Part 1

2.1K 166 0
                                    

3 tahun kemudian....

Kenalkan

Bandar Phantom.

Terletak betul-betul di pusat ibu kota negara.

Seperti namanya sendiri, ianya merupakan tempat paling menakutkan buat sesiapa yang mendengar namanya.

Bukan sebab ia berhantu.

Tapi disebabkan siapa yang menguasasi ibu kota ini.

Tempat ini merupakan center segala bapak anak cucu cicit penjahat bertapak. Segala samseng mafia gangster ahli kongsi gelap dan penjenayah buat urusan 'bisnes' mereka. Yang jauh mahupun yang dekat. Semuanya akan turun ke bandar ini.

Untuk orang biasa, yang memang tak ada kaitan langsung dengan mana-mana gangster atau pertubuhan, yang lahir dan membesar dalam bandar ini biasanya hidup dalam kota ini tidak berpindah ke mana-mana. Bukan sebab tak nak, tapi tak di benarkan. Jadi siapa yang masuk tak pernah dapat keluar. Kalau Berjaya pun, mereka yang keluar pasti mati paling tak pun hilang sebahagian dari anggota badan mereka.

Tempat ini kawal ketat dengan satu organisasi terkenal yang diketuai oleh sebuah pertubuhan yang dibina oleh seorang ketua yakuza dan mafia berbahaya. Iaitu bapak segala ketua penjenayah. Lelaki paling di geruni dan di takuti dalam negara ini.

Sampaikan polis dan kerajaan sendiri tidak berani masuk campur urusan Bandar Phantom. Seperti namanya sendiri, semua pihak berkuasa halimunankan tempat ini dan berkelakuan seperti bandar ini tidak wujud sama sekali.

Peraturan dalam bandar ini adalah, sesiapa yang hidup dalam bandar ini tidak dibenarkan bawa keluar berita keluar melalui media, surat atau sebarang alat komunikasi. Apa saja yang berlaku dalam bandar ini, ianya perlu kekal dalam bandar ini.

Kemudian, mereka semua dekat sini kalua boleh nak hidup dengan duit yang bersih tanpa unsur jenayah, tapi ianya bukan la mudah. Kalau nak hidup dalam keadaan jujur, makan kebulur la mereka dekat tepi jalan tu. Yalah, nama pun tempat penjenayah, ya basically semua yang ada di situ adalah penjahat. Jadi tak kira la apa saja bisnes yang dijalankan dalam bandar tu, mesti ada duit penjenayah. Nak tak nak terima saja la keadaan ni.

Ketiga, siapa yang kaya, akan semakin kaya, siapa yang miskin, akan semakin miskin. Inila norma biasa dalam Bandar Phantom ni.

Kalau nak hidup lama, mereka kena kerja. Tapi nak kerja bukan senang. Susah! Banyaknya semua kerja sangat terhad. Oleh kerana betapa terhadnya kerja bebas tanpa jenayah dekat bandar ini, ramai yang pilih untuk jadi gangster dan pelacur demi lanjurkan kelangsungan hidup mereka.

Dalam bandar ini tiada polis.

Tiada undang-undang.

Tiada penguatkuasaan.

Tiada hukum.

Tiada pemimpin.

Apa yang mereka ada ialah Kumpulan Tatu Black Thorn. Kumpulan yang bertanggungjawab menjaga kelancaran dalam urusan di dalam bandar ini. Mereka mudah di kenalpasti melalui tatu duri yang menjalar seakan duri hitam dari pangkal siku hingga la ke bilah bahu mereka. Tugas mereka kutip cukai pintu setiap peniaga yang ada dalam bandar ni. Mereka jugak yang bersihkan samseng jalanan yang cuba-cuba take over cukai pintu mereka. Hukum sesiapa saja yang tak beri kerjasama atau cuba sampaikan berita keluar dari kawasan bandar.

Sama ada di bunuh terus atau di seksa supaya mati perlahan-lahan. Tak siapa yang tahu. Tapi yang jelasnya sesiapa yang berususan dengan mereka biasanya tak sempat nak tengok hari esok.

Khabar angin juga beritahu, seorang dari ahli kumpulan Tatu Black Thorn merupakan anak lelaki kepada pemimpin Bandar Phantom itu. Anak kepada Mafia Federico. Tapi tak siapa tahu siapakah orang itu. Ada yang kata mereka saja sebarkan cerita tu sebab nak takut-takutkan lagi penduduk bandar ni.

Jadi siapa behave dapatla hidup lama sikit.

SIapa yang cuba tunjuk hero, mungkin patut fikir dua kali sebelum cuba apa-apa dekat bandar ni.

Sebab bandar ni...bukan bandar sebarangan!

Krinching!

Pintu restoran terbuka sambil ditemani bunyi loceng gemerincing di atas pintu itu. Buatkan beberapa kepala berpaling hendak lihat siapa yang berjalan masuk. Pandang saja ke pintu itu, semua yang ada di situ cepat-cepat alihkan kepala mereka dan sibukkan diri seakan tak Nampak apa yang berjalan masuk ke ruangan restoran itu.

"Kutipan cukai pintu!"maklum suara tu tiba-tiba.

Walaupun tidak lantang atau kedengaran kuat, ianya cukup buatkan orang yang sedang tunduk mengemas bawah meja kaunter tersentak lalu bunyi sesuatu terhantuk lalu diikuti bunyi barang jatuh kedengaran.

BUK!

Gelas kaca yang baru saja di keluar dari bawah kaunter dekat atas meja tergolek lalu jatuh ke lantai sebelum ia pecah berderai menjadi serpihan.

"Auw!"aduh suara dari bawah kaunter itu pula.

Tiga orang lelaki berpakaian serba hitam dan casual dekat depan kaunter tu pandang pelik dengan kekecohan itu. Mereka perhatikan saja kaunter itu sehingga satu kepala terjegul keluar dari belakang kaunter lantas berdiri sambil pegang kepala.

Siut betul! Terhantuk dia dibuatnya!Hish! "Ya?"soalnya dengan nada menggerutu sewaktu pandang ke depan dengan kening berkerut menahan sakit. Senak dada dia sekarang ni!

"Mana Pengurus Joe?"tanya lelaki pertama berambut perang di bahagian atas, hitam di kedua-dua belah kepala.

"Keluar."jawabnya dengan ringkas.

"Ke mana?"tanya lelaki kedua.

Dia yang masih dalam keadaan pening dan kejengkelan pandang tak puas hati ke mereka. Memangnya dia ni bini Pengurus Joe ke sampai tahu segalanya apa yang lelaki tu buat, kemana, dengan siapa, di mana....urgh! "Tak tahu."jawabnya sewaktu turunkan tangannya dari kepala lalu gerak tunduk mengutip serpihan kaca yang bersepah dekat lantai.

BAM!

Tak pasal-pasal bunyi permukaan di pukul kuat kedengaran.

Dia yang sedang kalut nak bersihkan sepahnya terkejut lalu terkelar jarinya dengan serpihan kaca yang di pegang. WHAT THE F*CK! Dengan marah dia berdiri semula lalu menghadap mereka bertiga. Menyakitkan hati betul!

"Nampak kita orang ni tengah bergurau ke?"tanya lelaki ke tiga dengan muka berlagak mintak ke mop!

Nampak dia kisah ke!

"Siapa nama kau?"tanya lelaki pertama sewaktu rehatkan siku ke atas kaunter dan sondongkan sikit muka ke depannya.

Buta ke? Tak nampak nametag yang ada dekat baju dia ni? Tanpa menjawab soalannya dia malahan silangkan tangan ke dada. Ingat dia nak takut ke?Ingat sikit, dia ada abang yang lebih menakutkan dari lelaki di depannya ini. Kalau mereka nak bunuh dia sekarang, di persilakan. Dia lebih rela mati dari terus hidup dekat sini.

"Hei! Orang tanya ni! Tak reti nak jawab ke!"jerkah lelaki kedua sambil hentak kuat permukaan meja dengan kepalan penumbuk.

Sambil mengetap gigi memandang mereka, dia turunkan tangannya ke bawah dengan marah. Kalau nak tahu siapa dia, cuba cari tahu sendiri. Memang tak dia nak beritahu!"Sekiranya encik bertiga hendak temui manager saya, sebaiknya datang semula ke kedai ini sewaktu dia sudah berada di sini. Jika tiada apa-apa sila beredar."tegasnya.

"Kau memang mintak mati sangat ke?"tanya lelaki ketiga dengan sengih mengejeknya.

"Ha'ah...sejak lahir lagi...kalau tak kisah. Encik boleh beratur dalam list saya. List orang yang nak saya mati."beritahunya dengan senyuman di buat-buat.

Lelaki pertama pandang dia buat seketika sebelum lepaskan hela nafas jengkel. "Sudah. Tak perlu bazirkan masa. Kita datang kemudian je."

Senyumannya jatuh dari bibir. Dia pasang muka jengkelnya."At last ada yang faham Bahasa dekat sini."selorohnya sebelum tegakkan kedua-dua tangan dekat atas kaunter dengan yakin.

Lelaki kedua dan lelaki ketiga dah siap sedia buat muka seperti mahu memaki, tapi mereka kemudiannya berpaling dari situ tanpa berkata apa-apa.

Sementara lelaki pertama yang terakhir sekali berpaling sempat bercakap. "See you later Thalia."

Dia yang dengar terus menguling mata. Berasa menyampah.

20. EXITWhere stories live. Discover now