Part 10❤

28.8K 1.3K 63
                                    

Seminggu telah berlalu. Sepatutnya dia sudah pun pulang ke kl bersama Dayang dan Raisha namun masa tak mengizinkan nya.

Kaki nya dilihat seketika. Dua hari selepas kaki nya dijahit demam pula yang datang. Nasib nasib, kenapa malang sangat!

"Dik.. " laung Aarif lembut.

Aisyah menoleh sebelum kembali memicit kepalanya yang berdenyut. Dia nak balik tapi dua orang jejaka idaman sehati sejiwa tak bagi! Tu yang nak merajuk tu! Seminggu kot dia dah lepas banyak pembelajaran di universiti dia!

"Kenapa masam je ni? Pening lagi ke kepala tu? Kalau ye meh abang tolong picitkan. " pelawa nya namun awal awal lagi sudah ditolak Aisyah.

"Kenapa abang tak bagi Aisyah balik Kl. Nanti balik 'u' banyak pula assignment nak buat. " sayu Aisyah. Nak pujuk memujuk kejap!

Aarif tersenyum hambar tatkala mengenang kisah dua hari lepas. Peristiwa itu mula menyapa fikiran nya.

Flashback

Rumah teres dua tingkat itu ditujui nya dengan cepat. Kaki nya laju mendekati rumah itu.

Ya rumah ini lah adiknya Aisyah tinggal bersama dua orang rakan nya. Rumah yang dia beli sendiri untuk kesenangan adiknya.

"Kenapa ni?! " jerkah Aarif. Wajah takut milik Dayang menyapa pandangan nya.

"Abang.. Abang... " nangis Dayang teresak esak. Sungguh dia takut buat tika ini.

"Kenapa ni?! Bagi tau abang kenapa?! Mana Raisha!? " soal Aarif berdas das. Hati nya sakit melihat buah hati nya nangis teresak esak di hadapan nya.

"Tuu.. " tunjuk Dayang. Jari telunjuk nya mengarah ke pintu utama yang luas terbuka.

Tanpa ragu ragu Aarif terus membuka langkah menuju ke pintu utama. Terlopong mulutnya seketika apabila melihat rumah itu bersepah.

Kau bayangkan dengan meja yang dipatahkan dengan tv yang pecah, langsir dan bantal bantal kecil berselerak di atas lantai. Kaca pula berada di mana mana sahaja.

Satu bau yang menusuk ke rongga hidung Aarif membuat kan dia loya apabila menghidu nya. Mata nya terarah pada sekujur tubuh yang terbaring lemah di ruang dapur.

Raisha yang sedang terbaring berteman kan darah didekati nya segera sebelum mengecek nadi Raisha yang lemah buat tika ini.

Telefon dikeluarkan nya segera. Nombor anak buah nya dihubungi segera. Baru sahaja tubuh itu mahu diangkatnya sekeping nota besar berwarna merah yang terletak di tangan Raisha di ambil nya.

"Don't play fire with me dude!
Orang yang terdekat dengan kau
akan sentiasa orang orang aku awasi! Anyway aku nak cakap cantik juga adik kau kan? Sesuai untuk aku jual pada customer aku atau jadi girl aku. "

Kertas itu direnyuk kan nya. Tiada siapa yang akan sakiti keluarga nya terutama Aisyah yang diamanahkan nya. Tangan dikepal kuat sehingga dia merasa kan sakit namun tidak sesakit hati nya.

"Abang! Abang! " jerit Dayang dari luar rumah. Niat memang nak masuk tapi Aarif tidak mengizinkan nya kerana banyak benda tajam bersepah di atas lantai.

Aarif segera mengangkat tubuh itu sebelum berhati hati keluar dari rumah itu. Wajah Ryan dan anak buah nya terpampang di layar mata.

Dayang datang dekat dan berlindung di belakang Aarif. "Siapa diaorang tu? " takut Dayang.

Raisha diserah pada anak buah nya dan disuruh untuk hantar ke hospital dan tinggal hanya Ryan, Wong, Jordan dan Syaril masih setia disana.

"Macam mana perkara ni boleh jadi? Kalau adik aku pulang hari ini aku tak tau apa jadi dengan adik aku. " datar Aarif bersuara.

Dipandang tiga orang terkuat yang dipercayai oleh dia dan Ryan. Baru sahaja di mahu membuka langkah dirinya didakap oleh Dayang dari belakang.

"Jangan pergi! Diaorang oramg jahat! Dayang tak suka! Dayang tak suka orang jahat! " laung Dayang kuat.

Aarif mengeluh. Kenapa lah mereka mesti terjebak dengan musuh mereka. Dia menoleh kebelakang. Tangan Dayang diraih. Dia tau haram tapi nak buat macam mana. Dah peluang depan mata ye dok?

"Takpa abang ada kan? Dayang jangan risau okey. " kepala Dayang yang berlapik tudung itu diusap lembut. Dia tak dapat bayangkan kalau adik nya menjadi mangsa keadaan tadi.

dayang menangguk faham tapi masih tidak lepas dari memeluk erat lengan Aarif. Takut punya pasal segala hukum haram pun dia tak ingat dah.

"Wong aku nak kau perhati bangsat bangsat tu. Aku tak Aisyah jadi mangsa lepas ni. Kalau Aisyah tertangkap kauorang tiga aku cari dulu! " tegas Aarif.

Ryan hanya jadi pemerhati. Dia kenal sangat dengan musuh mereka itu. Sungguh licik dan cekap tapi tidak sehebat kumpulan mereka. Kumpulan yang ditubuhkan oleh dia dan Aarif sendiri.

End Flashback

"Abang! Ya Allah orang cakap dengan dia, dia boleh mengelamun? " gigi diketap kuat sebelum menggigit nya.

"Aarif Mohammad bin Arash Marzuki! " jerit Aisyah nyaring sehingga ayah nya pun terpinga pinga datang menyerbu bilik nya.

"Kenapa? Kenapa? Kenapa? " sergah Marzuki laju.

Ketika itu baru Aarif terkesima sekejap. Ya Allah boleh tahan kuat juga suara nyaring adik nya ini!

"Ish abang lah tu! Sakit tekak Aisyah! Malas lah nak cakap! " rajuk Aisyah. Dilepasi ayahnya sebelum kaki dihentak hentak ke luar rumah. Tidak lupa juga tudung selendang ditangan nya.

"Kenapa tu? " soal Marzuki.

Sesedap mak kau masak Aarif hanya menjongket bahu dan masuk ke biliknya. Dia lupa seketika tentang adiknya maklum lah suara nyaring adik nya jerit tadi membuat dia biul seketika.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now