Bab 16❤

25.2K 1K 56
                                    

"Aisyah kau ikut jela apa yang abang kau suruh tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aisyah kau ikut jela apa yang abang kau suruh tu. Aku yakin abang kau buat macam tu bersebab. " pujuk Dayang.

"Apa sebab dia? Hah! Bagi tau aku apa sebab dia buat macam tu? Dia tu abang aku tau! Dia tak boleh buat aku macam tu sesuka hati dia! "

Bentak Aisyah. Sesekali dia merengus geram apabila dibangkitkan lagi hal ini. Dia tidak suka. Sedangkan dia jatuh pengsan tempoh hari pun orang lain yang jumpa. Abangnya langsung tidak tanya khabar tentang nya.

"Aisyah kau diamanahkan oleh ayah dan ibu kau untuk abang Aarif. Kau tak kesian ke dekat dia? Selama ni dia cuba yang terbaik buat kau. Selama ni siapa yang jaga kau? Siapa tanggung kau selama ni? Selama ketiadaan ayah kau, siapa yang ambil berat tentang kau? Abang kau Syah!

Kenapa kau tak boleh terima keputusan yang abang kau buat. Teruk sangat ke? Bukan dia suruh kau jadi pelacur pun! Dia suruh kau kahwin! Supaya keselamatan kau terjamin. "

Sampuk Raisha pula. Dia tidak mahu keselamatan kawannya terancam. Insiden di mana rumah sewa mereka di pecah masuk membuat dia trauma dan tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Ouh jadi kauorang nak cakap abang aku terpaksa lah jaga aku selama ni? Aku ni bebanan buat dia lah sebab terpaksa nak jaga aku? Dia dah penat jaga aku itu yang dia suruh aku kahwin? Macam tu? "

"Kau ni dah gila ke Syah! " marah Dayang.

"Ye aku gila! Aku gila sebab abang aku nak kahwin kan aku dengan Ryan! Aku tak suka! Aku benci dia! Dalam banyak banyak jantan dekat luar sana tapi kenapa mesti dia! "

"Ada sebab kenapa abang kau pilih dia daripada jantan jantan yang lain. Kau ingat dia nak serah adik dia pada lelaki yang tak bertanggungjawab! Kenapa kau benci sangat pada Ryan? Apa salah dia? " soal Riana. Disebut sahaja nama Ryan pasti Aisyah akan naik angin.

"Aku benci dia sebab dia musnahkan keluarga aku! Dia bunuh ayah aku! Dia perosak segala gala nya! "

"Macam mana kau tau dia bunuh ayah kau? Kau ada bukti nak salah kan dia dalam insiden tu? "

Dayang sudah mula bangun dari duduknya. Sampai berbuih mulut nak nasihat kan Aisyah. Bukan senang mahu pujuk Aisyah. Keras kepala lah katanya.

"Memang aku tak ada bukti! Tapi aku nampak dia time rumah aku terbakar! Dia buat apa dekat sana? Apa tujuan dia!? "

Dipandang silih ganti wajah rakan rakannya. Matanya mula kemerahan atas akibat terlalu marah dan sedih apabila terkenang balik peristiwa itu.

"Dia datang-- " belum sempat Dayang mahu menghabiskan ayatnya Aisyah terlebih dahulu naik ke atas tanpa mendengar penjelasan mereka.

"Macam mana ni Ana? Aku dah penat lah nak nasihatkan dia tu. Kita cakap sampai besok pagi pun dia tak akan percaya. Sekarang abang dia pun dia tak nak jumpa apa lagi keluar dari rumah ni. "

Ujar Dayang risau. Risau akan keadaan Aisyah. Risau dengan keselamatan mereka.

"Kau jangan risau. Tau lah abang dia uruskan nanti. Kita cakap pun tak ada guna nya. "

Akhirnya Dayang dan Riana membuat keputusan untuk mengalah memujuk Aisyah. Aisyah bukan lah seorang yang mudah dibentuk.

❤❤❤

Seminggu sahaja lagi perkahwinan Ryan dan Aisyah berlangsung. Atas kerana desakan oleh Aarif akhirnya kedua dua pihak mempersetujui nya.

"Encik Aarif ada? " soal Aisyah datar. Lembut tidak kasar pun tidak.

"Owh Cik Aisyah! Bos ada dekat dalam. Dah lama dia tunggu. " kata Warda mesra iaitu PA abangnya dengan senyuman.

"Terima kasih. " usia cakap Aisyah terus melangkah ke arah pejabat abangnya.

Buka sahaja pintu kelihatan abangnya yang jelas tengah kusut dengan projek yang tidak habis habis masuk. Selama dua puluh tahun dia hidup dia tidak pernah tahu menahu akan kerja abangnya. Malah abangnya ada syarikat sendiri.

"Assalamualaikum! " ucap Aisyah seraya duduk di hadapan abangnya.

"Waalaikummussalam. Bila sampai? Tak perasan pun Aisyah masuk. "

"Mana tak perasan nya kalau dah hadap kerja tu dua puluh empat jam. Silap silap kalau orang berperang dekat luar tu pun abang tak perasan. "

Perli Aisyah. Dia risau jika kesihatan abangnya terganggu kerana kerja yang melambung tinggi. Dengan nak melayan kerenah nya lagi satu hal.

"Aih perli abang ke? " Aarif memandang adiknya sekilas lalu menyambung kerja nya balik.

"Ha'ah adik perli abang. Kenapa? Terasa ke? Kalau terasa syukur Alhamdulillah. " Aisyah membuat gaya bersyukur.

Aarif menjuih bibir melihat kerenah adiknya. Tidak pernah berubah!

"Nak jadi isteri orang pun perangai masih tak berubah ubah. " ujar Aarif dengan gelengan.

"Isteri atas dasar paksaan! Biar lah Aisyah nak berubah ke, tak nak berubah ke bukan bawa masalah pada dia pun. Abang yang bertahun tahun layan Aisyah masih elok pun hidup. Sihat walafiat lagi! "

Aisyah menjuling mata ke atas lalu mencebik. Sakit hati apabila mendengar nama itu. Berasap sahaja telinga nya sekarang.

"Yelah Aisyah Adhah! "

"Abang ingat ni eh! Aisyah kahwin dengan dia sebab abang tau! Dan sebab ketentuan dan takdir Allah. Bukan atas dasar cinta! Dan Aisyah tak pernah dan tak akan suka dengan dia. "

Aisyah kembali memandang abangnya dengan pandangan tajam buat seketika sebelum pandangan nya kembali tenang seperti tadi.

Aarif hanya diam. Dia tidak boleh buat apa apa jika itu lah keputusan Aisyah. Yang penting adiknya sekarang dalam keadaan yang selamat. Itu lebih penting darinya.

"Tadi kata ada hal penting nak cakap? Apa dia? " soal Aisyah kembali apabila diam seketika. Teringat akan kata kata abangnya kelmarin terus ditanya. Buat apa nak simpan soalan tu sampai berhabuk dalam kelapa otak ni.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now