Bab 5

23.7K 662 3
                                    

Perutnya berkeroncong.Patutlah, rupanya dari semalam lagi dia tidak makan kerana menemani Amri.Mujur gastriknya tidak datang menyerang.Dia segera turun ke bawah untuk menyediakan sarapan untuk Amri sebelum Amri ke kolej.Beberapa keping roti dibakarnya, lalu disapukan jem dan mentega.Yana juga tidak lupa menyediakan minuman kegemaran Amri iaitu susu suam.

Tidak lama kemudian Amri turun ke bawah.Dia makan makanan yang terhidang di atas meja.Walaupun apa yang terhidang hanyalah roti bakar dan susu suam, namun terbit rasa bahagia di hatinya apabila ada orang yang mengambil berat tentangnya.Di bibirnya terukir sebuah senyuman apabila terkenangkan kisah semalam.Dimana, Yana menangis kerana dia pengsan.Comel.Amri mengajak isterinya makan.
"Yana..meh la sini makan sekali..sibuk sangat nak lap dapur tu..bukan nye kotor pun.."
"ala..saya nak lap ni kejap..memandai je tak kotor..ni apa" Kata Yana sambil menunjukkan kain lapnya.
"eleh..kau bukannya masak pun..tak de maknenye nak kotor..ala tu setakat tumpah-tumpah biase lah"
"emm..yela..yela.." Yana mengalah lalu duduk di sisi suaminya.Yana pelik melihat reaksi suaminya.
"awak kenapa tengok saya macam tu?"
"eh bukan ke tempat kau kat sana.." Amri menunjukkan tempat Yana iaitu dihadapannya.
"alah..sekali-sekala..tak kan tak boleh kot?lagi pun awak kan suami saya.."

Kata Yana lantas memaut tangan suaminya.Amri pelik dengan perbuatan Yana yang agak manja hari ini.
"eh..aku rasa kau demam la Yana...pelik semacam je aku tengok...ni mesti berjangkit dengan aku ni semalam...kau nak aku hantar gi klinik tak?"

Amri buat muka seriousnya sambil berkata-kata.Senyuman Yana mati.
"eishh..orang gurau je pun..dah la..orang nak sambung tido..bye.." Yana mula melangkah untuk ke biliknya.
"ala..merajuk pulak..salam la aku dulu..buat-buat lupa pulak dia ni.."
"tak nak..wekkk.." Yana berpura-pura mahu melangkah ke tingkat atas.
"ooo..melawan ek?aku report mama...hahahahaa" Amri tersenyum sinis.Seronok juga dia dapat menyakat isterinya yang kurang matang ni.Yana turun semula dengan wajah yang masam mencuka itu.Dia tahu kalau suaminya memberitahu mamanya, pasti dia akan mendengar bebelan mamanya lagi.Dia menyambut tangan Amri untuk salam."hhuhh" Yana mengeluh dalam diam.

************************************

Yana keseorangan di rumahnya.Amri pula sudah pun ke kolejnya.
"hrmm..ape aku nak buat ek?boring la..asyik duduk kat rumah jee..aishh"

Yana bosan.Tiba-tiba hadir satu idea di fikirannya.Dia mengeluarkan telefonnya lalu menelefon...

************************************
"hrmm Yana..kau ni buat aku terkejut je..tibe-tibe ajak jumpe.." Qistina memulakan perbualannya dengan Yana.
"ala..kau tak suke ke?hari tu kau jugak ajak jumpe"
"ehh..aku tak cakap pun aku tak suka..kau ni touching la..aku saje je tanye..hahaaha"
"hahahah..saje je..nak try jugak touching-touching ni..hehe..kau keje mana sekarang?kot la buat part time sementara tunggu result ni.."
"aku keje dekat company ayah aku je..aku ade keje sikit kat sini..kau tahu kan aku macam mana.." Terang Qistina.Sebenarnya, sejak kecil lagi dia mula berjinak-jinak dengan bidang perniagaan di syarikat ayahnya sendiri, jadi tiada masalah baginya untuk bekerja walaupun pada usia yang muda.Mereka meluangkan masa bersama setelah beberapa bulan tidak berjumpa.Yana terlupa tentang Amri sebentar sepanjang perjumpaan mereka.

************************************

Aku 18..Dia 22..Where stories live. Discover now