Bab 26

17K 542 49
                                    

Amri akhirnya tiba di kawasan kediamannya.Entah mengapa dirasakan Amri keadaan rumahnya kelihatan suram sahaja hari ini.Mungkin kerana keadaan cuaca yang tidak menentu pada hari ini menjadi punca.Dia membuka pintu rumahnya, dan mujurlah dia membawa kunci hari ini kerana dia tahu Yana tidak akan membukakan pintu untuknya hari ini.

Gelap.Rumahnya cukup gelap.Hanya lampu luar yang terpasang, itu pun kerana dia terlupa untuk mematikan suisnya pagi tadi.Hairan Amri, takkan lah Yana duduk dalam keadaan gelap kot dan..takkan lah Yana langsung tidak keluar dari biliknya.Amri terpaku apabila dia terfikirkan akan Yana yang mungkin tidak keluar dari biliknya sejak hari mereka bergaduh.Dia terus berlari ke atas.
"Yana..Yana..kau bukak pintu ni.."Dipulasnya Amri tombol pintu bilik Yana.Tapi hasilnya hampa kerana pintu itu dikunci dari dalam.Rasa risau, resah, takut, bersalah semua bagai hadir serentak dalan diri Amri.
"Yana...Yana..aku kata bukak pintu ni" Pintu itu diketuk, ditumbuk sambil Amri memanggil Yana.Namun langsung tiada jawapan.
"Yana...Yana...Yana.."
"Yana..i said open the door..Yana please"
"Yana..we need to talk..Yana.."
Suaranya dilembutkan.Amri semakin gelisah.Yana langsung tidak memberi respon.Rasa bersalahnya di dalam dirinya semakin menebal.Dia serta merta menghempuk pintu bilik Yana.Cubaan pertama, tidak berjaya.Amri teruskan usahanya, akhirnya pintu itu terkuak juga.

Yana terbaring lemah diatas katil.Amri terus meluru ke arah Yana.Diangkatnya Yana ke dalam pelukannya.
"Yana.."
"bangun.."
"Sayang..bangun..sayang.."Amri memanggil sambil menampar lembut pipi Yana.Suaranya kedengaran bergetar.Suhu badan Yana tinggi.Amri dapat merasakannya.Air matanya mula memenuhi tubir matanya apabila melihat isteri yang dicintainya terkulai layu di dalam pelukannya.

Amri mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menghubungi Ambulance.Air mata lelakinya mula menitis satu demi persatu.Sebaknya tidak tertahan lagi.Ditenungnya wajah Yana yang pucat bagaikan tidak berdarah itu.Terkenang segala perbuatannya yang keji itu kepada Yana.Dia ego, semuanya kerana dirinya yang penuh dengan sifat cemburu itu.Dia harus bertanggungjawab.
Dia perasan sesuatu.Sesuatu di dalam genggaman isterinya.Amri terus membuka genggaman Yana itu.Rupa-rupanya, yang ada dalam genggaman tanga isterinya itu ialah perakam suara kesayangan Yana.Pada waktu yang sama,Ambulance sudah pun sampai, Amri pun mengelap air mata yang tadinya menitis dan perakam suara itu segera disimpan didalam poket seluar bersama telefon bimbitnya.
"sayang..jom sayang..kita pegi hospital..jom.."Amri mengangkat Yana turun ke tingkat bawah untuk ke hospital.
Yana dibawa ke hospital dengan Ambulance.Amri pula mengikut Ambulance dari belakang dengan menaiki keretanya sendiri.
"maafkan abang..sayang..maafkan abang"
Di dalam kereta, Amri meraup mukanya beberapa kali kerana menyesal akan perbuatan dirinya.

************************************

Aku 18..Dia 22..Where stories live. Discover now