05 ♡

131 21 7
                                    

sejak habisnya era promotion album fever , seonghwa banyak habiskan masanya berkurung dalam bilik. sehinggakan hongjoong terpaksa tidur dengan mingi.

yeosang yang baru sahaja masakkan ttaebokki kesukaan seonghwa , membawanya ke bilik seonghwa. dia berfikir panjang sebelum mengetuk pintu.

" seonghwa hyung ? ini yeosang. yeosang ada masakkan ttaebokki kesukaan hyung ni. makanlah sikit "

tiada jawapan yang disahut. terlihat member ateez di ruang tamu memandang sayu ke arah yeosang. hongjoong tadinya ingin menulis lagu baru , tergendala kerana pening memikirkan seonghwa.

" hyung dah tak tahan. kita kena cari jugak perempuan dalam mimpi dia tu "

" wooyoung tahu hyung serabut sebab bilik hyung. tak apa mingi tak kisah "

" banyaklah kau. disebabkan aku kesian dengan tiny leader ni , aku bagi hyung menetap dekat bilik aku " , kata mingi.

yeosang menyertai mereka setelah meletakkan ttaebokki di dalam oven. dia melabuhkan punggung di sebelah jongho yang sibuk melihat komen atiny di instagram.

" banyaknya komen atiny pasal seonghwa hyung. sampai trending dekat twitter , instagram semua " , tidak henti jongho scroll instagram milik ateez.

" macam ni kita kena tarik perhatian atiny. lagipun fansign dekat seoul tak lama lagi kan ? kita umpan atiny dengan hantar selca semua tu " , san memberi idea.

mereka memandang sesama lain dan memikirkan member mana yang hot diantara atiny selain seonghwa. yunho berpura pura tidak memandang mereka.

" nah yunho hyung. terima kasih sila hantar selca anda di instagram " , jongho menghulurkan telefonnya pada yunho.

yunho mengeluh kerana dia tdak mahu dirinya menjadi isu kerana ingin menutup keadaan seonghwa sekarang. baru sahaja dia ingin membuka kamera , dia tertekan ke  dm di instagram.

tiba tiba , dia ternampak satu akaun instagram spam akaun ateez tentang gadis yang memakai rantai loket itu. mereka menjerit setelah mendapat tahu ianya rakan karib gadis itu.

" aku dah tahu ini mesti berita baik untuk seonghwa ! " , kata wooyoung sambil tidak berhenti menjerit.

" bagus , kita cuma dm atiny ni bagitahu dia untuk bawa gadis tu ke fansign minggu depan " , hongjoong menyuruh yunho membalas dm gadis itu.

perasaan gembira mereka tidak dapat digambarkan kerana selepas ini mereka tahu yang seonghwa akan pulih seperti sedia kala.

" dia kata boleh sebab dia memang nak pergi pun dengan perempuan mimpi tu ! " , kata yunho dengan nada tidak sabar.

" yang penting sekarang ni kita kena umpan seonghwa untuk pergi ke fansign tu " , san memberitahu mereka.

" tapi tak rasa ke yang nanti atiny lain tahu ? dorang tak serang perempuan tu kan ? " , mingi takut jika atiny serang gadis itu pula.

hongjoong tersenyum dengan kata kata mingi. dia tahu yang seonghwa takkan porak perandakan event itu jika dia berjumpa dengan gadis mimpi itu.

" aku tahu yang seonghwa takkan reaksi lebih depan atiny. trust me "

________________ ♡ _________________

" wooya hodoh ! oh wooya hodoh ! aku yeona yang cantik nak ajak kau pergi fansign ateez ni ~ "

yeona terlampau gembira kerana tidak sangka kerana ateez membalas dm instagram nya. tetapi mulutnya perlu berhati hati agar tidak terbongkar rahsia depan wooya.

" apa tak guna ? aku tengah sibuk nak cari baju la nak ikut kau "

yeona masuk suka hati ke bilik wooya. wooya masih berdiri di hadapan almari baju miliknya. sudah 30 minit dia berdiri di situ.

" awal kau nak cari. ke kau tak sabar nak jumpa abang ateez ? " , usik yeona.

wooya menunjal dahi milik yeona yang suka mengusiknya. wooya menjeling pada yeona kemudian beralih melihat bajunya kembali.

" minggu ni kita sibuk dengan assingment. hari ni je kita free jadi aku tak nak kelam kabut nak cari "

tiba tiba , yeoni teringat perbualannya bersama yunho di dm instagram. katanya gadis memakai rantai loket itu sering menjelmakan diri dengan memakai dress putih.

" kau ada dress paras lutut warna putih ? "

" ada tapi baju ni aku jarang pakai "

" apa kata kau pakai baju tu ? "

wooya mengambil dress paras lutut berwarna putih itu di hujung sekali. dia melihat semula dress itu dan teringat segala memorinya ketika 2 tahun yang lepas.

" kau teringat lagi ? sudah , bukan jodoh kau dengan dia "

" sebab dia , aku tak percayakan mana mana lelaki lagi "

yeona memeluk tubuh kecil milik wooya. dia tahu kawan baiknya teringatkan ex boyfriendnya. lelaki itu yang hancurkan kegembiraan wooya selama ini.

" dan baju ni tak ada kena mengena dengan lelaki tu kan ? so pakai. buang duit kalau kau biarkan je "

wooya pun tak ada kaitkan dress ini dengan lelaki itu. dress ini dibeli ketika dia pertama kali keluar temujanji dengan ex boyfriendnya. jadi dia tidak kisah untuk memakainya kembali.

________________ ♡ ________________

to be continued ♡

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now