Bab 11❤

26.9K 1.2K 32
                                    

Aisyah berjalan tanpa arah tuju sambil bibir nya ligat menjilat ais krim yang kian mencari sedari tadi.

Mata nya meliar melihat sekeliling kampung nya itu. Nyaman! Ya dia rasa sangat lah nyaman lagi kan tenang. Udara kampung tidak sama seperti udara di bandar.

Tanpa disedari ais krim sudah pun habis kerana asyik leka bermain dengan perasaannya sendiri. Buaian yang tergantung di sebuah pokok didekati nya.

Belum sempat kakinya mahu menghayun ke arah buaian itu mulut nya ditekup dengan kain. Dapat Aisyah rasakan bau itu makin lama makin menusuk dalam ke rongga hidungnya.

"Umphh! Uphmmm.. " Aisyah meronta ronta minta dilepaskan. Air mata nya kian jatuh.

Akhirnya Aisyah jatuh terkulai namun sempat dipapah oleh figura tersebut. Van yang memang setia menunggu di situ didekati dengan mendukung Aisyah.

Baru sahaja tubuh itu dimasukkan ke dalam van kaki figura itu ditembak membuatkan dia mendengus geram. Sedaya upaya dia menahan kesakitan itu namun hampa!

"Aisyah! " laung Aarif. Baru dia sedar akan keselamatan adiknya terhad. Nasib Ryan menelefon nya tentang musuh musuh mereka sedang mencari jejak Aisyah kalau tidak dia tidak akan maafkan dirinya jika berlaku apa apa pada Aisyah.

Figura yang sedang menahan sakit itu ditariknya kasar. Topeng hitam yang dipakai oleh figura itu dibuka kasar sebelum muka itu sempat ditumbuknya.

Kelihatan adiknya yang sedang pengsan dan mempunyai bekas merah di muka Aisyah membuat amarah nya meletus. Figura lelaki itu ditumbuk nya lagi sepuas puas hatinya.

Dilihat ditempat pemandu yang kosong. Pasti figura itu sempat melarikan diri. Dan itu membuat Aarif merengus kegeraman. Nafas kasar dihela seketika. Tangan dikepal kuat menahan amarah.

Telefon pintar nya dikeluarkan lalu memdail nombor seseorang. Selesai sahaja dia menyampaikan pesanan tubuh adiknya didekati.

"Bangsat punya jantan! Dalam banyak banyak manusia keluarga aku juga kau cari pasal! I will make sure you will die in my hand! "

Rengus Aarif. Melihat sahaja wajah Aisyah kemarahan dia kian mengurang. Wajah polos itu sedikit banyak membuat hatinya tenang. Seiras seperti wajah ibunya.

Selang berapa minit Ryan dan anak buahnya datang selepas menerima panggilan daripada Aarif. Bergegas mereka dari Kl menuju ke sini. Nasib sahaja kampung Aarif tidak berapa jauh dan keadaan jalan raya tidak seperti selalu. Sesak!

"Bawa bangsat ni ke markas kita. " ujar Aarif namun ada kekerasan nya disana.

Anak buah Ryan menangguk faham. Ryan dan Aarif adalah bos mereka. Bantah? Silap silap bukan figura itu yang mati dahulu mereka yang dahulu masuk kubur.

"Bro aku rasa kau kena ada selalu dengan adik kau. Kalau tidak adik kau mungkin akan dalam genggaman mereka. Kau nak ke peristiwa enam belas tahun lepas berulang balik? "

Insiden yang berlaku enam belas tahun lepas memang susah buat Aarif melupakan nya. Malah masih segar diingatan nya. Mana mungkin peristiwa yang melibatkan orang tersayang dilupakan begitu sahaja.

"Aku tahu! Tapi jejak dia pun kita masih tak jumpa macam mana aku nak balas dendam. Aku ingat lepas insiden itu dia puas hati lah tapi malang sekali sampaikan Aisyah pun dia nak! Jantan tak guna. "

Ryan hanya menepuk bahu kawannya dengan muka tak berperasaan. Sesekali wajah polos Aisyah dikerling nya. Gadis yang tidak mengerti apa apa dijadikan mangsa keadaan. Sedangkan bagaimana ibunya meninggal pun dia tidak tahu.

❤❤❤

Tubuh lemah itu itu ditumbuk dengan kuatnya sehingga terteleng kepala itu. Tangan nya ringan sahaja menyeksa tubuh lemah itu sehingga terkulai.

Aarif menghembus nafas kasar nya. Ikutkan hati dia belum selesai lagi dengan mamat ni. Namun semua nya ditepis apabila mengenang adiknya yang masih belum sedarkan diri dirumah.

"Give me clorox now! " arah Aarif tegas.

Tangan nya yang berdarah itu dilap dengan tuala kecil. Sungguh dia jijik dengan darah manusia di hadapan nya ini.

Ryan yang melihat hanya beriak biasa. Malas nak tegur sudahnya dia hanya diam memerhati penyeksaan yang tidak berhenti dari sejam lepas.

Seperti yang diarah oleh Aarif tadi Syaril yang ditugaskan memberi sebotol clorox diberi kepada Aarif yang setia menunggu.

"So you won't to tell me huh? I give you last chance dude. In... Five seconds? To briefly. Okey I give you ten seconds. Tell me where is he. "

Kata Aarif tanpa nada. Botol clorox itu dihayun hayun dihadapan lelaki tersebut yang bernama Qalid itu.

Qalid hanya diam berkutik. Segala kudrat nya sudah habis dek kerana dibelasah tanpa belas kasihan oleh Aarif. Satu jam lebih dirinya asyik dipukul tanpa henti. Seksa!

"Jaa--jangan mim--mimpi lah syaitan! Kau tak akan dapat jumpa dia! " dengan tersekat sekat Qalid berbicara.
Darah yang bersisa diludah buat Aarif namun sempat Aarif mengelak sebelum ketawa sinis.

"Soo.. You don't want to tell me? Fine! It's your decision. " 

Tubuh itu meronta ronta saat clorox itu mula mengalir di tekak nya. Dapat dia rasakan kepahitan yang mula mengusai di setiap tubuh nya.

Aarif tersenyum sinis. Dituang clorox itu sehingga habis lalu melemparkan botol yang sudah kosong itu. Dilihat Qalid yang menggeliat sehabis mungkin menahan sakit.

Clorox, kain pun boleh rosak apa lagi tubuh manusia. Sekejap lagi pasti organ dalaman figura itu hancur seperti mana hati nya sakit melihat adiknya dengan wajah yang sembam.

"Uhk.. Uhk! " terbatuk batuk Qalid apabila tekak serta badan nya mula berasa sakit. Darah banyak keluar dari mulut Qalid dengan laju nya.

"Settle kan dia. Suruh budak budak lain kemaskan bilik ini. Make sure tak ada tinggal sikit pun walaupun kesan darah. Aku jijik! "

Syaril hanya menangguk sekilas. Kerja senang buatnya. Paling dia suka main arah arah! Dapat merasa macam mana bos mereka arah mereka jalan kan tugas. Hahaha!

"Aku nak balik. Jumpa Aisyah. Kau nak ikut? "

Ryan berfikir sejenak. Mana tahu ada kemalangan berlaku kerana dari tadi dia rasa tidak sedap hati. Sudahnya diikutkan sahaja Aarif pulang ke kampung nya semula.

❤❤❤

Berkedip kedip mata Aisyah apabila sinaran cahaya mentol menyilap di ruang mata nya. Hidung nya yang terasa sakit dipicit beberapa kali sebelum duduk bersila di atas katil itu.

Tangan dinaik ke atas dahinya tatkala merasa sakit. Spontan tangan nya naik memicit kepala nya yang berdenyut. Berkerut dahinya seketika.

Dalam tidak sedar asap berkepal kepal membolosi masuk ke ruang bilik nya melalui dari lubang bawah pintu.

Sekali lagi berkerut dahi Aisyah. Tadi berkerut kerana menahan sakit sekarang berkerut kerana kebingungan.

"Dari mana datang asap tu? " soal Aisyah perlahan.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now