Bab 10

18.7K 584 1
                                    

Sepanjang perjalanan mereka ke rumah Datin Maria, Amri perasan yang Yana hanya membisu.Wajahnya juga kelihatan pucat dan berpeluh.Amri pelik lalu merendahkan suhu pendingin hawa kerana sangkakan Yana panas.Kepala Yana makin berdenyut-denyut.Ini semua kerana Amri merendahkan suhu penghawa dingin.Dia ingin sahaja meningkatkan kembali namun dia takut dimarahi oleh Amri.Mungkin Amri sedang panas.Fikir Yana.

************************************

Sampai juga mereka di rumah Datin Maria.Kelihatan kereta Toyota Wish di perkarangan rumah mamanya.Amri hairan.Dia dan Yana pun melangkah masuk.Baru beberapa langkah memasuki rumah tersebut.Ada suara yang menjerkahnya.
"hoi..kau buat ape kat sini?"
"ehh..abang Ayie..adik..adik nak lawat mama..kan mama pengsan tadi" Balas Amri.Tidak sangka dia akan bertemu dengan abang sulungnya itu,Ayie.Rasanya sudah hampir 3 tahun dia tidak berjumpa dengan Ayie selepas kematian abang nya yang kedua iaitu, Nazim.
"emm..aku ingat kau nak bunuh mama pulak lepas kau bunuh Nazim..hahaha.."
"abang..abang ni tak percaya lagi ke kat Amri..abang nak Amri buat ape??" Jawab Amri.Airmata lelakinya mula menitis.Abang yang dia sayang selama ini masih juga tidak percaya akan dirinya.Ayie masih menganggap dia sebagai punca kematian Nazim.
"kalau kau menangis airmata darah sekalipun bukannya boleh kembalikan Nazim!!" Herdik Ayie kepada adiknya, Amri.Dia benci melihat adiknya itu.
"Amri nak pegi tengok mama jap.." Hanya itu yang mampu Amri balas.Dia pun beredar meninggalkan abangnya disitu.

************************************

Yana awal-awal lagi sudah meninggalkan Amri dengan lelaki yang dipanggil Ayie itu.Dia sebenarnya juga tidak tahu siapa gerangan disebalik nama Ayie itu kepada Amri.Bukan tidak tahu tapi malas untuk ambil tahu disebabkan keadaannya kini.Dia segera ke bilik Amri dan baring diatas katil bersaiz King itu.Denyutannya makin kuat.Dia cuba tidur namun kesakitan di kepalanya menghalang.Peluh mula hadir di mukanya.

************************************
"mama..mama okey tak ni?"Amri bertanya kepada mamanya yang sedang terbaring itu.
"ehh..mama okey la..kamu balik seorang je ke?isteri kamu tu tak balik?"Tanya Datin Maria.Dia hairan sebenarnya kerana Amri sahaja yang melawatnya.Tidak pula dia lihat menantunya itu.
"eh tak de la ma..Amri balik dengan Yana la..kenapa dia tak tengok mama lagi ke?
"tak..die tak datang pon.."Datin Maria berpura-pura menangis.Kononnya sedih.Padahal, dia tidak peduli pun sebenarnya.

************************************

Amri kesal.Amri kesal dengan apa yang dia dengar tadi.Dia sangkakan Yana sudah pun melawat ibunya.Tapi sangkaannya melecet.Dia menuju ke biliknya.Dia melihat Yana yang sedang baring diatas katil.
"Yana!!Yana!!" Panggil Amri.
"kau ni apehal?aku ingat kau dah lawat mama..tapi kau boleh terus masuk bilik tido.."
"woi..kau pekak ke?aku cakap dengan kau ni..kau ni kan memang la.."
"aku tahu kau tak suke mama..tapi please jangan buat mama macam tu..tu mama aku..kau dah kahwin dengan aku..so tu pun mama kau..please la hormat dia macam aku hormat mak kau!!.." Amri memarahi Yana.Yana yang terdengar suara lantas bangun untuk bersuara.Walaupun dia lemah kerana keadaannya kini.Dia perlu.Dia perlu bersuara dan memberitahu Amri yang dia betul-betul tak larat.

Yana cuba.Tetap cuba untuk berdiri.
"awakk..saya hormat mama awak tapi..tapi.."
************************************
#nak tahu ape yang jadi lepas ni..haa..teruslah ikuti kisah mereka di dalam novel ini..
AKU 18..DIA 22..

Aku 18..Dia 22..Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz