Part 39

1.2K 121 2
                                    

"Kedudukan kita telah terdedah. Mereka sudahpun dalam perjalanan ke sini.."

"Macam mana dia orang boleh tahu Thalia ada dekat sini?"tanya dia sewaktu mencukur misai dari wajahnya depan cermin bilik air.

"Nampaknya ada yang kesan Thalia di sini, dan dia dedahkannya kepada Felix supaya lelaki tu ke sini."beritahu orang kanannya yang sedang berdiri dekat pintu bilik air. Memandang pantulan dirinya melalui cermin di depan dia.

"Well...well...nampaknya ada yang cuba cipta konflik antara aku dengan Felix ya?Siapa la yang berania sangat tu?"sengih dia sambil mencukur.

"Apa kita nak buat sekarang?"

"Buat apa lagi...kita sambut la tetamu terhormat kita tu.."balasnya yang meletakkan pisau cukur ke dalam gelas berisi air lalu mengelap sisi foam shaving dari muka dengan tuala.

Keluar saja dari biliknya, dia install senjatanya sambil berjalan tu. Namun tiba saja di tangga dia Nampak Thalia berdiri dekat depan pintu seperti mahu selinap keluar. Memang tak reti nak duduk diam betul la minah sorang ni! Tanpa bersuara dia hanya isyaratkan pada orang kanannya untuk tinggalkan dia buat seketika.

Nak uruskan cik adik seorang ni supaya tak ganggu kerjanya!

Pergi saja Thalia dari situ, Tristan pandang ke pintu depannya itu dengan renungan dingin. Pistol di tangannya digengam erat.

"Semua dah ada?"tanya dia pada masa itu tanpa alihkan mata dari memandang pintu.

Masa itulah, sekumpulan lelaki bersut dan bersarung tangan hitam muncul dengan serentak dalam kumpulan di belakang Tristan.

"Sudah tuan."sahut mereka dengan suara yang rendah namun penuh dengan aura gelap.

Pada masa itu la Tristan dari trigger pistolnya ke belakang dengan tarikan yang kuat lalu gerak memegang tombol pintu itu dan Tarik ia ke dalam sebelum dia berjalan keluar dari situ. Melangkah saja dia keluar dari situ angin malam bertiup menyapa wajahnya yang baru di cuci tadi.

Keluar saja mereka semua dari pintu gerbang rumah agam itu, mereka di sambut dengan pemandangan yang tidak begitu menyenangkan buat mereka semua. Di depan laman rumah itu berdirinya berpuluh-puluh lelaki berpakaian casual dan bersenjata di tangan masing-masing. Dan paling ketara adalah lelaki lampai berambut pacak dekat tepi kereta. Sedang bersandar sambil menghisap rokok.

"Lama tunggu?"tegur Tristan semasa turuni tangga kecil di depan pintu masuk itu lalu berdiri dekat jalan tar di situ.

"Mana adik aku?"tanya Felix sebelum hembuskan asap rokok keluar dari mulutnya ke Udara.

"Kenapa tanya aku?"tanya Tristan dengan wajah yakin dan tiada gentarnya.

Felix pandang bengang ke Tristan lepas dengar jawapan tu. Ingat dia tengah bergurau ke! "Better kau serahkan Thalia dekat aku sementara aku minta kau dengan elok-elok."pesannya.

Kalau dia tak nak jugak nak buat apa? "Macam aku beritahu kau...aku tak tahu kemana adik kau. Dia tak ada Bersama dengan aku. Aku tak tahu apa yang buat kau fikir Thalia ada dekat sini sekarang."dia kena cari tahu siapa dalang di sebalik semua kekalutan ni!Menyusahkan dia! Bukan sekarang dia nak berurusan dengan Felix!Tidak sebelum perjumpaan besar-besaran itu berlaku. Dia tak nak bunuh Felix sekarang! Belum masanya!

Bengang punya pasal, Felix campak puntung rokok yang ada di tangan dia ke tanah lalu jalan berarak mendekati Tristan dengan berani.

Semua disitu mula buka postur bersedia hendak menyerang, terutama sekali anak buat Tristan. Tapi Tristan angkat tangan menghalang mereka dari bertindak. Malah dia biarkan saja Felix dekati dirinya lalu mencekau kolar bajunya dengan kasar.

Dalam bandar ni memang semua orang kenal Federico adalah ketua taiko dekat sini. Tapi tak sesiap tahu siapa penyangak besar dekat tempat ni! Sembelih orang!Sakiti orang!Jual orang! Cungkil mata!Potong tangan potong kaki nak jadi orang pengemis.

Felix Neston adalah orangnya. Kepala Iblis dalam bandar ini!

Memang Federico adalah mafia dalam bandar ini, tapi lelaki itu ibarat polis dan pemerintah yang menjaga penduduk dan bandar ini, Menggunakan kuasanya sebagai mafia, Federico dan legasinya jadikan bandar ini satu-satunya tempat untuk penjenayah berkumpul supaya bandar dan daerah lain selamat dari ancaman mereka. Memang kerja mereka melibatkan jenayah. Tapi tak ada la sekejam seperti yang Felix lakukan. Gara-gara onar Felix, maka Federico la yang menerima tempiasnya. Buatkan semua orang dalam legasi Mafia Federico kelihatan jahat di mata semua orang!

Alexander tahu semua ini. Kerana itu dia tidak mahu galas tanggungjawab sebab tak nak nama baiknya terjejas kerana onar orang lain.

Maka muncul la Tristan. Orang yang tolong back up Federico dari ancaman Felix yang perlahan-lahan mahu kaut semua pengaruh ahli gangster lain untuk gulingkan Legasi Federico. Tristan yang bertanggungjawab menjadi mata telinga dan perisai untuk pantau setiap aktiviti yang berlaku dalam bandar ini. Yang tersembunyi mahupun yang jelas-jelas. Tiada yang terlepas dari pengetahuan Tristan. Demi pertahankan apa yang telah dibina bertahun lamanya, Tristan sanggup biarkan nama baiknya sendiri keruh dan di pandang takut oleh semua orang dalam bandar ini!

"Serahkan Thalia kepada aku sekarang!"deram Felix dengan bengis depan muka Tristan.

Dengan senyuman penuh kemenangan, Tristan pandang muka Felix. Dalam hal ini, dia lebih superior dari Felix. Lelaki ni patut fikir dulu sebelum datang ke sini. "Kau tahu ugutan kau ni tak bagi kesan dekat aku?"cabarnya dengan nada berlagak.

Rahang Felix berketik hendak hilang sabar. "Kau nak mati sangat ke!"jerkahnya sekuat hati.

Tristan ketawa jahat lalu tolak tangan Felix turun dari kolarnya. "Balik la Felix. Bukan sekarang masanya untuk berperang. Patutnya kau fikirkan macam mana nak selamatkan orang-orang kau yang tengah mati seorang demi seorang dekat luar sana.."ajunya.

Kerutan di kening Felix berkurangan lepas dia dengar. Macam mana Tristan tahu. "Kau yang buat semua ni?Bunuh orang-orang yang patut sokong aku masa perjumpaan besar tu nanti?"duganya dengan renungan mencerun!

"Kau ingat aku tak ada kerja ke nak buru orang dan bunuh mereka semata nak halang kau jadi pemimpin. Dari aku buat macam tu baik aku bunuh kau terus."seloroh Tristan dengan nada mengejek. "Dari kita saling bercakaran...baiknya kau cari siapakah orang yang cuba jatuhkan kau dalam senyap-senyap dan pada masa yang sama cuba buatkan kita saling bercakaran antara satu sama lain dari kau kecoh pasal benda yang sia-sia."

Felix yang dengar tersentak sendiri. Ada orang cuba cipta peperangan antara mereka?

"Bawa anak buah kau pergi dari sini elok-elok. Aku malas nak bising-bising. Orang tua dalam tu bukannya sihat sangat. Nak berperang kemudian je. Cari orang yang cuba musnahkan kau tu dulu. Baru cari aku."Tristan lambai tangan menghalau mereka dengan malas.

Elok Felix nak marah, dia jadi termangu sendiri sebab berasa terpujuk dengan kata-kata Tristan. Siapa pulak yang berani cari pasal dengan dia nI!

"Aku masuk dulu. Soal adik kau...aku tak tahu. Mungkin orang yang berikan maklumat palsu ni tahu mana adik kau.."tambah Tristan dengan renungan dingin penuh muslihatnya sebelum berpaling semula ke arah pintu. Malas nak lama-lama dekat luar. Sejuk! Sudahla dia cuma pakai t-shirt je!

Maka beredar la Felix dari situ dengan aman tanpa sebarang pertumpahan darah.

Dan semua itu disaksikan oleh Federico yang berdiri dalam gelap dari satu daripada jendela yang menghadap laman itu. Lelaki tua itu yang perhatikan betapa tenang sekali Tristan handel situasi itu tersenyum sendiri sebelum berpaling menjauh dari jendela tersebut.

20. EXITWhere stories live. Discover now