Part 42

1.2K 103 0
                                    

"Tuan..."panggil suara Cintia dari depannya kedengaran.

"Hm."jeda Desmond tiada mood sewaktu memejam mata hendak tenangkan diri.

"Felix munculkan diri...tapi dia pulanng seorang diri. Tiada Thalia bersama dengannya."maklum Cintia.

Baru la Desmond membuka matanya sebaik mendengar nama itu.

"Rancangan kita untuk buatkan Felix menyerang Tristan tidak berjalan seperti di rancang. Malam tu Felix tidak lakukan apa-apa setelah tiba. Dia bergduh sikit dengan Tristan kemudian pergi dari situ begitu saja." lapor Cintia.

"Thalia...dia ada sekali di situ?"tanya Desmond dengan nada mendatar. Haih..kenapa la boleh jadi macam ni...susah payah dia atur semuanya selama ni. Tapi satu pun tak ada hasilnya. Lagi satu, kenapalah Tristan ada malam tu. Kan tak pasal-pasal Thalia di bawa pergi! Sekarang ni apa dia nak buat?

"Macam mana dengan team spy kita?"tanya Desmond bernada malas tiada mood sewaktu duduk tegak dari kerusi lalu lihat ke dokumen yang bersepah atas meja dan kepingan gambar di atasnya.

"Saya arahkan mereka untuk berhenti seketika dari timbulkan diri kerana kehadiran mereka telah dicurigai oleh anak buah Tristan. Lewat malam semalam saya dapati Alexander hadirkan diri ke perjumpaan beberapa ketua besar gangster dalam bandar ini. Detail perjumpaan itu belum di sahkan lagi apa dia."beritahu Cintia lagi di depan meja kerja itu.

Desmond angkat kepala lepas dengar makluman tu. "Perjumpaan?Bukan ke hari tu lama lagi?Dah kenapa dia nak buat perjumpaan?"

"Saya belum pasti apa tujuan perjumpaan tu."

Keluhan kasar lepas dari Desmond. Dia pandang ke skrin komputernya pula. Dia lihat titik merah dengan avatar seorang wanita dengan nama 'Thalia' di situ.

Dah seminggu Thalia kena tahan dalam rumah agam Federico. Apa khabar agaknya wanita itu. Hidup lagi ke? Di apa-apakan ke? Dia tertanya-tanya. "Kalau macam tu siapkan team. Kita akan bawa Thalia keluar dari rumah agam tu malam ni." maklum Desmond tanpa alihkan matanya dari skrin monitor.

Cintia pandang wajah tegang Desmond dengan kening berkerut. "Tuan...sebab ini ke tuan serahkan gelang tangan tu kepada Thalia tempoh hari?Sebab tuan nak gunakan dia kerana tuan boleh jangka apa yang akan berlaku?"

Berasa bengang dan kesal dengan apa yang sedang dirasai, Desmong kuak rambutnya ke belakang dengan tangan kanannya. "Tak...gelang berGPS tu saya serahkan sebab nak pantau keselamatan dia. Saya tak ada niat hendak gunakan dia...dan saya tak sangka pulak Tristan dan Alexander boleh tahu mengenai Thalia adalah adik kepada Felix."

Serabut la!

Cintia mendiamkan diri setelah itu.

"Apa cerita tentang Federico. Orang tua tu tak timbul-timbul pulak ke belakangan ni." Desmond bawah kedua-dua tangan ke belakang kepala saat sandar ke kerusi memandang Cintia.

Cintia angkat ipad di tangannya dan slid skrin seperti mencari sesuatu. "Menurut laporan spy, Federico kini tidak aktif kerana dikhabarkan kesihatan dia agak merosot beberapa bari ini. Jadi yang bertanggungjawab mengurus segala urusan adalah Alexander dan Tristan."beritahu dia sambil baca apa yang tertera dalam skrin itu.

"Ohh..sebab itu la Alexander buat perjumpan tu. Sebab dia ganti ayahnya."kata Desmond yang sedar kenapa ada perjumpaan tiba-tiba. "Nampaknya mereka betul-betul nekad nak jadi pemimpin utama dalam bandar ni."

Cintia angkat kepalanya semula dan pandang ke depan."Itu saja dari saya. Sekiranya tuan mahu bawa Thalia keluar malam ini saya akan aturkan team untuk itu."

Desmond beri anggukan kecil. "Urm...go ahead."

Cintia beri tunduk kecil sebagai hormat lalu keluar dari pejabat itu.

Desmond lepaskan hela nafas yang panjang setelah itu sebelum tutup mata semula nak berfikir.




20. EXITWhere stories live. Discover now