Bab 34 ❤

23.2K 903 23
                                    

Pejam celik, pejam celik kini usia kandungannya sudah mencecah lima bulan setengah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pejam celik, pejam celik kini usia kandungannya sudah mencecah lima bulan setengah. Sepanjang lima bulan itu sedikit pun suami nya tidak pernah abaikannya.

Perutnya yang sudah membesar itu diusap. Tak disangka dia disahkan mengandung kembar apabila membuat pemeriksaan pada bulan kedua. Kerana perutnya membesar dari luar jangkaan nya.

Ryan yang baru sahaja pulang dari kerja mengintai perlakuan isterinya itu. Dari tadi tersenyum senyum sendiri sambil mengusap perutnya itu. Apa yang difikir kan pun tak tahu lah.

"Ehem! " Ryan berdehem menyelesakan anak tenaknya seraya berjalan ke arah Aisyah.

Aisyah senyum lebar tatkala matanya menyapa wajah penat si suami. Kesiannya daddy kan? Penat cari nafkah untuk kita.

Ryan melonggarkan tali leher nya. Rambut yang berjuntai di dahi ditepis dengan jari telunjuk. Aisyah hanya menjadi pemerhati. Hot daddy mafia!

"Hubby... " Aisyah melorot manja di bahu suami. Bau maskulin menusuk ke rongga hidung. Bau kegeraman nya sejak usia kandungannya mencecah dua bulan.

"Hmmm.. " gumam Ryan. Tau sangat perangai si isteri. Sejak mengandung lain macam perangai. Kejap marah, kejap manja, kejap merajuk. Semua kejap lah ada.

"Hubby penat ek? Nak Aisyah urut? " pelawa Aisyah. Walaupun dia juga perlukan perkhidmatan urut ni, namun bila dikenangkan penat suami ditepis nya sakit itu. Sekali sekala. Selalunya dia yang dimanja kan.

"Tak payah. Kau tu mengandung ada hati nak urut aku. Kang kejap lagi mengadu sakit pula dekat aku. Yang kena aku juga. "

"Hubby kan penat. Biar lah--- "

Ryan senyum senget. Tau pun diam. Nak kena jentik baru nak dengar cakap. Kalau tak sampai kesudah dia kena hadap bebelan Aisyah tu.

Aisyah mengusap dahinya. Jahat lah daddy ni. Main jentik jentik dahi mummy. Mummy merajuk baru dia tahu.

"Yelah. Pergi mandi. Nanti turun bawah makan. Aisyah ada masak lauk tadi. Takut hubby lapar. " ujar Aisyah.

"Siapa suruh masak? " tegas Ryan.

Aisyah terdiam. Bukan tak tahu perangai Ryan ni. Nak memasak pun dilarang. Apatah lagi nak kemas rumah. Dia ingat orang mengandung ni tak boleh buat kerja ke?

"Saya. Kenapa ada masalah hmm? Baby kata nak masak, so Aisyah pun masak lah. Nak buat apa dekat rumah ni selain buat kerja rumah? Nak ke U pun hubby tak benarkan. So apa salahnya kan? "

Aisyah membela dirinya sendiri. Siapa nak bela diri sendiri kalau bukan diri sendiri kan? Nak harapkan siapa lagi?

"Aku tahu aku banyak control kau. Tapi itu semua untuk kebaikan kau juga. Doktor sendiri pesan supaya kau tak buat kerja kerja rumah ni. Aku tak nak apa apa jadi dekat kau. Aku bukannya ada dua puluh empat jam duduk dekat kau. Dalam rumah ni pun kau seorang je. Kalau ada apa apa berlaku kau nak ke merisikokan diri sendiri. Anak dalam perut tu tak kesian?Cuba lah dengar cakap aku ni? Tak susah pun kan? Kalau------ "

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now