Part 13

1.4K 130 0
                                    

Dalam keadaan terketar-ketar dia tunduk menyelongkar beg tangannya. Mahu keluarkan telefon bimbit darinya dan hubungi seseorang supaya menjemput dia keluar dari hotel ini secepat mungkin. Setelah dia capai phone, Thalia pegang telefon tu dengan kedua-dua tangan sementara beg tangan tergantung dekat lengannya.

Sedang Thalia sentuh itu ini pada skrin, pintu lif depannya terbuka. Tanpa pandang ke depan, dia berjalan keluar dari lif tu sewaktu menaip nombor Felix di skrin. Pada masa dia berbuat begitu, Thalia yang tidak nampak akan depannya, berlanggar dengan orang yang kebetulan hendak berjalan masuk ke lif itu tanpa sengaja.

Perlanggaran itu menyebabkan kaki Thalia yang bertumit tinggi terpelecok lantas dia dengan automatiknya cengkam kuat pakaian orang yang dilanggarnya untuk dapatkan sokongan.

Pada masa itu la ada tangan yang melingkar ke sekeliling pinggang Thalia dan peluk tubuh itu dengan erat.

FLAK!

Telefon Thalia yang sudah retak dan lusuh itu jatuh ke lantai.

Bersama nafas tertahan penuh ketakutan, Thalia pandang ke atasnya lantas bertentang muka dengan muka tu.

"Kau?"soal Tristan dengan kening terangkat.

Takkan la!

Thalia pandang tak berkedip ke Tristan yang masih memeluknya di depan lif itu. Kecik betul dunia ni kan. Air liur gemuruhnya di telan kesat!

Kenapa la...

Kenapa time ni jugak dia bertembung dengan Tristan?

Dan banyak-banyak tempat kenapa lelaki misteri yang mungkin anak buah atau anak kepada Pemimpin Utama Federico turut berada di sini?

Kenapa la dia turutkan permintaan Felix?

Kenapa la nasib dia ni selalu saja tak baik?

Aduhai nasib...

Tanpa berlengah, Thalia tolak dirinya jauh dari Tristan lalu pegang dadanya dimana jantung dia sedang berdegup kencang takut tertangkap.

Mata Tristan naik turun menilik Thalia yang kelihatan agak berlainan dari kali terakhir dia temui wanita ini. "Apa kau buat dekat sini?"

Tidak menjawab soalan itu, Thalia tunduk mengutip telefonnya di atas lantai itu dan bergerak hendak pergi dari situ. Lantak la situ! Apa dia tahu dia kena keluar dari sini sebelum malaun tadi turun.

Sambil buat muka kesal, Tristan pegang pergelangan tangan Thalia lalu palingkan semula badan Thalia menghadapnya semula.

Dengan muka terkejut dan takutnya, Thalia pandang Tristan dengan mata terbutang luas. Apa lagi lelaki nak dari dia! Tak nampak ke dia tengah urgent ni. "Lepas la! apa masalah awak ni!"marahnya sambil pulas lengannya supaya di lepaskan.

"Aku tanya kau kan."getus Tristan dengan muka tak puas hati.

Thalia pandang Tristan dengan kening berkerut risau dan kejengkelan pada masa yang sama. Alahai! Nak main polis-polis pulak dengan dia tanya itu ini bagai."Bukan urusan awak untuk tahu...lepaskan saya sekarang atau saya jerit dekat sini!"gelutnya dengan terdesak.

Pada masa itu la telefon berbunyi kedengaran. Buatkan Tristan tunduk menyeluk tangan dalam poket kot yang di pakai lalu mengeluarkan telefon dari situ. Tanpa lepaskan Thalia, dia jawab panggilan tu lalu dibawa telefon tu ke telinganya.

"Ya...Tristan bercakap."katanya.

Thalia dah kecut perut dekat situ. Lepaskan la dia!Apa isu lelaki ni dengan dia. Anti sangat kenapa. Dia ada kacau ketenteraman lelaki ni!

"Ya..ada dekat bawah ni. Dah settle ke urusan dekat atas tu?"tanya Tristan sambil eratkan cengkaman di pergelangan tangan Thalia lepas dia rasa hampir terlepas memegangnya.

Mata Thalia pandang silih ganti akan muka Tristan dan tangan lelaki tu. Okay. Mengikut survival self defence yang dia baca, adalah kalau time macam ni, ada satu cara saja nak lepaskan diri. Tindakan paling simple tapi sangatlah mujarab.

GIGIT!

"Kejap la-ARGH!"tengah Tristan nak bercakap, masa itu la Thalia pegang tangan dia lalu menggigit kuat akan tangan tersebut. Terlepas terus cengkamannya dari pergelangan tangan Thalia serta merta.

Macam orang lari tak cukup tanah, Thalia pecut dari situ terkocoh-kocoh dengan kaki berkasut tumit tingginya dan tangan dia flapping kanan dan kiri penuh ketakutan.

Tristan yang dumbfounded dengan keadaan itu ternganga sekejap sambil pandang bekas gigi dekat tangan dia di mana Thalia gigit tadi.

What the heck!

"Apa yang berlaku?"tanya Alexander dalam panggilan.

"Tak..tadi aku-"Tristan hilang kata-kata masa pandang ke pintu keluar hotel tu. Sumpah, terkejut beruk dia dibuat gigitan tadi. Hish perempuan tu kan! Nanti...dia terjumpa lagi. Siap la!"Aku naik atas kejap lagi. Jumpa nanti."pamitnya sebelum putuskan panggilan tu.

20. EXITWhere stories live. Discover now