Part 49

1.1K 109 2
                                    

"Mana Thalia?"tanya Desmond pada Cintia yang sedang duduk menghadap skrin komputer melakukan sesuatu.

Cintia dongak. Dia angkat kening semasa memandang Desmond. "Saya tak tahu tuan. Rasanya dalam bilik dia. Sebab lepas sarapan tadi saya sibuk siapkan report."beritahunya.

Desmond mengerutkan kening. "Habis tu siapa yang perhatikan dia?"

"Dua orang tu la.."jawab Cintia lagi.

Tanpa berkata apa-apa lagi Desmond berlalu keluar dari ruang operasi itu lalu jalan merentasi terowong bawah tanah itu untuk ke satu arah.

Tidak lama Desmond berjalan, dia tiba di sebuah bilik berpintu kaca tinted. Sekali bila dia tolak daun pintu itu ke dalam, dia melihat dua orang anak buahnya sedang duduk bersila dekat lantai yang dihamparkan cadar bersama Thalia bersama-sama dan kad terup serta bungkusan gula-gula dan duit berterabur dekat situ.

"What the hell!?"Desnond pandang mereka bertiga dekat situ dengan muka tercengang. "Seriously?"

Terkocoh-kocoh dua orang lelaki tu bangun dari situ dan mengutip duit dan gula-gula dari tempat duduk mereka dan berdiri tegak serta merta dalam sekelip masa.

Thalia yang masih bersila dekat situ suap kacang dalam mulut dan mengunyahnya saat memandang Desmond.

"Keluar!"arah Desmond pada mereka berdua sambil mencekak pinggang sebelah tangan.

Mereka kerling ke Thalia sekejap lalu cepat-cepat berjalan keluar dari situ. Meninggalkan Desmond dan Thalia berduaan.

"Apa yang awak lakukan Thalia?Awak bawak pengaruh tak elok pada mereka! Apa?Berjudi?!"marah Desmond yang datang menghampiri Thalia lalu berdirikan wanita itu di depannya.

Kening Thalia mencerun tajam. Dia masih tak puas hati dengan Desmond. Jadi selama tiga hari dia di kurung dalam bilik bawah tanah ni, selama tu jugak dia tak bercakap dengan Desmond!

"Saya tanya tu jawab!"tegas Desmond sambil goyangkan lengan yang dipegang dengan marah.

Hmp!Memang tak dia nak bercakap.Thalia palingkan kepala ke kanannya memprotes. Selagi Desmond tak nak berundur. Selagi tu dia tak nak cakap apa-apa!

Melihatkan sikap protes Thalia terhadapnya sejak beberapa hari ini semakin mengetik suis tingkat kesabarannya. Dia tak tahu nak cakap macam mana lagi demlngan Thalia. Sungguh! Dia tak ada niat nak pergunakan Thalia. Malah dia mahu melindungi Thalia. Namun disebabkan Thalia tersekat di antara tiga kuasa, ianya buatkan dia ikut tersekat di antara orann atasan dan juga perasaan dia sendiri.

Desmond tarik nafas lalu hembus dengan panjang menahan sabar. Thalia tak salah dalam hal ni. Jadi Thalia tak patut di marahi.


Setelah itu dia tundukkan kepala ke bawah untuk bertafakur sebentar lalu angkatnya semula sebelum pandang ke Thalia.

"Thalia..saya tahu awak marah. Dan saya tahu awak nak saya undurkan diri dari misi ni. Tapi saya tak boleh lakukan semua tu selagi tugas saya tidak selesai lagi. Jadi tolong la faham." pujuk Desmond.

Nafas Thalia naik turun, dia ketap giginya erat-erat. Kalau Desmond tak undurkan diri. Bukan Desmond saja dalam bahaya tapi semua orang dalam tempat ni. Nak dia fahamkan apa lagi. Lalu dia pun palingkan kepala. Memandang Desmond dengan renungan serba salah."Awak nekad nak lakukan misi ni?"tanya Thalia.

Desmond angguk kepala. Dia tersenyum lega lepas dengar suara Thalia."Iyanya arahan dari Presiden Negara sendiri. Saya tak boleh menolaknya kerana itu di anggap sebagai menderhaka kepada negara." 

"Awak buat ni sebab nak dapat nama atau memang awak buat untuk negara?"tanya Thalia lagi.

"Untuk negara. Penjenayah dalam negara ini perlu di hentikan."jawab Desmond dengan bersemangat.

Thalia kedipkan mata. Dia teringat akan Tristan. Lelaki ni hendakkan kejatuhan Felix. Sementara Desmond mahu hapuskan kejahatan yang berlangsung di dalam bandar ini.

Mungkin dia akan dianggap sebagai adik yang jahat sebab sanggup sumbat abang sendiri dalam penjara. Tapi kalau itu dapat tolong hentikan kegilaan abangnya dan melindungi semua orang di sini dari kuasa tamak haloba Felix. Dia sanggup lakukannya.

"Kalau macam tu awak lepaskan saya." lafaznya. Dia tak boleh biarkan hal ni berlanjutan. " Biar Felix dapatkan saya. Dan bila dia dapat saya. Saya percaya Felix akan bawa saya ke kubu rahsia dia. Dengan gunakan gelang GPS yang awak berikan kepada saya...awak boleh kesan dimana tempat tu. Kemudian awak serang tempat tu dan tangkap Felix. Dia adalah ketua dan punca segala aktiviti jenayah yang berlaku di dalam bandar ni." cadangnya.

Desmond kerutkan kening."Awak pasti?Macam mana kalau dia apa-apakan awak...dan paling teruk bunuh awak?"

Thalia buka mulut nak bercakap, sekali tu bunyi siren amaran dan lampu merah mula memenuhi ruangan tersebut.Melompat terkejut dia dibuatnya, dia peluk lengan Desmond serta merta.

"Apa yang dah berlaku?Tempat awak nak meletup ke?"tanya Thalia dengan cemas. Haih..dia tak nak mati awal!

Desmond yang tidak tahu apa yang berlaku berkerut kening sewaktu pandang sekeliling ruangan itu. Biasanya kalau lampu amaran ni berbunyi, itu maksudnya ada musuh sedang menghampiri.

Sesaat kemudian, pintu kaca bilik itu terbuka. Cintia muncul depan di pintu  dengan wajah cemas.

"Tuan!Kita terdedah. Felix dan gengnya sudah berada di luar bangunan. Mereka telah letupkan tingkat atas!"laungnya dengan kuat hendak menyaingi bunyi siren kecemasan.

Thalia yang dengar terus tercengang. Oh sh*t! Baru sebut dah datang?Panjang umur betul abangnya ni.

Sementara Desmond berdiri dekat situ sambil mengepal penumbuk. "Macam mana boleh jadi macam ni!?"

20. EXITWhere stories live. Discover now