Prolog!

2.6K 164 4
                                    

Senyap.

Sunyi.

Dingin.

Itu yang sedang dia rasai.

Suasana yang menghuni pangsa ini. Tiada sumber cahaya langsung dalam ruangan. Yang ada hanya la cahaya dari lampu jalan dekat luar pangsa.

Dan cahaya itu menerobos masuk melalui celah langsir terus ke sepasang mata yang terbuka dengan renungan kosong tu.

Basah dengan air mata dan kemerahan baru menangis, Mata itu termenung melihat kelakatu yang terbang di sekitar lampu jalan di luar jendela slidding door. Dan pemilik mata pula sedang terbaring tidak berdaya di lantai bermozek yang bersepah dan tidak terurus.

Dapat di lihat beberapa peralatan rumah sudahpun pecah berderai, helaian kertas yang dirobek berterabur tidak jauh dari badan tu. Telefon skrin hitam yang telah retak tergeletak di tepi kepala. Sementara di hujung tangan kanan terpalitnya darah yang sudah kering.

Krit!

Krit!

Krit!

Kipas siling yang berpusing perlahan dekat atas keluarkan bunyi tuanya, seakan memaksa ia untuk berfungsi. Seakan sedang nazak mintak di ganti!

Macam nasibnya sekarang!

Sambil menahan sakit yang dirasai pada sekitar leher dan tengkuk, dia gerakkan kepalanya ke siling dan pandang ke kipas di atasnya. Tanpa di minta air mata turun melurut dari tepi mata. Dia bukan menangis, tapi ianya adalah kesan selepas tubuhnya di jadikan sebagai punching bad sebentar tadi.

Sumpah! Hanya tuhan saja yang tahu betapa bosannya dia hadap semua ni. Setiap hari! Setiap hari badannya ini dipukul dan dibantai seakan patung tak bernyawa dengan lelaki yang sepatutnya jadi payung dan perisai hidupnya. Tapi tak, malah hanya di jadikan sebagai objek untuk melepaskan amarah!

Kalau nak dihitung sudah berapa kali?Dia tak boleh nak ingat dah. Apa dia dia sejak dia berusia 7 tahun sehingga la masuk usia 24 tahun ini, tubuhnya ini penuh dengan kesan lebam, luka, parut, malah ada yang patah riuk dikerjakan dengan abangnya.

Sejak kematian ayah dan ibunya kerana kemalangan, dia telah di besarkan oleh abangnya yang beza 13 tahun darinya. Atau boleh dikatakan dia yang besarkan abangnya kerana sejak kecil dia la yang cari duit dan beri mereka makan. Nak harapkan abangnya...memang kebulur la jawabnya. Abangnya reti apa je.

Selain berjudi, ambil dadah, mabuk dan tunjuk samseng itu saja la kerja lelaki tu selama ini.

Sementara dia, dekat lantai rumahnya tersadai seperti kain buruk., berlebam sana sini, luka berdarah dibahagian muka dan entah-entah sudah patah riuk tulangnya, terbiar di sini selepas gagal berikan wang yang diperlukan oleh abangnya.

Haih...apa la nasibnya ini.

Sampai bila hidupnya mahu begini.

Kenapa tak lari?

Percaya la...dia dah cuba. Tapi semua usahanya tiada guna. Segala usaha dia sentiasa berjaya di patahkan oleh abangnya. Ke mana saja dia cuba pergi untuk larikan, abangnya pasti akan temui dia menggunakan geng samseng lelaki tu.

Balik-baliknya, habis separuh mati dia di kerjakan dengan abangnya.

Sejak itu dia tak cuba nak larikan diri sebab dia tahu semua itu tak berguna dan langsung tiada faedah.

Drit!

Drit!

Tidak semena telefon dekat tepi kepalanya berdering. Memberitahu dia ada panggilan masuk. Bersama keluhan panjang, matanya di pejam perlahan. Cuba nak kumpulkan tenaga yang ada untuk capai telefonnya.

Drit!

Drit!

Sekali lagi telefon itu berdering mintak dijawab.

Menggunakan tangan kanannya yang tidak sakit, dia gerakkan tangannya perlahan-lahan lantas mencapai telefon itu sebelum melepaskan hela nafas penat sebaik berjaya bawa telefon itu ke atas perutnya.

Drit!

Drit!

Bersama tangan yang menggigil kerana kesakitan, jarinya yang berdarah akibat di pukul dengan botol kaca tadi slide skrin sebelum di bawa ke tepi telinga dengan susah payah. Sakitnya rasa seperti hendak terkeluar biji mata dari soket rasanya.

"He-hello?"sapanya dengan suara menahan sakit dan nafas tertahan-tahan.

"Thalia Nesrin?"satu suara dalam menyapa melalui panggilan itu.

Bawah bibir di gigit kuat sambil dia pejam mata apabila rasa sakit mula menjalar di seluruh lengan dan belakang badannya kesan di terajang dengan abangnya menggunakan tali pinggang. "Y-ya saya."jawabnya dekat beberapa saat kemudian.

"Saya dari Restoran Honey Sunshine. Soal permintaan cik untuk bekerja di sini...kami mahu hire cik."kata suara tu lagi.

Thank god!

Akhirnya dapat jugak dia bekerja!

"Bila saya boleh mula?"tanya Thalia dengan suara hendak menangisnya. Dia terlampau gembira mendengarnya. Sebulan lebih dia menganggur lepas kerja terakhirnya di sebuah pusat menjual kasut tak berjalan lancar lepas pengurus kedai tu asyik cuba nak mengurat dia dan ajak dia lakukan perkara tak elok demi kenaikan gaji. Tak tahan dia berhenti la! Lepas tu terus tak bekerja. Itu yang dia kena dibelasah dengan abangnya.

"Bila cik boleh masuk bekerja?"

Thalia berkira-kira. Kalau dia setuju awal-awal keadaannya tidak mengizinkan dia dari berbuat begitu. Kalau dia mula kerja, mungkin tak sempat nak dapat gaji, dia dah berada dalam keranda agaknya.

"Boleh berikan saya masa seminggu?"balasnya.

"Baik. Saya boleh berikan masa selama itu. Tapi sekiranya awak tidak hadir setelah tempoh itu jawatan ini diserahkan kepada calon yang lain ya."

Walaupun dia tahu si pemanggil tak nampak, still dia tetap mengangguk kepala tanda faham. "Baik."

Nampaknya tiket dia untuk keluar dari sini sudah pun muncul kembali. Apa yang dia perlu lakukan adalah kumpul duit sebanyak yang boleh dan rangka pelan untuk keluar dari sini once for all!

Lepas tu dia tak nak kembali ke tempat ini semula!

20. EXITWhere stories live. Discover now