Bab 1❤

97.5K 2.1K 209
                                    

Club malam itu dipandang sepi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Club malam itu dipandang sepi. Fikiran nya bercelaru memikirkan tentang musuhnya yang datang menyerang markas mereka.

Sesekali dia merengus geram. Habis markas mereka berselerak hasil daripada mereka. Apabila diingatkan semula membuatkan Ryan naik marah. Meja kaca itu dihentak kuat sehingga menghasilkan retak.

Semua anak buah nya terkejut dengan hentakkan itu. Semua dipanggil ke club itu atas arahan Ryan sendiri. Club yang dimilikinya sendiri.

"Jordan! " Jerit Ryan kuat. Api kemarahan dia semakin membuak buak.

"Yes bos! " Balasnya dengan kuat.

"Aku nak kau periksa semua cctv yang ada pada markas kita. Aku tak nak satu pun kau terlepas pandang. Cari mereka sampai jumpa. Faham! "

"Faham! " Jawabnya lalu beredar dari situ.

Dipandang satu satu anak buah nya diarah kan bertugas mengawal markasnya. Semua berbadan tegap tapi satu benda yang senang pun tak boleh buat.

"Kerja senang macam ni pun kauorang tak boleh buat apa lagi kerja lain! Bodoh! " Pistol diambil lalu diacukan kepada anak buah nya.

Mereka semua berpandangan. Gerun, takut dengan bos mereka. Kecut perut mereka olehnya. Salah mereka juga sebab lalai menjalan kan tugas.

Bang! Bang! Bang!

Kedua dua kaki anak buah nya ditembak selamba. Kelihatan mereka yang sedang mengerang kesakitan. Baginya itu hanya suara jeritan biasa.

"Uruskan budak budak ni. Aku tak perlukan apa apa pun pada mereka ni. " arah nya pada Wong iaitu orang kuat nya.

Wong hanya angguk faham akan arahan yang diberikan. Dihantar pemergian bos nya dari ekor mata. Tidak berani mahu menegur harimau yang dah bangun. Memang tempah keranda lah jawab nya.

Selesai meletakkan kereta nya di perkarangan rumah itu pintu utama ditujui nya dan membolos dirinya di rumah agam itu.

Hanya kegelapan yang menyapa pandangan nya. Sudah pasti adiknya sudah lena lagipun sekarang sudah tengah malam.

Bilik adiknya ditujui. Seperti apa yang dikatakan tadi adiknya sudah lena dibuai mimpi. Dia mengambil tempat di sisi adiknya. Ditatap wajah adik nya itu. Sungguh dia berasa kesian terhadap takdir mereka.

Dia cukup simpati pada nasib adiknya yang tidak boleh menerima takdir. Dia takkan sesekali memaafkan orang itu yang jadikan adiknya murung dan pendiam. Sebab itu juga adiknya hampir bunuh diri kerana seorang wanita.

Diusap sayang rambut adiknya itu. Dikucup lembut ubun ubun adiknya. Adik yang menjadi pelengkap hidupnya.

"Abang akan lindungi adik macam mana abang lindungi diri sendiri. Jangan tinggalkan abang. I love u. "

Memang dia tak tunjukkan kasih sayang nya sebab bagi nya cukup dia beri perhatian secukupnya pada adiknya itu sudah cukup membukti kasihnya.

~♥~~♥~~♥~

"Eh kau-orang rasa Hairil suka kan aku ke? Aku rasa dia suka kan aku lah. Sebab aku selalu nampak dia curi curi pandang aku." ujar Dayang dengan penuh keyakinan.

"Kau tu je yang perasan lebih. Dia bukan syok dekat kau. Dia syok dekat ni hah Aisyah! Kau tau lah kan hampir satu U ni semua suka dengan dia. " balas Riana.

"Iya lah tu. Dia suka kan aku lah! " bentak Dayang.

"Kauorang ni kan! Kalau tak bergaduh tak sah kan hidup kauorang. Jumpa je gaduh jumpa je gaduh. Aku pukul kang! " Aisyah acah acah mahu memukul. Kedua kawan dia sedia melindungkan diri.

"Salah Riana eh! Aku tak salah! Jangan lah nak marah. Nanti tak lawa. " Dayang tersengih memandang wajah berang milik Aisyah.

"Aku nak belajar pun susah! " Aisyah kembali melakukan aktiviti yang tergendala tadi.

"Wei Aisyah! Bila kau nak balik kampung. Aku rimdu doh dengan ayah kau. " Ujar Riana beria.

"Itu kan bapa aku. Yang kau rindu dia pahal. Kau bukan anak dia. "

Gurau Aisyah. Saja dia nak buat Riana marah. Riana memang dianggap sebagai kakak nya sebab lebih tua. Lagi pun Riana anak yatim jadi ayah nya mengambil Riana sebagai anak angkat. Harap maklum!

Buk!

"Tak pasal pasal mendapat kau Syah. Kesian kau.. " Dayang menggeleng kepalanya.

"Kau diam! " kepala nya yang berlapik tudung diusap. Sakit kepala aku woi! Benjol kang kasih tau ayah!

"Aku tanya elok elok kan. Kan dah mendapat. " Riana mengibas rambutnya menggunakan tangan.

"Mana lah aku tahu nak balik bila. Aku banyak kelas. Kalau Kau nak balik jangan lupa kasih tau aku. Aku on je ponteng kelas. " Aisyah menunjukkan thumbs up di muka Riana.

"Kau kalau ponteng kelas nombor satu. Dah gagal salahkan lecturer padahal salah dia. " Riana mencebik.

"Biar lah!"

Tergeleng kepala Dayang lihat gelagat adik beradik ni. Walaupun adik beradik angat tapi nampak prihatin pada masing masing. Dia ni dah masak rentung sangat dah dengan perangai mereka ni. Sweet gituew..

~♥~~♥~~♥~

~♥~~♥~~♥~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now