Part 45

1.2K 112 0
                                    

"Anak tak guna! Kenapa kau tak mati aje! Sebab kau la aku jadi macam ni! Kau tengok sekarang! Habis rosak pakaian aku...ingat murah ke!"dengan tak berhati perut badan kecil miliknya di tendang dan di sepak seperti patung.

Tak mampu hendak melawan, dia hanya mampu menggulung badannya untuk elak dari parah di tendang dengan ibunya sendiri. Wanita yang telah lahirkan dirinya ini ke dunia yang dia sendiri tak mintak untuk berada.

"Bukan main susah lagi aku nak mintak duit pada Federico untuk beli pakaian ni dan kau!Kau anak keparat tak guna kotorkannya dengan warna air kau ni!"ngaum ibunya yang angkat kaki bertumit tinggi hendak menginjak badan 10 tahunnya.

Seinci sebelum kaki tu hinggap suara lantang yang menakutkan hingga meremangkan bulu roma kedengaran. "Clara!"bentak Federico dari suatu arah. "Kau dah hilang akal ke buat anak macam tu!"

Dia yang masih bergulung di atas lantai ketakutan tak berani nak angkat kepala. Dia tak menangis sebab Federico ajar dia, untuk jadi lelaki yang kuat, dia tak boleh menangis tak kira sakit macam mana sekalipun dia rasa!Untuk jadi lelaki yang kuat, dia tak mahu menangis. Walaupun hatinya sedih dan terluka.

"Fed.."

"Berapa kali aku suruh kau jangan panggil aku macam tu. panggil Tuan Federico."tegas suara tu sewaktu dia terasa satu sentuhan pada tubuhnya sebelum dia perlahan-lahan di angkat bangun dari situ. "Dia anak kecil bukan patung yang kau guna untuk tendang sepak. Dan ingat sikit. Dia anak aku!"

Dia yang dengar mengetap gigi, berasa mahu meraung kerana sedih dan gembira pada masa yang sama. namun dia tidak mahu tunjukkan sikapnya yang manja dan kebudak-budakkan. Jadi dia hanya berdiri di situ dengan kepala tertunduk ke bawah.

"Tapi Fed dia-"

"KELUAR!"jerkah Federico dengan berang tidak semena di situ.

Dia pun angkat kepala nak tengok reaksi ibunya. Sumpah dia tak sengaja nak kotorkan pakaian tu. Niat dia hanya la mahu tunjukkan hasil seninya yang dia buat di sekolah tadi pada ibunya. Entah macam mana kesan krayon pada lukisannya tercalit pada pakaian dress putih ibunya itu.

Ibunya apa lagi, tanpa membuang masa terus berpaling dari situ dengan muka bengis tak puas hati ke arahnya.

Pada masa itu la Federico melutut di depannya sambal pegang bahunya. "Kamu tak apa-apa?Sakit di mana-mana ke?"

Dia yang dengar pandang wajah dengan kening berkerut Federico Bersama perasaan sebak dan terkilannya. Kenapa la ibunya tidak mahu melayani dengan baik. Apa salah dia? "Ya...saya tak apa-apa."jawabnya dengan suara yakin walaupun badan dan rimbuk sedang berdenyut sakit.

"Kamu anak yang kuat Tristan. Ingat...lelaki tak mudah menangis. Ayah tahu kamu sakit. Tapi tahankannya. Ketap gigi kamu kuat-kuat. Kerana itu yang akan bantu kamu untuk membesar nanti."pesan Federico dengan renungan mata berharap. "Untuk lindungi ayah dan abang kamu suatu hari nanti. Kamu perlu jadi bayang kami. Bayang yang tersembunyi namun berbahaya. Ayah percayakan kamu. Jadi jangan bersedih. Soal ibu kamu...jangan risau. Ayah akan uruskannya."

Sejak saat itu la dia berikrar. Berikrar untuk lindungi ayahnya dan juga Alexander. Memang ada masanya layanan ayahnya tidak adil terhadap dirinya. Nak buat macam mana. Nama pun resam berkeluarga. Dalam family tu mesti ada anak kesayangan. Mesti ada yang bias. Tiada isu sebenarnya di sini. Dan seperti yang di beritahu oleh Federico sendiri, rasa sakit dan tersisih yang dia rasa sejak kecil hingga la besar ini yang jadikan dia kuat dan tak terkesan dengan semua emosi!

"Selamat siang Tuan Tristan."tunduk pengawal yang bertugas depan pintu masuk bilik hotel kepadanya sebelum buka pintu untuknya.

Tanpa hiraukan sapaan itu, Tristan hanya melangkah masuk ke ruangan dimana Federico di tempatkan untuk menerima rawatan bagi sakit tua yang ditanggung oleh lelaki itu. Dia dapat panggilan dari Alexander yang orang tua ini mahu menemuinya. Kerana itu dia berada di sini walaupun dia ada kerja yang lebih hendak di uruskan.

Bersama muka tanpa emosinya, Tristan kemudiannya dekati tepi katil dimana Federico sedang terbaring di situ sambil di suap makan oleh Alexander. "Selamat siang tuan."sapanya dengan perlahan namun bernada dingin.

Alexander yang baru saja suapkan bubur ke mulut Federico palingkan kepala lantas memandangnya dengan kening terangkat. "kau dah datang.."

Mata Tristan gerak ke Federico yang berwajah pucat itu sebelum ke Alexander. "Hm."jedanya dengan pendek.

"Sini..bagi ayah makan."Alexander bangun dari katil tu.

Tristan berdiri di situ lalu kerling ke Federico. "Tuan panggil saya semata mahu saya suapkan makanan?"tanya dia dengan kening terangkat sebelah.

"Tristan...jangan la macam tu. Ayah kan tengah sakit ni. Boleh tak kau jangan nak buat perangai menyakitkan hati kau tu?"tegur Alexander dengan tegas namun bernada lembut.

Buat seketika Tristan jeling geram ke Alexander sebelum gerak ke lelaki itu lantas capai mangkuk berisi bubur itu dari tangan Alexandar lantas duduk di tepi katil itu menghadap Federico. Ada-ada je la! Ingatkan benda penting apa yang nak dibincangkan tadi! Sekali tu semata nak suapkan makan je.

"Saya mintak diri dulu ayah. Bincang la dengan dia elok-elok."pamit Alexander sewaktu pandang ke Federico sekejap dengan senyuman nipis di bibir. Seusai itu Alexander gerak ke sofa dimana kotnya berada. Dia capai kot itu dan keluar dari situ. Meninggalkan Tristan dan Federico seorang diri.

Tristan yang dengar kata-kata akhir dari Alexander tadi pandang tak faham ke Federico. "Apa maksud Alex tadi?"tanya dia kemudiannya.

Federico tenung lama wajah Tristan dengan senyuman di bibir pucatnya.

20. EXITWhere stories live. Discover now