Bab 9❤

27.7K 1.3K 119
                                    

Aisyah terjengket jengket menuju ke rumah kayu itu. Kakinya terasa sangat lah kebas tika ini. Dalam seumur hidup dia mana pernah kena jahit!

Baru selangkah Aisyah masuk ke rumah itu kepala nya diketuk kuat oleh Marzuki ayahnya. Ni lah masalahnya. Malas nak cakap.

"Sakit lah ayah! Apa ni! Orang baru masuk nak main pukul pukul pulak! " Marah Aisyah. Kepala dia sekarang dah macam kena hempap dengan batu besar! Kau rasa!

"Tu baru sikit! Ayah dah kata lain kali kalau bawa basikal tu bawa elok elok ni tak! Kau ingat jalan raya tu tempat kau berlumba! Dah jadi perempuan nak jadi jantan. Elok lah tu bawa lagi macam pelesit biar esok masuk kubur terus. " bidas Mazuki. Ha engkau bapa borek anak rintik.

"Mula lah tu nak bebel. Dayang nah! Asam keping kau. " usai cakap Aisyah terus beredar ke bilik nya. Tak betah dia mahu mendengar bebelan ayah nya itu.

Aarif masih setia di luar. Kau masuk? Cuba kau teka apa aku dapat? Aisyah dapat ketukan tongkat kuasa dua. Aku? Tak pasal pasal Encik Marzuki keluarkan kuasa lima dia terus. Mau tak esok kenduri arwah.

Splash!

Hebat hebat rasa, maggie cukup rasa! Hah kau dah dapat satu! Untung siapa jadi anak encik Marzuki ini.

"Aduh ayah! Sakit lah! Asal Aarif pun kena?! " adu Aarif sambil memegang punggung nya yang dilibas padu oleh ayahnya.

"Siapa suruh kau tak jaga adik kau! Kau tengok sekarang adik kau dah sakit! Dah macam orang cacat aku tengok terkedek kedek jalan! Kau tau dia bawa basikal macam nak pergi berlumba haram tu yang kau izinkan kenapa? Kauorang adik beradik ini kan ada je nak buat perangai kan. "

Bebel Marzuki lagi. Marah tu marah cuma dia risau keadaan anak anak dia. Memang sukar nak jadi ayah tunggal tapi dengan kekuatan yang tuhan beri dia akan gunakan sepenuhnya hingga akhir hayat nya. Itulah janji dia sebelum isteri nya menghembus nafas terakhir.

Arwah baik orang nya. Al-Fatihah. Lah tetiba!

"Mana lah Aarif tau. Pandai lah dia jaga diri sendiri. Dah besar panjang kot! "

Splash!

"Ayah bengkak juga bontot Aarif nanti! Sakit tau! " rengek Aarif. Punggungnya diusap perlahan.

Malu kot dia sekarang. Kau nak tau sebab apa? Sebab Dayang tengok kot! Mana nak letak muka handsome aku ni. Kuali mak kau boleh?

"Malu lah orang ayah! Ayah ni! "

Marzuki hanya diam. Senyuman sinis dilemparkan buat si anak.

"Lain kali buat lah lagi. Kau dengan adik kau ayah humban terus dalam parit tu. Dua dua otak sengal. " sindir Marzuki. Lalu masuk ke dalam rumah sambil melibas libas angin menggunakan rotan nya.

Dayang yang lihat dari tingkap itu hanya menunjuk sebaris senyumam. Kesian tu memang kesian. Nak tolong? Tak pasal pasal kau kena sekali!

"Nasib baik crush aku senyum. Hilang sikit lah rasa sengat ni. " gumam Aarif.

Di dalam bilik Aisyah sudah membaringkan tubuhnya di katil empuk nya. Nasib Allah beri cuti. Kalau tidak menangis nangis time solat.

"Ni semua pasal mamat tak guna tu. Muka dah lah macam bontot kerbau. Perangai macam syaitan! Nak je aku jumpa dia aku rasakan dia macam apa yang aku rasa sekarang! "

Marah Aisyah. Lagi buat dia marah sempat pula mamat gila tu sindir dia kaw kaw! Kau rasa?!

"Ekau tunggu sat noh! Aku lunyai lunyai kan mulut longkang kau tu! "

Tok! Tok!

"Aisyah jom makan! Kau kata kau nak makan laksa kan. " ujar Dayang disebalik pintu itu.

"Aku malas nak keluar lah Yang! Kaki kau sakit sangat ni. "

"Takpa lah! Nanti aku suruh abang Aarif hantarkan. " balas Dayang lembut. Itu yang si Aarif tu boleh suka.

"Abang Rif.. Boleh tolong Dayang tak? " soal Dayang.

"Boleh sangat! Nak minta tolong apa? " jawab Aarif sambil melirik senyuman manis.

"Tolong hantarkan laksa ni dekat bilik Aisyah. Dah suruh dia turun makan tadi tapi dia kata sakit kaki. Abang Rif boleh tolong kan? " jelas Dayang.

"Boleh je. Mana laksa nya? "

Dayang meletak kan sebuah mangkuk ke dalam talam berserta air sebelum talam itu bertukar tangan.

Aarif hanya main terjah sahaja masuk. Adiknya yang sedang duduk di birai katil menghadap tingkap yang terbuka luas itu menyapa pandangan nya.

"Dik ni abang ada bawa laksa. Makan lah. " kata Aarif prihatin.

"Hmm. " gumam Aisyah malas.

"Kenapa ni? Muram je. Sakit lagi ke? "

"Sakit! Sakit hati dengan kawan abang tu. Nak je Aisyah ambil pistol tembak terus dekat kepala dia biar masuk kubur. " geram Aisyah. Kalau dia marah memang semua main sembur je.

"Lah pasal Ryan ke! Sudah sudah lah tu! Tak payah nak berdendam sangat. Salah adik juga kan. "

"Memang lah salah adik tapi dia pun salah juga. Mana boleh biarkan adik je yang salah dalam hal ni. "

"Yelah yelah. Nanti abang pukul dia. Siapa suruh dia sakitkan adik kesayangan abang ni. "

"Betul ke? Janji! "

"Ye ye! Dah makan. " arah Aarif.

"Cayang abang banyak banyak! " Aarif hanya senyum seraya mengusap rambut adiknya.

❤❤❤

"Abang dari mana ni? Kenapa dengan dahi abang tu? " soal Hyder terus apabila melihat kelibat abangnya.

"Accident kecil je. Tak payah lah risau sangat. Aku pandai jaga diri. " balas Ryan datar.

Baru sahaja dia mahu melangkah sekaki ke anak tangga itu dirinya diterjah oleh anak anak buah nya.

"Ya Allah bos kenapa ni? Bos okey ke tak ni? Bos nak apa apa? " soal Syaril laju.

"Kau okey ke tak ni Kal!? Kenapa dahi kau ada lembam sebelah kiri? Dan kenapa sebelah berbalut!? Oi kau buat apa ni dowh. " cantas Wong pula.

"Astaghfirullahallazim bos! Hang buat apa dekat luar sampai lagu ni! Musuh serang hang kah? Pasai pa tak bagi tau kitaorang hang kena serang. Kalau tak boleh kami bantai kan kan? "

Giliran Jordan pulak. For information dia beragama islam ye. Wong je tak. Nama penuh dia Jordan Hakimi. Harap maklum! Harap faham!

Ryan merengus geram apabila dirinya dibelek belek sehabis mungkin oleh tiga orang sengal. Satu badan mau disentuh nya. Siapa tak geram!

"Hish! Aku tembak juga satu satu ni nanti! Nampak macam aku ni dah nak nazak ke?! Belum kan?! Sibuk je! " marah Ryan.

Wong, Syaril, Jordan terus diam tak berkutik. Tadi elok dibelek belek badan bos nya tiba tiba kena jerkah dengan jeritan bos mereka siapa tak lemah jantung oi!

Hyder tersenyum sinis melihatnya. Dia segera mengikut langkah abang nya ke tingkat atas.

"Kita prihatin dekat dia nak marah pulak kan? Nanti aku tambah dekat hidung dia lagi baru tau! " bisik Wong.

Bang!

Satu tembakan diacukan ke sisi Wong dari arah atas. "Kau jangan ingat aku tak dengar eh. " ujar Ryan tanpa nada.

Terbuntang mata mereka semua. Sikit lagi nak kena kot! Dari arah belakang pula tu! Tolong siapa kerja nurse dekat sini! Saya rasa saya dah kena serangan jantung lah!

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now