08 ♡

129 18 5
                                    

ateez berkumpul di ruang dorm mereka selepas membawa wooya dan yeona balik ke tempat mereka. wooya masih tak sedarkan diri sejak pagi tadi.

yeona sudah risau dengan keadaan wooya dengan wajahnya pucat lesi. kang joon dan min jae tidak henti henti menghubungi mereka berdua tetapi yeona hanya mengendahkan sahaja.

" sekarang ni macam mana ? anak dara ni tak elok balik malam malam buta macam ni " , kata yunho.

" tak apa , pandai pandai yeona cari kawan nanti "

padahal yeona sendiri tidak tahu mahu minta pertolongan siapa malam malam begini. sudahlah dia dah jihoon bergaduh , memang taklah nak minta tolong dia.

" tak apa , nanti seonghwa hantar korang. bahaya malam ni " , arah hongjoong.

" wooya ni tak suka tumpang dengan lelaki. kang bangun bangun , saya ditumbuknya "

teringat kejadian dia sesuka hati menelefon yuvin untuk mengambil mereka berdua kerana ketika itu kereta mereka rosak. memang merajuk wooya tu dibuatnya.

sedang sibuk mereka bersembang di situ , wooya sudah terbangun sambil memengang kepalanya yang berdenyut. lagi sakit bila melihat wajah seonghwa.

" wooya ? kau dah okey ? jom kita balik "

" macam mana mamat ni tahu nama aku ? then apa yang dah jadi , seo yeona ? "

ha sudah , perlahan yeona berkata.

tidak tahu mahu memberitahu rancangan dia bersama ateez atau tidak. takut takut wooya ini kecewa dengannya.

" wooya , dengar sini. saya asyik mimpikan awak dan saya tak sengaja terjatuh cinta dengan awak. saya tak boleh kawal diri saya , ini bukan diri saya yang dulu "

seonghwa memegang tangan wooya dan wooya masih tidak faham apa yang dikatakan oleh seonghwa. dia tidak pernah mengenali seonghwa selain sebagai artis.

" maaf tapi saya tak kenal awak " , wooya mengapai beg tangannya untuk menelefon teksi.

" kita dah lama kenal. walaupun saya dah jumpa awak , takkan awak tak kenal saya lagi ? "

seonghwa tidak melepaskan genggaman tangan wooya. seonghwa seperti tidak dapat mengawal dirinya yang sudah tidak keruan apabila bertemu wooya.

wooyoung dan san cuba memujuk seonghwa untuk melepas wooya pergi tetapi dia ingkar. seonghwa melutut di hadapan wooya sambil menangis.

" kahwin dengan aku , wooya ! aku janji akan jaga kau. tolong jangan tinggalkan aku "

" seonghwa , ini bukan diri kau ! tolong seonghwa " , member ateez mengangkat seonghwa dari melutut di hadapan wooya.

" kau ni tak ada rasa kesian ke wooya ? apa jenis kawan kau ni ? "

yeona geram dengan kelakuan wooya yang langsung tidak hairan mendengar rintihan seonghwa. mahu sahaja dia tampar muka wooya di situ.

" kaulah ! apa jenis kawan kau ni yang suka hati nak buat rancangan dalam hidup aku. aku tak hamak nak kahwin sekarang. semua lelaki sama je ! "

" lelaki yang pernah tinggalkan kau tu , aku rasa dia sorang je kot boleh pergi mampus. tapi aku tak rasa seonghwa perangai macam tu. aku tahu kau tak percayakan lelaki tapi takkan kau nak jadi anak dara tua ? ! "

malas melayan pertengkaran bersama yeona , wooya terlebih dahulu mengangkat kaki pergi dari situ. sampai sahaja rumah nanti , terus dia keluar dari rumah tu.

" maafkan aku seonghwa. wooya tu memang perangai macam tu lepas dia break up dengan boyfriend lama dia. sejak dari tu dia dah tak percayakan lelaki "

" tak apa yeona. terima kasih " , lantas seonghwa pergi dari situ.

member ateez yang lain sudah pening fikirkan keadaan seonghwa dan wooya. sudahlah berita tentang seonghwa dan wooya sudah tersebar.

" maafkan yeona ateez. nanti yeona cuba pujuk wooya. kalau ada apa apa nanti yeona bagitahu yeosang ke yunho "

yeona berasa bersalah dengan tindakan wooya tadi dan bersalah pada dirinya. apa apa pun dia mesti pulihkan keadaan seonghwa dan keyakinan pada diri wooya.

" tak apa yeona , awak balik dulu tengokkan wooya tu. takut pula jadi apa apa antara korang dua " , pesan hongjoong.

yeona meminta diri dan beredar dari situ untuk melihat keadaan wooya. sempat lagi dia menelefon min jae dan kang joon untuk memberitahu perkara sebenar yang terjadi.

________________ ♡ _______________

to be continued ♡

Lucid Dream [ Park Seonghwa ] ✔Where stories live. Discover now