Bab 28 ❤

27.6K 1.1K 73
                                    

Aisyah memandang seraut wajah yang dia cintai kini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aisyah memandang seraut wajah yang dia cintai kini. Ya takdir Allah itu indah. Indah kerana temukan nya dengan Ryan Rykal. Siapa sangka insan yang dulunya dia benci kini mengambil tempat yang istimewa di hati nya.

Kemudian mata nya melurut pada dada Ryan. Keluhan dihembus berat. Dari mana datang nya kesan itu pun dia tidak tahu. Apabila ditanya dijawab nya hanya tanda lahir. Tapi mana mungkin? Bukan hanya satu tapi terdapat dibelakang dan banyak lagi. Adakah itu juga tanda lahir?

"Kenapa hubby nak rahsiakan semua itu dari saya? Saya berhak tahu. " ujar Aisyah sendiri. Pipi Ryan diusap sayang.

Dada Ryan menjadi sasaran nya. Dia menyembam wajahnya disana. Bau maskulin itu membuat dia tenang. Dia faham jika suami nya tidak bersedia untuk memberitahukan tentang itu.

Dalam diam Ryan turut mendengar luahan itu. Bukan dia tidak mahu memberitahu kan hal sebenar. Cuma siapa je yang mampu lupakan kisah silam. Dan kalau boleh dia tidak mahu ingat semua kisah itu. Kisah paling pahit.

Apabila mendengar dengkuran halus Aisyah dia mengusap rambut Aisyah. Dia bersyukur ditakdirkan dengan seorang wanita yang pandai menjaga maruah dirinya. Pandai dengan hal kehidupan.

Cinta itu indah. Lebih lagi cinta selepas nikah. Menambahkan rasa cinta itu mewarnai setiap penjuru kehidupan.

Aisyah senyum dalam diam. Kini dia tahu apa erti cinta sebenar. Ryan Rykal cukup buatnya. Terima kasih Ya Allah kerana temukan dia untukku.

❤❤❤

Berhempas pulas Aisyah didapur. Bau aroma masakan nya meliar liar di segenap rumah agam itu. Bau aroma nasi lemak yang membuat perut berkeroncong kuat.

Wong dan Jordan mengambil tempat di meja makan. Cara mereka tengok makanan serupa beruk tak makan setahun.

"Wah! Banyak nya Syah masak?! Ni boleh kenyak sampai besok. " teruja Syaril yang baru sampai.

"Tak banyak mana pun. Abang Aarif kata dia nak datang sini. Melawat Aisyah. Tu yang Aisyah masak lebih sikit. " terang Aisyah sambil menyediakan pinggan pada mereka.

"Mana Kal? " soal Wong. Sesuap nasi lemak dimasukkan dalam mulut. Yang mampu dia katakan adalah... S. E. D. A. P!

"Ada dekat atas. Tengah bersiap kot. Takpa Syah naik atas dulu panggil turun makan. Awak semua jemput lah dulu yee. "

Aisyah memicit lari ke atas. Dengan berkain batik sukar untuk dia berlari laju.

Pintu dikuak sedikit. Hanya kegelapan menyapa pandangan nya. Pasti si suami belum bangun. Tau lah hari cuti. Pemalas betul!

"Hubby bangun! Dah nak dekat jam sembilan dah ni! " kejut Aisyah. Langsir dibuka membenarkan cahaya matahari masuk ke dalam ruang itu.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now