat member ateez berada di hadapan aku.

" puas mimpi benda yang sama ? pagi pagi buat benda yang sama ? rutin pagi yang sama ? " , ujar hongjoong si leader tersayang aku.

member ateez tahu mimpi yang aku alami sekarang ni. gadis yang sama cuma situasi yang berbeza. entah kenapa aku berasa dekat dengan dia padahal aku tak kenal pun.

" sampai bila hyung nak termenung ? hari ni kita kena pergi show " , jongho maknae laknat menarik tangan aku supaya bangun dari tidur.

" hyung rasa nak cari perempuan tu " , eh tiber nak cari perempuan yang tak kenal.

" saja nak bagitahu hyung. dalam dunia ni ada berapa juta penduduk ? lepastu nak cari perempuan yang hyung tak kenal dalam satu dunia ni "

betul jugak cakap yunho. takkan aku nak cari perempuan tu sampai keliling dunia ? tapi aku yakin perempuan tu wujud dekat dunia ni dan OKEY !

RANTAI LOKET TU !

aku melabuhkan punggung di birai katil kemudian membuka google di iphone 8 aku. acewah ni bukan promote. aku mencari rantai loket di aplikasi membeli belah shoppe.

" hyung cari apa ? nanti kita lambat nak pergi show show show  ~ " , sempat lagi san joget.

" yess ! "

aku menunjukkan kepada mereka rantai loket berbentuk hati kepada member ateez tetapi mereka hanya menggaru kepala. fikir nak mencarut tapi fikir kawan je.

" apa ? nak beli dekat wooyoung eh ? " , wooyoung memeluk badan aku.

" tak , ni perempuan dalam mimpi aku tu pakai. like hyung cakap , mesti dia wujud dekat dunia ni "

member ateez memandang aku seperti " yakin je eh engko ni " , tapi aku tak kisah. ada toothless hensem macam aku ni kisah pasal tu , yang penting perempuan dalam mimpi tu.

" mingi tahu macam mana nak jumpa perempuan tu ! screenshot gambar rantai tu then post dekat instagram ateez ! "

" kau nak mampos ke tetan ? bagi atiny tahu yang seonghwa hyung ni nak cari perempuan dalam mimpi dia ? " , yeosang menunjal dahi mingi.

hongjoong berfikir sebentar kemudian dia memandang wajah aku yang berada di antara yeosang dan mingi. mahu ditampar saja muka dua ekor ni.

" aku rasa atiny pun tak kisah and aku rasa dorang akan cuba cari untuk seonghwa juga "

" see ? " , mingi menepuk nepuk dadanya seperti gorilla.

mingi segera mengikut rancangan dari hongjoong. aku pula cuba mengingati ciri ciri yang ada pada perempuan tu tapi aku teringat satu mimpi.

di mana mimpi itu aku dapat melihat perempuan itu seperti gadis yang baru melanjutkan pelajaran dan tag namanya menjadi perhatian aku.

ianya hanya tertulis nama keluarganya sahaja.

jeong w'.

__________________________________

to be continued ; ♡

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now