Bab 40❤

21K 850 32
                                    

Terkekek Dayang dan Aisyah melihat dua gelagat lelaki tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terkekek Dayang dan Aisyah melihat dua gelagat lelaki tersebut. Ini belum campur lagi dengan empat orang itu. Boleh hancur dapur!

"Woi Aarif ni kerja kau lah! Asal kau suruh aku! " keluh Ryan. Ikan goreng di dalam kuali itu hampir rentung dek kerana minyak yang memercik kuat membuatkan Ryan takut untuk datang dekat.

"Eh tak ada ada! Kau punya kerja. Aku tak kisah lah ikan kau tu nak rentung ke, nak terbakar ke, aku tak kisah. Yang aku kisah sekarang ini keselamatan aku! "

Kedua itu tidak berhenti bertikam lidah sejak melangkah masuk ke dapur. Dari mula masak sehingga lah lauk pauk tersedia di atas meja makan.

Aisyah datang ke meja makan dengan penuh pengharapan bahawa perut nya akan diisi dengan makanan yang sedap belaka.

Namun apa yang dilihat tidak lah seperti yang di fikirkan. Aisyah memandang kedua jejaka tersebut. Dayang hanya mampu melihat dan tersenyum.

"Ini lauk ke... " Aisyah sudah mengeluh panjang. Tak disangka langsung!

"Nasi mana? " Dayang yang sedari tadi hanya membisu kini bersuara apabila bayang nasi tidak kelihatan.

Aarif dan Ryan saling berpandangan. Mata mereka saling memberi isyarat. Bukan itu sahaja malah kaki mereka juga turut ikut sama. Satu tendang peha,  satu tendang kaki.

"Nasi mana abang oi? " Aisyah mengemam bibirnya sambil melihat gelagat suami dan abangnya. Dua dua tak boleh pakai.

"Tanya Aarif. " Ryan menunjuk telunjuknya pada Aarif.

"Apa kejadah nya aku pula! Aku dah suruh kau masak kan? "

"Tak aku tak dengar. Jadi itu bukan masalah aku. "

Aarif mengetap bibirnya. Sesungguhnya dia memerlukan kesabaran yang tinggi tika ini.

"Dua dua pemalas! Dah lah Aisyah nak masak. " belum selangkah sudah Ryan dan Aarif menghalang.

"Masak? Dayang ada kan suruh dia masak. "

"Doktor dah pesan kan kau tak boleh banyak gerak? Bukan kau seorang je manusia dalam rumah ni. " tegas Ryan sambil memandang Aarif dengan jelingan.

"Dayang kan tetamu. Lagi pun besok kan dia nak kena hadap mula ujian Aisyah. Lagi pun kita ada tetamu. Tak akan nak hidang tetamu dengan lauk ni? "

Ryan mengerut pelik turut diikuti dengan Aarif. Tetamu?

"Siapa? "

"Adalah. Sekarang ni boleh tak lepaskan tangan Aisyah. Aisyah nak masak. "

Malah tetap gelengan yang dibalas oleh kedua jejaka tersebut. Dayang senyum suka. Suka dia melihat mereka melayan Aisyah sebegitu. Cemburu? Dia juga akan dapat merasakan kebahagiaan seperti Aisyah juga nanti.

"Kau degil aku tak bobo kau malam ni. Kau suruh lah Aarif tu bobo kau. " Ryan sudah mengeluarkan kuasa nya.

"Hubby! Mana boleh macam tu. "

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now