Part 27

1.3K 114 1
                                    

Sarapan?

Jangan cakap dengan dia.

Rasa seperti di perli pun ada.

Awalnya dia ingat nak sarapan dekat diner ke drivethru mcD ke kan..sekali tu

Lebih kepada luxuiry breakfast adalah. Ada ke patut Desmond pergi ke restoran sebuah hotel mewah semata nak makan roti bakar dengan scramble egg dan secawan kopi.

Masuk akal ke tak masuk akal tu.

Thalia mahu tak mahu makan je la dekat restoran tu. Lepas makan tu, Desmond drive mereka ke kawasan berhampiran tempat tinggal mereka. Mulanya Thalia fikirkan yang Desmond mahu bawa dia ambil angin keliling tempat itu.

Sekali lepas pusing dan pusing seperti buat tiga kali, dan akhirnya berhenti dekat sebuah kedai bunga. Seriously?Perlu ke buat semua ni?Membazir waktu. Membazir petrol. Ikut kalau jalan kaki tadi tak sampai 10 minit dah sampai di kedai bunga tu.

Desmond boleh pulak drive tanpa punca semasa nak ke kedai bunga.

Buang tebiat betul lelaki ni!

Tak cukup dengan itu, Thalia dikejutkan dengan satu lagi berita. Berita yang dia di offer untuk bekerja di kedai bunga Desmond.

"Yeah!"sorak Cintia sambil angkat tangan tinggi ke atas. "Akhirnya ada jugak kawan bekerja. Terima kasih bos!"

Thalia pandang bingung ke Cintia. Wow! Penjual bunga murah dengan senyuman ni teruja sungguh macam baru dinaikkan pangkat saja gayanya.

"Kerja la elok-elok. Thalia. Jangan risau..Cintia ni Nampak saja aktif orangnya tapi dia ni seorang yang baik. Awak berkawan la dengan dia."Desmond pegang bahu kanan Thalia beri semangat.

Haih...ya-ya dia ingatkan apa tadi. Rupanya nak bagi dia kerja. Macam tahu-tahu je dia perlukan pekerjaan sekarang ni. Thalia pandang ke tepinya dimana Desmond sedang berdiri. Berasa berterima kasih dan tersentuh dengan tindakan Desmond.

"Ya...jangan risau. Saya seorang yang baik."Cintia angguk kepala dengan semangat sewaktu pandang Thalia.

Thalia secara automatik gerak ke Desmond lantas berikan pelukan kepada lelaki itu sebagai tanda penghargaannya.

Terkejut Desmond sewaktu Thalia memeluk dirinya. Dia tak jangka langsung akan hal ini. Dia hanya berdiri kaku dekat situ sekejap nak proses maklumat. Matanya terkebil-kebil bingung semasa pandang Cintia.

Cintia yang lihat tersenyum senang, Dia beri thumbs up kepada Desmond kerana buatkan seorang wanita yang bersendirian dan perlukan sokongan di sisi bersemangat semula. Tak sia-sia ketua kumpulannya ini jadi kapten pasukan operasi rahsia selama bertahun lama.

"Terima kasih Desmond."ucap Thalia sewaktu rehatkan dagunya ke bahu tu.

Desmond tepuk belakang Thania beberapa kali. "Sama-sama. Jadi lepas ni awak tak perlu susah untuk jalan kaki jauh-jauh untuk restoran. Memandangkna kedai bunga ni tak jauh dari pangsa tempat awak tinggal."ujarnya.

Tidak lama kemudian, Thalia pun jauhkan dirinya dari Desmond lantas pandang dengan minat ke lelaki itu. Bukan apa, Desmond buatkan dia teringat akan Felix. Kalau la Felix perlakukan dia sama seperti mana Desmond layan dia, pasti dia sangat menghormati Felix suatu hari ni. Ini tak...abangnya sebaliknya terus menerus buat perangai sampah tak guna lelaki tu terhadap dia.

"Okay."balas Thania.

Desmond angguk kepala lalu tepuk bahu Thalia sekali lagi.

"Cintia..beritahu Thalia apa nak buat. Saya keluar dulu. Ada urusan yang perlu saya selesaikan. Nanti saya datang semula sebelum waktu kedai tutup."maklum Desmond yang palingkan kepala ke Cintia.

"Baik tu-bos"hampir tersasul nak sebut tuan dan beri tabik, Cintia dari sengih goofy serta merta.

Desmond perasan akan hal itu, tapi dia tak beri reaksi lebih, tapi hanya geleng kepala tak percaya. Berapa kali dah di pesan buat jugak benda yang sama.

"Jom Thalia..ikut saya"Cintia rangkul lengan Thania lalu tarik orang itu ke arah Lorong dimana barisan bunga tersusun rapi. "Saya akan tunjukkan awak setiap bunga dan macam mana nak handle."

Thalia ikutkan saja langkah itu dengan sengih di bibir kerana berasa lucu dengan semangat yang Cintia tunjukkan.

Sementara Desmond pandang kelibat dua orang wanita itu dengan rahsia sebelum senyap-senyap menghadap dinding kaca di belakangnya. Dia kuak sikit cermin itu sehingga ada bukakan rahsia muncul di situ.

Ianya adalah sebuah ruang bawah tanah rahsia.

Dengan pantas. Desmond masuk ke laluan rahsia tersebut dan tutup semula dinding kaca itu di belakangnya dan mula menuruni tangga batu di situ satu persatu sebelum tiba di ruang luas yang di penuhi staf dan peralatan berteknologi tingginya.

Ketibaan Desmond di situ buatkan semua yang sedang tekun menghadap computer dan mundar mandir sekitar ruangan itu berhenti lalu berdiri untuk beri tabik hormat pada lelaki itu.

"Tuan!"tabik mereka dengan serentak.

Desmond hanya beri anggukan kecil pada mereka sewaktu jalan lekas ke meja monitor Utama. "Sambung kerja kamu."arahnya sambil tu.

Mereka dengan patuh kemudiannya teruskan pekerjaan masing-masing.

"Macam mana dah detect pergerakkan mereka?"tanya Desmond semasa ketik papan kekunci di situ menaip ID dan password log in ke database.

"Kami dapat kesan tiga orang ketua dari tiga kumpulan gangster yang terlibat urusan pertukaran senjata dengan Si Bulat dan juga Felix."beritahu staf yang sedang duduk di kerusi sebelah kiri Desmond.

"Felix nya?"tanya Desmond lagi sewaktu membaca email yang dihantar dari pangkalan Utama operasi kepada dia. Dalam email itu beritahu dia perlu dapatkan maklumat dimana tempat berkumpulnya para ketua-ketua mafia seluruh dunia bakal diadakan nanti. Katanya mereka akn adakan perjumpaan besar-besaran di Bandar Phantom ini.

"Kami belum kesan tuan."jawab orang yang sama.

Selesai baca dia log out dari emailnya lalu pandang ke skrin besar yang melekat dekat dinding bawah tanah. Di skrin itu terdapatnya berates-ratus CCTV tersembunyi yang terpasang hampir di seluruh bandar sejak kehadirannya di sini tiga tahun lepas. CCTV yang dia gunakan untuk rakam segala aktiviti dan kegiatan orang jahat dalam bandar ini. Dan mellaui CCTV ini la dia dedahkan kedudukan Si Bulat dan Felix pada malam pertukaran dokumen penting. Tapi sayangkan Felix tiada di situ. Sebaliknya Thalia yang ada dekat situ.

Susah payah kumpulan dia atur perangkap ini untuk cipta perang antara Geng Tatu Black Thorn dan Geng Black Hound, geng yang diketuai oleh Felix. Geng paling aktif buat kerja jenayah besar dalam bandar ini. Dari sendikit dada, pertukaran senjata hingga penjualan sumber manusia, Felix adalah hantunya!

Dengan renungan penuh muslihat, dia sandar ke kerusi lalu pandang ke skrin dimana wajah Tristan berada. "Kalau macam tu kita kena pancing dia keluar."ujar Desmond.

20. EXITWhere stories live. Discover now