Part 3

1.6K 138 2
                                    

"Aku nak duit."

Elok dia nak letakkan pinggan berisi hidangan yang dia masak secara express tadi terus terhenti lepas dengar.

"Apa?"tanya Thalia dengan muka tak percaya.

Dengan renungan hendak membunuh, Felix menjeling ke Thalia. "AKU.NAK.DUIT!"sebut Felix sambil menekankan setiap perkataan.

Pinggan tu terletak kuat atas meja dengan Thalia kerana dia berasa jengkel dan marah pada masa yang sama. Kalau macam ni la ceritanya kan, memang tak la dia boleh keluar dari sini! Duit yang di kumpulnya asyik menjadi mangsa serakah abangnya!

"Aku tak ada duit."balas Thalia dengan nada mendatar sebelum berpaling dari situ untuk ke biliknya.

Felix yang tak boleh nak terima jawapan itu, terus lemparkan pinggan yang ada di depannya dengan kuat sebelum ia terbang ke dinding lantas pecah berderai ke merata arah sebelum bangun dari situ.

Menikus Thalia sebaik mendengar bunyi hempasan itu. Nalurinya Thalia angkat tangan ke atas kepala nak lindungi dirinya. Tanpa berlengah dia berpaling menghadap Felix semula dengan mata terbutang luas. Dia pandang 'what the hell' pada Felix sambil turunkan tangannya ke bawah semula.

"Ulang balik?"arah Felix sambil jalan keluar dari meja tu lalu dekati Thalia. "AKU KATA ULANG BALIK!"jerkahnya sebelum tiba di depan Thalia lantas rambut tu di cengkam dia dengan kuat.

"Ah!"Tahlia terus pegang Felix bila kepalanya di dongak secara paksa ke atas dan rambutnya di cengkam maut dengannya. "Lepasla!"marahnya.

"Berani kau melawan eh?Mintak mati sangat ke?"tanya Felix depan muka Thalia.

Bersama nafas naik turun kasar, Thalia pandang ke Felix dengan perasaan berbuku geram.Dia dah muak dengan semua ni. Dia dah bosan di jadikan sebagai punching bag Felix. "Bunuh aku! Kalau kau nak sangat aku mati...BUNUH AKU!" tempiknya selantangnya.

Felix berdengus mengejek sebelum angkat tangannya lantas menumbuk rimbuk Thalia sekuat hatinya.

Berbongkok terus Thalia memeluk perutnya selepas tumbukan itu hingga betul-betul dekat tengah perutnya. Sebunya ya ampun! "Uhuk!Uhuk!"batuknya bersama air mata mula berkumpul di kelopak.

Dengan kasar Felix tarik rambut Thalia dan buatkan adiknya berdiri semula menghadapnya. "Kau fikir aku nak biarkan kau mati macam tu je?" soalnya dengan sengih jahat meleret di bibir.

Air mata turun dari tepi mata Thalia semasa dia dongak memandang Felix menggigit bawah bibir menahan diri dari menjerit di tengah-tengah malam ni.

"Kau ingat sikit! Sebab siapa parents kita mati. Sebab siapa aku tersadai dekat tempat macam neraka ni! Dan sekarang kau nak melawan aku? Abang yang dah jaga kau?"kata Felix lagi dengan sinis.

Kepala otaknya! Jaga dia?Merepek apa! Lebih kepada seksa dia adalah! "Kau jaga aku?"tanya Thalia dengan sengih mengejeknya. "Kelakar...setahu aku selama ni aku yang bagi kau makan, sara lelaki tak guna dan penagih macam kau ni! Abang konon"

Terus kembang kempis hidung Felix sebaik dia mendengarnya. Berasa berang dengan kata-kata itu, dia tidak teragak-agak campak Thalia ke lantai dengan kasar sehingga buatkan badan Thalia meluncur di situ.

Thalia cuba bangunkan dirinya dari lantai, tapi tak sempat nak gerak, batang lehernya sudah di cengkam kuat sebelum kepalanya di hantuk ke lantai dengan kuat sesaat kemudian, sebelum Felix berada di atas badannya.

"Selagi aku hidup! Selagi tu aku takkan biarkan kau hidup senang! Aku nak kau tahu apa yang aku rasa lepas kau buatkan ayah dan ibu pergi tinggalkan aku dekat dunia ni dengan betina tak guna seperti kau ni!"kata Felix sambil mencekik Thalia dan hentak kepala Thalia berkali-kali dekat lantai dengan marah.

Salah dia?Bersama mata kemerahan kerana sesak tidak bernafas, Thalia pandang muka Felix dengan kening berkerut tak puas hati. Tangan Thalia pegang tangan Felix yang sedang mencekik lehernya dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi tangan berada di bawah leher lelaki tu, Cuba nak jauhkan Felix darinya

"Arghhh!!"teriaknya sambil kakinya tersepak-sepak nak bernafas. "Bukan salah aku! Tapi salah kau! Kau yang cari pasal dengan geng mafia sampai dia orang target kau! Ibubapa kita mati sebab nak selamatkan lelaki tak guna macam kau ni!"teriak dia sekuat hati dari balik cekikan itu. Dia tak peduli lagi dah! Felix dah melampau! Dia Budak kecil lagi masa ibu dan ayahnya terkorban. Dan lelaki ni lepaskan geram ke atas dia untuk perkara yang dia sendiri tak buat!

Bersama muka bengisnya, Felix lepaskan leher Thalia lalu mula menampar-nampar muka tu berkali-kali tanpa rasa belas kasihan.

PANG!

PANG!

PANG!

PANG!

Thalia yang terbaring tak berdaya dekat lantai tu sedaya upaya lindungi dirinya dengan lengan sendiri namun apakah daya. Dia cuma seorang wanita sementara Felix yang lebih tua dan lebih besar darinya bukanla tandingan dia!

20. EXITWhere stories live. Discover now