Bab 11

18.1K 601 3
                                    

Datin Maria sudah tersenyum puas apabila terdengar suara Amri yang sedang mengamuk itu.Hati Datin Maria puas kerana rancangannya berjaya.Ingin sekali dia melihat rumah tangga Amri musnah agar dia boleh mengahwini Amri bersama Kate.

************************************
"awak..saya hormat mama awak..tapi..tapi.." Yana menutup mulutnya dengan tangan dan berlari ke tandas lalu segera mengunci pintu.Yana muntah.
"Yana!!Yana..Yana..bukak pintu ni..kau okey tak ni??

Amri terkejut dengan kelakuan Yana.Dia risau akan kesihatan isterinya itu.Pertanyaannya tidak dibalas.

Tiba-tiba pintu tandas tersebut terbuka.Yana keluar namun sempat juga dia menghadiahkan senyuman kepada Amri.Walaupun mukanya pucat.Amri yang berdiri di depan pintu itu lega kerana Yana masih tersenyum kepadanya.

Namun,Yana pengsan dan terjatuh didalam pelukan Amri.Jantungnya berdengup kencang.Yana pengsan.Dia panik.Tubuh Yana dengan pantasnya dicempung oleh Amri.Dia berlari ke keretanya dan meletakkan Yana di tempat duduk penumpang.Dia menghidupkan enjin keretanya lalu menyusur laju ke hospital.Wajah Yana yang pucat itu ditatapnya.Tidak pernah dia melihat muka Yana sebegitu.Tangan Yana digenggam erat sepanjang perjalanan mereka ke hospital.Amri tidak beehenti berdoa agar isterinya selamat.

************************************
"awakk...awakk" Panggil Yana.Namun matanya masih lagi terpejam.Bahagian dahi Yana berpeluh.
"awakkk..."Panggil Yana lagi.Amri yang tertidur disebelah Yana terjaga.Dia risau.Sudah 6 jam Yana tidak sedar dan asyik memanggil namanya.Walaupun begitu, dia tidak jemu untuk membalas panggilan tersebut.
"ye sayang..abang ada kat sini ni" Amri mula membahasakan dirinya sebagai 'abang'.Rasanya untuk sebulan dia berkahwin dengan Yana, ini kali pertama dia memanggil Yana dengan panggilan 'sayang'.Dia rasa bersalah dengan sikapnya sebelum ini yang tidak memperdulikan keadaan Yana.Tangan Yana digenggamnya.

Pintu bilik terbuka dan...

"Cik Amri..boleh kita bercakap sebentar?" Tanya Doktor Zack, doktor yang merawat Yana.Amri bangun dan mengikuti langkah Doktor Zack.

************************************

Aku 18..Dia 22..Where stories live. Discover now