Part 30

1.3K 110 2
                                    

Sebuah kereta mewah terparkir dengan mengejut di tepi jalan depan bangunan pangsa pada malam tu. Jalan dah gelap, kawasan pula senyap sunyi tiada kelibat manusia yang berkeliaran di situ. Dan pada masa itu la pintu kereta terbuka, dan Thalia muncul depan pintu itu. Dia turunkan kakinya dulu dan mahu gerak keluar, namun dia terduduk semula dekat situ.

"Tunggu."Tristan pegang lengan Thalia.

Merenggus geram, Thalia palingkan kepala ke Tristan. "Apa lagi?"tanya dia.

"Ingat kau kena bagi tahu aku jawapannya selewatnya esok. Kalau tak siap kau."ugut Tristan sambil buat muka semasa berkata.

Thalia menjuling mata lalu berpaling mahu keluar dari situ. Macam la dia peduli apa yang Tristan nak buat. Nyawa dia sentiasa di hujung tanduk. Jadi tak ada yang perlu dia hairankan lagi.

"Eh..sekejap!"Tristan tarik lengan Thalia sekali lagi dan buatkan wanita itu terduduk semula.

"Haish!Seriously!"marah Thalia dengan muka bengangnya. "Kalau nak cakap tu cakap la sampai habis!Jangan la sekerat-sekerat. Saya tengah lapar ni..jangan dengan awak-awak sekali saya makan kejap lagi ni."

Tristan terdiam sekejap, mata dia terkebil-kebil masa pandang Thalia membebel padanya dengan berang. "Okay-okay..."katanya. "Tak payah la marah macam tu sekali, aku cuma nak bagi kau ni je."

"Apa ni?"tanya Thalia semasa pandang telefon skrin hitam yang di sua oleh Tristan.

"Phone la..apa lagi. Nampak aku bagi kau buku ke?"malas nak tunggu lama-lama Tristan capai tangan Thalia lalu meletakkan phone itu atas tapak tangan tu dengan paksa.

Thalia pandang Tristan dengan renungan 'bagi penampar kang sia-sia hidup' lepas dengan jawapan lelaki itu. Perangai! Agaknya mungkin sebab lelaki ini seusia dengan dia, maka tahap toleransi dia pada Tristan agak low sikit dibandingkan dengan orang lain.

"Dah keluar"Tristan tolak Thalia keluar dari kereta tu pula.

Terkocoh-kocoh la Thalia keluar dari situ apabila dirinya di tolak begitu. Kurang ajar betul! Macam ni eh layan dia. Okay...deal off! Tanpa berkata apa-apa dia hentak kaki kegeraman lalu hempas pintu kereta mewah tu sekuat hatinya.

BAM!

"Hoi!"tempik Tristan serta merta dalam kereta.

Thalia berdengus bangga lalu berarak masuk ke bangunan pangsa dengan langkah marah. Sumpah seranah dalam Bahasa carut keluar dari mulut sepanjang masa dia mendaki tangga untuk ke tingkat lima. Dasar lelaki tak guna muka mintak penampar kasut saiz lapan! Nak mintak tolong tapi layan dia macam lelaki s*al!!Urgh!

Sibuk mencarut sepanjang perjalanan tu, sedar-sedar dia tiba depan pintu rumahnya tak lama kemudian. Sambil masukkan kunci rumah, Thalia sempat lagi menyumpah orang bernama Tristan dengan pelbagai jenis gelaran.

Krit~~

Bunyi engsel berbunyi taktala dia tolak pintu rumah ke dalam, dan cahaya lampu dari dalam menyambut kepulangannya itu.

No way!

"Felix!"panggil Thalia dengan terkejut lepas nampak lelaki berpakaian serba hitam sedang berdiri di tengah ruang tamu menghadap pintu masuk memandangnya. Terlalu lega dan gembira dapat melihat abangnya tidak apa-apa, Thalia terus berjalan ke arah Felix mahu menyapa.

Felix yang berdiri dekat situ pandang Thalia dengan muka bengang dia. Dia perhati saja langkah Thalia itu sehingga la adiknya berdiri depannya.

"Bila kau sampai sini?Ma-PANG!"satu tamparan padu hinggap di tepi pipi kanan Thalia hingga buatkan wanita itu jatuh ke lantai akibat impak tamparan itu. Sambil pegang pipi yang sakit dan telinga sedang berdesing, Thalia pandang ke Felix dengan kening berkerut. "Kenapa dengan kau ni.."tanya dia hendak menangis. Ya tuhan..sakitnya!

"Mana kau dah pergi hah!"Felix dekati Thalia lalu bercakung dekat depan Thalia sebelum cengkam kuat rambut tu sebelum ditarik ke belakang dengan kuat. "Aku suruh kau duduk diam kan?kau buat apa?"tanya dia dengan kuat depan muka tu.

"Apa ni..sakit la. Lepaskan aku.."Thalia pegang tangan Felix yang sedang merentap rambut seperti mahu ditanggalkan dari kulit kepala gayanya. "Felix...tolong la.."

"Aku tanya kau! Mana kau dah pergi! Dengan siapa kau balik tadi!Aku Nampak kereta dekat bawah tadi. Mentang-mentang aku tak ada...kau berani ya menggatal dengan lelaki!"deram Felix lagi.

Thalia pejam mata dia dengan kuat semasa menahan sakit. "Aku tak buat apa-apa...tolong la Felix. Sakit."perasaan leganya tadi menjadi menyesal pula setelah Felix perlakukan dia begini. Dia syukur Felix tak apa-apa, tapi bila lelaki ini sakiti dia, entah kenapa dia berharap Felix mati saja.

Sambil buat muka bengisnya, Felix tarik-tarik rambut Thalia ke belakang lalu berkata. "Dah lama kan tak kena dengan aku...sebab itu kau berani-berani bergaul dengan si keparat tak guna adik beradik Federico tu!Tak ada lelaki lain yang kau nak layan?Dia orang berdua jugak!"lantas di campak Thalia dengan kuat ke lantai.

Kalau bukan kerana laporan dari anak-anak buahnya yang disampaikan kepadanya. Mungkin sampai sekarang dia tak tahu apa yang Thalia buat! Dasar perempuan memalukan! Bersama Alxander dan Tristan jugak adiknya mahukan!

"Aku tak ada apa-apa dengan dia orang..."nangis Thalia teresak-esak dekat lantai dalam keadaan bersimpuh. Sambil tersedu-sedan dia dongak memandang Felix yang kelihatan begitu bengang sekali. "Percaya la...dia orang yang cari aku...Felix..tolong aku..jangan sakitkan aku.."dia perlahan-lahan gerak hendak dapatkan kaki Felix.

Tak nak sabar lama-lama Felix tarik keluar tali pinggang dari sekeliling seluarnya dengan sekali rentapan saja. "Mungkin lepas ni kau akan serik!"katanya semasa melilitkan hujung tali pinggang tu ke sekeliling tangannya.

Thalia menggeleng kepala, dia cuba bangun dari situ, namun tak sempat dia nak bangun Felix tendang dada dia hingga buatkan dia jatuh terbaring dekat lantai.

20. EXITWhere stories live. Discover now