SPECIAL CHAPTER [LAST]

23.1K 907 135
                                    

Kau tak kenal siapa bapa dia.

Ryan senyum sinis. Berani buat berani tanggung. Hina anak aku tengok nasib kau sendiri.

Aryan berlari mendapatkan Ryan dan Ryanna. Telefon canggih Ryan dipeluk nya. Kadang kala skrin tersebut dicium berkali kali.

"Mummy! I win! I win! " ujar Aryan.

Aisyah di skrin telefon senyum lebar melihat anak nya begitu gembira dengan kemenangan. Yelah pertama kali bertanding dan menang siapa sahaja yang tidak gembira kan?

"That's my boy! "

"Eh tengok tu. Geli pula aku tengok. Baru menang duit pun dah macam itu. Entah entah miskin. Pujuk juri supaya menang itu yang dapat itu. Kesian bet--- "

"Cukup! " bentak Ryan secara tiba tiba. Talian dimatikan agar isterinya tidak dengar tentang itu. Boleh tekanan isterinya kalau dia dengar ada orang hina anaknya.

"Ey kau perempuan tak boleh ke tutup mulut jalang kau itu! " gertak Ryan.

"Eh eh kau siapa nak masuk campur? Mulut aku suka hati aku lah nak buat apa pun. Sibuk aje! " balasnya dengan jelingan.

Ryan mencebik. Ya Allah, punya lah mulut tu. Tak reti nak berlapis betul. Memang buat dosa ini ada ganjaran ke? Asal dapat duit ke?

"Daddy.. " Ryanna menarik tepi baju Ryan. Gerun dia melihat mak cik tersebut. Muka pun buat orang takut.

"Bawa anak anak aku masuk dalam kereta. Perempuan ini heret dia ke belakang! Aku tak nak pendengaran anak aku kotor sebab perempuan ini. " arah Ryan tegas. Dia berjalan tenang ke belakang dewan. Hakikatnya hatinya membara sahaja.

"Bawa dia ini. " arah Jordan.

"Eh eh kau asal aku pula? Kau lah! Kau yang kena suruh kan? " bentak Syaril.

"Ey! Kerja senang pun nak gaduh ke? Asal jijik sangat je mak cik ini? " celah Wong.

"Eh kau tak tahu ke? Mak cik ini memang jijik pun. Jijik dari sampah. Ada hati nak hina anak orang. Kena dekat kepala sendiri baru tahu. " ujar Syaril sambil menjeling.

"Oi! Yang kauorang ini bila nak buat kerja! " jerit Ryan. Bergema satu dewan tersebut. Sehingga semua disana melihat nya.

"Cepat lah. " Jordan mengheret tangan Wong dan Syaril ke tempat duduk perempuan tersebut.

Jordan mengalihkan segala kerusi yang menghalang jalan mereka. Sampai sahaja tangan perempuan tersebut dipegang nya.

"Eh asal pegang aku ini-- " terhenti percakapan nya melihat tiga orang jejaka kacak berdiri depan nya.

Spontan dia berdiri tegak. Sekali sekala dia membetulkan tudung nya. Senyuman lebar diberi pada tiga lelaki tersebut.

"Mak.. Mak jom kita balik. " kata anak kecil tersebut.

"Eh! Kamu balik dulu lah! Sibuk aje! Rumah dekat sana kan? Balik lah! "

Kasar sungguh percakapan pada anak kecil tersebut. Naufal terkelu apabila dia dimarahi oleh emak nya sendiri di hadapan rakan dan guru gurunya.

Dengan perlahan dia mengangkatnya kotak hadiah yang baru sahaja dia terima tadi. Syaril menggeleng kepalanya.

Ibu jenis apa macam ni? Apa yang lagi penting pada perempuan tersebut melainkan seorang anak?

"Adik sayang.. Jom abang teman balik rumah? " ajak Syaril. Namun Naufal menggeleng dan tetap berdiri di belakang ibu nya.

Perempuan yang bernama Latifah tersebut menjeling tidak suka pada anaknya. Inilah salah satu dia tidak suka akan anak ini. Buat seperti mereka ini kurang kasih sayang.

Vol 1 | She's My Heroin : My Mr. Mafia ✅Where stories live. Discover now