Part 56

1.2K 106 7
                                    

"Argh!"meluncur Teresa dekat lantai dalam keadaan bersimpuh memegang pipinya setelah di tampar sebentar tadi.

"Jaga seorang Budak pun susah ke!"jerkah Felix semasa jalan berarak mendekati Teresa kerana keberangan selepas dikhabarkan Thalia hilang sekali lagi! Di dalam tangannya sendiri. Dan semua ini kerana perempuan tak guna di depannya.

Teresa mengesot ingin jauhkan diri. Dia menggeleng kepala sewaktu memandang Felix. Hidung berdarah, pipi bercalar balar, rambut kusut masai, leher kemerahan dengan kesan cekik. Pakaian terkoyak sana sini,tepi bibir pecah.

"Maafkan saya Felix...saya sumpah. Saya kunci dia betul-betul dan tak ada siapa boleh masuk ke dalam bilik tu tanpa kebenaran saya.."luah Teresa teresak-esak.

Menjegil bulat mata Felix lepas dengar. Dia terus cekau rambut Teresa lalu di rentap kuat ke belakang sampai buatkan Teresa dongak memandang ke atas. "Kau apa?Kunci?Kau kunci adik aku!Aku suruh kau tengokkan dia. Jaga dia!Kau apa!Kunci!Kau fikir adik aku tu apa!!!"bergegar dinding pejabat tu dengan suara ngaumannya.

Beberapa orang suruhan yang berdiri dalam ruang itu hanya diam di situ menyaksikan Teresa di belasah separuh mati dengan Felix sejak setengah jam selepas berita kehilangan Thalia tersebar.

"Ahh!"teriak Teresa sambil memegang tangan Felix. Dia pandang terkejut ke Felix lepas dengar perkataan 'adik' di sebut oleh Felix. "Adik?Saya ingatkan dia hanya la perempuan simpanan awak. Sebab itu saya kunci dia...saya takkan lakukannya sekiranya-"

PANG!

Sekali lagi satu tamparan padu di berikan kepada Teresa hingga wanita itu jatuh terbaring di lantai itu.

"Sekalipun dia perempuan simpanan aku atau bukan...ianya bukan hak kau untuk kurung dia!"kata Felix sambil tunduk memandang Teresa Bersama dada naik turun mengah!

Teresa yang sudah tidak larat lagi hendak bangun hanya terbaring di situ sambil memejam mata menahan rasa berdesing dek tamparan tadi.

Sementara Felix, lelaki tu gerak ke arah anak buahnya yang ada di situ lalu Tarik pistol dari poket simpan pistol di tali pinggang tu. Pegang saja pistol itu, dia Tarik trigger lalu di acukan ke arah kepala Teresa lalu tembak tepat ke jantung.

BANG!

Sebu gendang telinga dengar bunyi tembakan tu.

Mereka semua di situ yang sudah biasa dengan semua situasi ini hanya pandang Teresa menggelupur memuntahkan darah sebelum tidak bergerak sepenuhnya.

Puas dengan apa yang dilihat, Felix berpaling ke arah anak buahnya lantas mencekak pinggang memberi arahan. "Arahkan semua anak buah untuk kesan dekat mana perempuan tak guna tu!Aku perlukan dia!Sekarang!"arahnya selantang mungkin. Dia perlukan Thalia. Dengan Thalia dia boleh gunakan adiknya untuk dapatkan pengaruh ketua-ketua mafia supaya mereka undi dia untuk jadi Pemimpin Utama Bandar Phantom. Kalau adiknya tiada, rosak la rancangan dia nanti.

Baru saja anak buah Felix hendak sahut akan arahan itu, pintu pejabat itu terbuka dengan tiba-tiba.

"Bos...masalah besar!"maklum seorang lelaki bertopeng mulut dengan cemas.

Felix pusing ke arah pintu dengan kening mencerlung geram. "Apahal pulak?"tanya dia sambil turunkan tangan ke sisi semula.

"Kita telah diserang. Ketua Mafia dari Daerah Selatan datang menyerbu markas kita.Tiga dari Gudang Utama kita telah di bakar mereka."

"Apa?"tercengang Felix di buatnya."Dah kenapa pulak dia orang serang aku?"bukan ke malam tadi dia baru bincang dengan mereka dan serahkan sejumlah wang pada mereka supaya sokong dia pada hari perjumpaan besar tu nanti?

"Ramai orang kita telah terkorban sebab bukan ketua Mafia dari Daerah Selatan saja yang ke sini. Tapi dua lagi ketua dari Daerah Timur dan juga Barat juga ada di sini bersama anak-anak buahnya."maklum orang yang sama lagi.

Bagai hendak luruh jatung Felix lepas dengar. "Kau tunggu apa lagI!Kumpulkan semua orang dan mula bertindak!"teriak Felix yang terus bergegas ke arah pintu keluar.

Mereka yang lain ikut langkah Felix selepas itu.

Dan setelah ruangan itu senyap dan lengang, orang yang maklumkan hal tadi berdiri dekat situ tak bergerak. Dia hanya diam merenung koridor yang telah kosong dari penghuninya. Tak lama dia berdiri di situ, muncul dua lagi lelaki bertopeng mulut dari arah belakang lalu berdiri di situ menyertai dia.

"Semuanya dah tersedia. Kita boleh keluar dari sini."maklum orang di sebelah kanan.

"Tuan Tristan dah di maklumkan mengenai hal ni?"tanya orang yang di tengah-tengah.

"Dah..semuanya telah pun dimaklum awal lepas serangan berlaku."orang di sebelah kiri pula bersuara.

"Kalau macam tu kita pergi sekarang."kata orang di tengah-tengah sebelum berpaling dari situ.

Mereka bertiga jalan meyusuri koridor itu tanpa di kesan sesiapa sehingga la Berjaya menyusup di celah kekecohan yang berlaku di markas tersebut dalam keadaan hidup-hidup.

Ingat lagi tiga lelaki yang pernah datang ke restoran tempat lama Thalia berkerja ingin kutip cukai pintu tempoh hari?Mereka bertiga adalah orang sama yang menjadi tali barut di antara tiga ketua Mafia terbesar daerah Selatan, Timur dan Barat dalam bandar ini sejak menjadi anak buah Felix selepas Thalia di culik dengan anak Si Bulat.

Dan sejak itu la segalanya bermula. Pelan Tristan untuk jatuhkan Desmond dan Felix bermula.

20. EXITWhere stories live. Discover now