"Hah ada a-- Allah! Kenapa ni?! " kakinya laju mendekati Ryan.

"Tak payah banyak soal! Aku nak Syaril bersihkan darah semua ni tanpa ada kesan dan bau. Kau awasi keadaan rumah. Dan aku nak rakaman cctv dari tengah hari tadi. "

Arah Ryan dengan tegas. Wajahnya bengis tanpa ada sedikit pun segaris senyuman. Jordan hanya angguk. Nak tegur? Kau tegur lah kalau nak muka kau melekat dekat tanah ni.

"Wong!! "

Tidak sampai sepuluh saat bayang Wong kelihatan. Wajahnya tegang. Wong diberi betul betul dihadapan Ryan.

"Kau ikut aku. "

Angguk.

Earphone dipasang pada telinga sebelum kereta Honda Civic Type R itu meluncur laju membelah jalan raya.

Wajah sembam Aisyah ditatap sayu dan lembut sahaja. Tangan Aisyah tidak henti henti diusap nya berharap agar isterinya kuat melawan sakit itu.

Ya, seperti yang doktor katakan. Aisyah akan mudah terasa sakit walau hanya duduk diam sahaja. Malah sakit itu melemahkan seluruh badan Aisyah.

Para doktor dan jururawat bergegas menyedia peralatan dan para doktor pakar bergegas ke wad kecemasan tatkala mendengar panggilan. Jururawat membawa Aisyah ke bilik wad kecemasan diiringi oleh Ryan.

Sampai depan pintu wad kecemasan itu Ryan ditahan untuk masuk. Tertutup sahaja pintu itu tertutup juga hati dan perasaan Ryan. Bagai ditusuk pisau yang tajam.

Baju dan tangan nya dilihat. Senyuman sinis ditariknya. Penuh dengan darah isterinya.

"Kau jaga dekat sini. Aku nak tukar baju. " ringkas dan tegang arahan Ryan.

Wong menangguk. Dia turut menumpang simpati melihat bos nya sebegitu rupa. Tidak pernah terlintas di fikiran nya Ryan akan sedih dan ambil kisah pada seorang yang bernama wanita.

Dan hari ini dia nampak sisi Ryan yang lain. Dimana betapa risau nya Ryan pada Aisyah. Walau air mata tidak menitis dia tahu Ryan cukup menderita melihat Aisyah. Siapa tahu isi perasan seorang? Hanya tuhan sahaja yang tahu.

❤❤❤

Ryan berteleku di atas sejadah. Ketika ini dia memerlukan bantuan Allah. Yang Maha Berkuasa menentukan segala nya.

Wajah nya diraut sehingga ke pangkal leher. Sudah tiga jam isterinya di dalam wad kecemasan. 

Setitik

Dua titik

Akhirnya air mata jantan Ryan mengalir dengan deras tatkala mengenang wajah Aisyah yang mulus dan ceria. Dia rindu Aisyah yang dulu.

Selalu ceria dan manja. Gaduh dan berbahas pelbagai hal dengan dia. Dia rindu. Rindu sangat. Tapi sejak pemberitahuan Aisyah bakal menimang anak pertama betapa gembiranya dia. Namun pemberitahuan tentang sakit Aisyah mengundang seribu sakit di hati.

"Ya Allah.. "

"Ya Allah.. "

"Ya Allah, Yang Maha pemurah lagi Maha penyayang. Yang menentu segalanya di muka bumi ini. Aku memohon kepada Engkau agar memberikan aku secebis kekuatan untuk aku lalui hari hari ku ni. Aku memohon agar Engkau memberikan aku ketabahan dalam mengharungi ujian yang Engkau turunkan buat aku.

Sesungguhnya Engkau turunkan ujian ini sesuai dengan kemampuan ku. Maka Engkau berikan aku kekuatan, ketabahan dan kesabaran. Sesungguhnya aku sayang dia Ya Allah. Tatkala aku melafazkan akad nikah aku sudah diamanahkan dan diberi tanggungjawab yang berat untuk aku pikul di bahu ku. Dengan itu aku sedar bahawa seorang wanita pelengkap hidup seorang lelaki.

Dengan itu aku tahu merasa sebuah tanggungjawab sebagai seorang yang digelar suami. Walau pada mula dia tiada secebis pun rasa sayang malah aku hina pada kaum hawa. Dan kini aku sedar kata kata dan tanggapan aku itu semua nya dusta belaka. Betapa sakitnya melihat orang yang aku sayang menderita menaruh nyawa demi anak dalam rahim.

Aku seorang hamba yang lemah Ya Allah. Aku seorang pendosa. Engkau bantu lah aku dengan bantuan yang sesuai dengan masalah aku. Sesungguhnya tiada lagi yang Yang Maha Berkuasa di muka bumi ini selain Engkau Ya Allah. Tiada tuhan melainkan Engkau Ya Allah, Maha suci Engkau. Sesungguhnya aku memerlukan bantuan Mu. Aku meminta penjagaan Mu. Aamin Ya rab. "

Wajah diraup. Air mata diseka dengan ibu jari. Hanya Dia tempat yang paling sesuai untuk dia luahkan segala yang terbuku di hati. Tempat dia berkongsi masalah di dunia ini.

 Tempat dia berkongsi masalah di dunia ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGISAN SEORANG LELAKI

Sekuat mana pun seorang lelaki, sekeras mana pun mereka. Dia tetap manusia biasa yang memiliki perasaan seperti perempuan.

Cuma hatinya tak diciptakan separuh perempuan, dia adalah ketua. Lalu Allah ciptakan fitrahnya adalah seorang yang tabah dan kuat.

Namun tatkala dia menangis, air mata nya lebih berharga daripada air mata perempuan kerana lelaki sukar untuk mengalir air mata.

Hebat sekiranya dia mengalirkan air mata tatkala mengadu rasa kepada tuhan-Nya. Sayangnya lelaki selalu berpura pura bahagia walaupun di dalam hati mereka meronta ronta dalam tangisan.

Ye

Lelaki suka sembunyikan kelemahan nya. Banyak sebab lelaki boleh mengalirkan air mata tatkala dia kehilangan orang yang dia cinta. Tatkala gagal membuat orang tua nya bahagia dan membalas jasa mereka.

Tatkala melihat orang yang dia sayang menderita dan sengsara. Tatkala mengecewakan orang yang dia cinta terutama keluarga. Tatkala lamaran nya diterima dan direstui orang tua.

Tatkala lafaz sakinah diucap
"Aku terima nikahnya. "

Teaser ❤

"Mati. "


















Btw hari ni hari jadi author ❤💥 saje cakap. 🤣 bye

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now