Part 55

1.2K 113 2
                                    

Rasa macam tak percaya je.

Dia ingatkan mimpi.

Sekali tu realiti.

Sumpah dia terkejut sangat sekarang sebab macam baru semalam je dia ada dalam tahanan Fekix. Dan sekarang dia kembali dibilik sama dia pernah tinggal di rumah agam ni.

"Makanlah..."gesa Tristan yang sedang menyua bubur ke depan mulut Thalia.

Thalia yang pandang tak berkedip akan Tristan hanya dia membisu menatap wajah tu.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?"Tristan turunkan tangan yang memegang sudu itu ke bawah lalu alihkan mangkuk dari riba ke atas almari sebelah katil kemudiannya.

"Apa yang berlaku?Kenapa awak boleh dapatkan saya?Kenapa sekarang?Kenapa tak pada hari saya diculik dari sini?"tanya Thalia sambil gerakkan matanya sewaktu menilik setiap inci wajah Tristan. Dia nak pastikan dia tak bermimpi.

Tristan berdengus kecil, lalu dia bawa tangannya ke sebelah badan Thalia sebelum sondong dekatkan mukanya depan muka Thalia.

"Mana seronok macam tu...aku suka perkara yang thrilling. Jadi aku biarkan orang yang nakkan kau sangat tu culik kau...supaya dia dapat dihapuskan dari laluan aku. Lagipun aku tak nak cari pasal dengan Felix awal-awal. Untuk tu, aku kena cari kambing hitam yang perlu disalahkan atas kehilangan kau.." beritahunya dengan nada perlahan.

Thalia buat muka 'WTF' lepas dengar kenyataan tu. Tristan apa?!Lelaki ni sengaja biarkan dirinya diculik dengan Desmond supaya Desmond disalahkan dengan Felix? Jadi Tristan la penyebab macam mana Felix.boleh tahu pangkalan rahsia Desmond!?

"Awak rancang semua tu?"soal Thalia dengan mata mula kemerahan mahu mengalirkan air mata. Kejamnya!

"Ya..aku yang rancang semuanya  dari awal."

Jadi Tristan ni tak ada jauh bezanya dengan Federico. Bapak borek anak rintik. Kejam dan tidak berhati perut.

"Sampai hati awak buat macam ni?"tanya Thalia dengan kening berkerut terasa dengan perbuatan Tristan yang sangat licik.

"Sayang...this is who am I."sengih Tristan dengan jahat saat dekatkan lagi wajahnya ke Thalia. Dia mahu sentuh Thalia. Rasa craving dia membuak-buak dalam dada.

Tapi Thalia undurkan kepalanya ke belakang. Tak mahu didekati Tristan. "Jadi tak hairan la...kalay ayah awak sanggup bunuh ibu dan ayah saya inikan lagikan awak..."getusnya dengan nada separa berbisik namun kedengaran kecewa.

"Huh?"Tristan jungkit kening. "Kau cakap apa tadi?Ayah aku bunuh parents kau?"tanya dia yang taken back dengan kenyataan tadi.

"Ya...ayah awak punca kematian parents saya..dan juga penyebab kenapa Felix berebutkan kedudukan Pemimpin Utama tu dengan awak sekarang."cebik Thalia dengan benci sebelum palingkan kepala ke kanan dan silangkan tangan ke dada.

Buat beberapa saat Tristan diambpandang muka Thalia kerana terkejut. Namun lepas dia tenangkan semula diri dan fikirkan balik setiap kenyataan itu,

"Hei...pandang aku."minta Tristan setelah itu.

Thalia tak pandang. Dia hanya pandang je jendela dengan kening mencerun.

"Thalia Nesrin...look at me now!"arah Tristan lagi dengan nada tegang.

"Apa!"sentap Thalia semasa palingkan kepala ke Tristan dengan marah.

Tristan tersenyum bila tengok muka marah Thalia. "Yang bunuh parents kau adalah ayah aku, bukan aku. Jadi kau tak boleh bencikan aku. Lagipun si Desmond tu pun salah sebab gunakan kau untuk dapatkan Felix. Aku hanya balas balik apa yang dia buat pada kau. So.. You young lady..."bawah dagu Thalia dipegangnya dengan lembut lalu di dongak sedikit supaya memandangnya.

Thalia hanya diam memandang Tristan. Dia masih beri muka marahnya pada Tristan. Dasar manusia tiada perasaan! Macam mana Tristan sikit pun tak rasa serba salah. Sedangkan dia sampai sekarang berasa serba salah sampai tertekan dan jatuh sakit begini!

"Aku arahkan kau untuk sukakan aku. Maksud aku sukakan aku, itu maknanya hanya aku dan aku saja yang kau kena fikir. Dilarang untuk bencikan aku atau berdendam pada aku. Dan itu muktamad. Faham?"kata Tristan dengan nada berbisik menggodanya depan bibir tu.

Thalia mengetap gigi nak halang dirinya dari jawab soalan tu sewaktu tatap renungan dalam menusuk kalbu Tristan. Suka hati je nak demand kan orang.

"Kalau saya tak nak. Apa awak nak buat...bunuh saya?Belasah saya separuh mati macam Felix buat pada saya supaya saya patuh pada awak?"soal Thalia sebelum tarik sengih sinisnya. Lelaki semua sama!

"Oh no my dear..."geleng Tristan dengan perlahan sebelum lentokkan kepalanya sedikir ke kanan. "Dari aku sakiti kau...aku lebih prefer 'seksa' kau dengan hukuman aku sendiri."ujarnya semasa sondongkan lagi badannya merapat ke Thalia.

Thalia apa lagi ikut undurkan badannya ke belakang sehingga dia terbaring semula dekat atas katil tu secara paksa.

"Apa awak cuba buat ni?!"Thalia cepat-cepat tekap tapak tangannya ke dada Tristan. Cuba tolak badan tu jauh darinya.

"Buat apa lagi?Buat kau tergila-gilakan aku la."Tristan pegang kedua-dua belah kepala Thalia sebelum tunduk memberikan deep kiss pada bibir Thalia dengan kasar.

20. EXITWhere stories live. Discover now