Bab 33

15.6K 439 41
                                    

Katerine berlegar-legar di ruang hospital.Matanya membengkak.Dirinya seolah-olah tidak terurus.Dia mati akal.Sedih.Semuanya bercampur-baur.Matanya tiba-tiba tertancap kepada satu tubuh yang baru keluar dari salah satu bilik yang terdapat di ruang tingkat 2 ini.Dia merenung lama tubuh itu.Pelik.Dia seakan-akan kenal akan pemilik tubuh itu.Tinggi lampai,rambutnya sedikit coklat,tubuhnya yang agak berotot mengingatkan Katerine kepada seseorang, tapi siapa.

Hairan.Itu yang dirasakannya.Macam mana dia seolah-olah mengenali pemilik tubuh yang baru dilihatnya tadi.Katerine mendekati bilik pesakit yang baru pemilik tubuh itu keluar.Pintu bilik tersebut tentera satu nama.
"Norliyana bt Mohd Adam" Katerine membaca tanpa suara.
"yana..Liyana..Yana.." Dia seperti pernah dengar nama itu.Tapi siapakah milik gerangan itu.Otaknya ligat mengingati setiap nama yang pernah dijumpanya.Tiba-tiba satu nama terpacul keluar dari mulutnya..
"Amrii.."
"so Yana tu isteri Amri.."Hatinya berkata-kata.
"Tapi apa mereka buat dekat sini?"Dirinya tertanya-tanya.

Katerine masuk ke bilik tersebut dan apa yang dilihatnya ialah Yana, isteri Amri sedang terlantar di atas katil tersebut.Ada senyuman kecil menghiasi bibirnya yang tidak bergincu seperti selalu itu.Fikirannya merewang dan mula memikirkan sesuatu, iaitu tidak lain dan tidak bukan cara untuk mendapatkan Amri kembali.Semuanya untuk menutup malu yang realitinya dia berbadan dua walaupun masih belum bersuami.

"bunuh.."Satu perkara yang tiba-tiba muncul di fikirannya.Entah mengapa dirinya seakan-akan mahu mengikuti apa yang ada di kotak fikirannya.Dirasakannya itu idea yang paling sempurna.Sapu tangan dikeluarkan dari beg Gucci miliknya.Ya, dia harus lakukan.

Katerine mendekati Yana.Setapak demi setapak.Tangan Katerine yang menggigil memang jelas kelihatan.Sapu tangan sudah siap sedia berada ditangannya.Apa yang perlu dia lakukan hanyalah menekup mulut milik isteri Amri.Itu sahaja yang perlu dia lakukan.

Tangannya diangkat dan menekup mulut Yana.Serta-merta tubuh Yana menggeletar, bergerak ke atas dan ke bawah selepas beberapa saat.Yana sukar bernafas.Tangan Katerine masih kuat menekup mulut Yana.
"KATERINE!!!" Ada suara yang menjerkah memanggil namanya.Dia menoleh. Katerine kelam kabut menyorokkan sapu-tangannya.Risau juga jikalau pemilik suara itu mengetahui perbuatannya.
"what are you doing there?" Rupa-rupanya suara itu milik Helmi.
"erm..i..i just..erm.." Katerine gagap.Mulutnya menggigil.Resah gelisah.
Tutttttttttttt
Bunyi salah satu mesin tiba-tiba.Helmi berlari ke arah Yana.Dia perlu memeriksa keadaan Yana.
"cikk..cik.."Helmi menepuk lembut pipi Yana.Yana tidak bernafas.
"nurse!..nurse!!.nurse! " Jerit Helmi sambil menekan butang kecemasan.Wajahnya cemas memandangkan pesakit ini terhenti nafasnya.

Beberapa nurse datang setelah hampir 30 saat memanggil.Doktor Zack juga yang merupakan doktor yang merawat Yana juga turut bersama.
******************************
"Amri cuba cerita dekat Umi..apa yang jadi sebenarnya?Cuba cerita kat Umi..Umi tak salahkan kamu.." Puan Salmah memujuk Amri.Diusapnya belakang menantu tunggalnya ini.Dilihatnya muka Amri yang entah seperti tiada arah tujuan.Tiada secalit senyuman pun di wajahnya.Mukanya muram sejak ketiadaan Yana di sisinya.
"Amri yang salah mi..Semua sebab Am umi..hukum Am umi..hukum Am..." Kata Amri, suaranya mendatar sambil meramas jari-jemarinya.Matanya membengkak.Airmata lelakinya masih bersisa.

"Amri..Amri..what happened??" Datin Maria berlari anak mendapatkan Amri yang sedang duduk bersebelahan besannya.Diikuti oleh Ayie, anak sulungnya.Amri seraya berdiri.Namun masih tiada apa-apa riak di wajahnya.Menyampah dia akan perbuatan Puan Salmah yang mengusap-ngusap belakang Amri.
"Tell mama ok..tell to me.."Dia berkata sambil menarik Amri mengikutinya berganjak sedikit dari kedudukan Puan Salmah itu.Dia masih berasa jengkel.
"Amri mama...Am yang salah..Am bunuh dia mama..Am seksa dia ma..Amri jahat ma..Abang Nazim pun Am yang salah ma..hukum Am mama.." Kata Amri.Ya, dia memang jahat.Abang Nazim mati juga dia penyebabnya.Dia memang tak guna.

Ayie berang dengan penyataan yang dikeluarkan oleh Amri.Mana habis semangat adiknya menghilang.
"Kau ni apehal?Mana semangat kau ni..Mana!?..Cukup lah pasal Nazim.Kau sekarang kena jaga isteri kau.." Berang Ayie sambil mencekak leher Amri.Entah dia rasakan Amri perlukan seorang pembakar semangat dalam hidupnya.Amri masih diam, tiada jawapan.Biarlah dia sahaja yang menanggung segala keperitan ini.Yana masih dalam pantauan.Dia kriktikal.
******************************

Aku 18..Dia 22..Where stories live. Discover now