Bab 3

29.4K 808 16
                                    

"Hoi..bangun ahh..kau nak tido dalam kerete ke?"

Amri buntu, rasanya sudah hampir 2 kali dia menggerakkan isterinya, namun Yana masih tidur dengan nyenyaknya.

************************************

Yana bangun setelah dia berasa panas.Dia merasakan badannya berpeluh-peluh.Dia pun mencelikkan matanya lalu terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Whatt?dia tinggal aku dalam kereta sorang-sorang ..malam-malam macam ni...dah la gelap..takut la.." Yana membebel seorang diri.Perasaan takut sedikit demi sedikit mula hadir."Takut..macam mana nak turun ni..gelap" Yana gelisah.Dia betul-betul takut lalu menangis dan mengeluarkan telefon bimbitnya menghubungi Amri yang berada di dalam rumah.
"Hello..awak..saya takut ni.."

Yana berkata sambil menangis teresak-esak.
"Eh, kau dah bangun dah?ingat tak bangun lagi..emm masuk la rumah...bukan aku kunci pun.."
"Awak..tolonglah saya wak..saya takut ni..gelapp..awak.."
"gelap je pon..masuk la sendiri..aku nak tido ni..esok aku ada class la.."
"ala awak..tolonglahh...awakk..sampai hati awak tinggal saya kat luar ni sorang-sorang..tolonglahh.."
"eee..mengadalah dia ni..tunggu la jap..aku keluar..setakat nak jalan masuk rumah sendiri pon takut..bukannya jauh pon..kat depan tu je..mengada betul..." Bebel Amri lalu keluar dari biliknya.Berjalan beberapa tapak sampai ke tempat dimana Yana berada.Dia membuka pintu kereta dan tetiba Yana memeluknya erat sambil menangis.Dia membalas pelukan itu dan memujuk Yana.
"Dah..dah..jangan nangis dah..buat malu je..lain kali orang gerak tu bangun..jangan jadi tunggul..dah jangan mengada sangat..lepas-lepas"Amri meleraikan pelukan tersebut.Yana akur lalu menganggukkan kepalanya.

Mereka pun masuk ke dalam rumah.Yana memilih untuk terus ke bilik tidur namun dihalang oleh Amri ketika dia mahu memasuki bilik tersebut.

"Hoi..ni bilik aku..bilik kau yang tu"

Amri berkata sambil menundingkan jarinya ke arah sebuah bilik yang terletak di hadapan biliknya.

"ehh ni bukan bilik saya ke?patutnya awak la tido sana"

Tanya Yana setelah mendapati biliknya tiada bilik air seperti bilik suaminya.

"kenapa pulak?suka hati la aku nak tido mana ponn..sapa cepat dia dapat la..sapa suruh kau tido dalam kereta"

Amri membalas dengan jelingan yang menunjukkan dia tidak puas hati.
"haishh..awak ni..susah la saya nak guna toilet nanti.."
"so..x de kene mengena dengan aku kan..."
"adala"
"emm..pape je la..aku nak tido..bye goodnite.." Amri masuk ke dalan biliknya lalu menutup pintu meninggalkan Yana yang berada di situ.Geram pula dengan suaminya.Penat sungguh dia hari ini.Dia pun tidur.

************************************
"huaahhh" Yana menguap.Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi.Sudah 2 minggu dia berada di banglo suaminya.Selalunya,Amri sudah bangun.Namun hari ini,dia masih belum kelihatan, mungkin dia belum bangun lagi.Yana harus kejutkan suaminya untuk solat.Tok..tok..tok..Dia mengetuk pintu sebelum melangkah masuk ke dalam bilik suaminya.Terpegun dia seketika dengan dekorasi perabot yang terdapat di dalam bilik tersebut.Cantik.Elegen.Semua nampak sempurna di matanya.Matanya tertumpu pada sebuah pasu yang terletak di sudut bilik itu, lalu dia mendekati pasu tersebut.Dia membeleknya.
"Hoii, kau buat ape tu?

Amri terjaga apabila terasa ada orang memasuki biliknya lalu dia terus menyergah.Yana terkejut kemudian...

PRAANGGGG..Pasu yang berada di tangan Yana terlepas.Yana tergamam seketika.
"kau buat ape haa?!!" Amri memekik.
"saya...saya...saya cuma nak kejutkan aw.." Yana gagap, percakapannya dipotong oleh Amri.
"keluar!!....aku cakap keluar!!..keluar"

Air mata mula hadir di tubir mata Yana apabila dia ditengking sebegitu.Dia berlari keluar dari bilik Amri ke biliknya.Dia menangis sambil memeluk lututnya.Dia sedih.Sebelum berkahwin dia menyangka suaminya seorang yang memahami, namun sangkaannya melecet 100 peratus.Menangis, itu sahaja yang mampu Yana lakukan. Selama beberapa jam dia menangis. Matanya membengkak. Dia tidak peduli akan Amri lagi. Lagipun,bukan niatnya untuk memecahkan pasu itu.

***********************************

Amri memandu ke kolejnya yang terletak tidak jauh dari banglo yang dihadiahkan oleh ayahnya. Pagi ini,Amri rasa tidak sempurna kerana Yana langsung tidak keluar dari biliknya. Dia mula dihampiri dengan rasa bersalah."heishh, kenapa dengan aku ni?kenapa aku asyik fikirkan dia je ni?" Hatinya berkata-kata.

************************************

Sudah 2 hari, dia dan Amri tidak bertegur sapa.Kadang-kadang, seharian dia tidak bersemuka dengan suaminya.Namun, dia tidak terlepas hari ini.Semuanya bermula dengan.....
"ala..nak makan ape ek hari ni?" soal Yana dalam hati.Semua barang dapur sudah habis, yang tinggal hanyalah biskut kering.Tidak lama kemudian, Amri pulang dengan membawa beberapa kotak KFC.Amri bersiap sedia untuk makan.Dia langsung tidak mempelawa isterinya untuk makan bersamanya.Yana berpura-pura minum air.Perut Yana berkeroncong."Cewahh..buat tak peduli konon..padahal lapar..kau ingat aku tak tahu ke yang barang dapur dah habis..hhahhaha" Amri mengutuk dalam diam.Melihat Amri yang tidak mahu mengajaknya makan bersama,Yana tekad untuk balik ke biliknya.Lapar.Baru dua tapak dia berjalan, Amri..
"Aku tahu kau lapar, datang sini..makan sekali...nah.."  Yana teragak-agak untuk mendekatinya. Takut jika  ditengking olehnya sekali lagi, namun...
"Aku takkan marah kau..dah..datang sini makan" Kata Amri.Yana pun mendekati Amri.Mereka makan bersama-sama.Tanpa disedari, mata Amri tertumpu kepada Yana.Dia merenung wajah isterinya."Cantik jugak kau ni kan..emm..ehh..jap..jap..Amri kau okay ke tak ni?"  Amri berkata-kata di dalam hati.

Amri cuba pulang ke realiti.Tiba-tiba Amri berkata..
"Yana..sorry psal hari tu..pasu tu arwah abang aku bagi..tu pasal aku marah bila kau pecahkan..dan tu je satu-satunya pemberian abang untuk aku"
"awak..awak ada abang?saya tak tahu pun"
"emm..tapi dia dah meninggal sebab barah otak"
"saya minta maaf..saya betul-betul tak sengaja..maafkan saya.."
"tak pe lah..hahaaha...wei Yana..kau memang selalu macam ni ek?" Amri ketawa tiba-tiba.Gila kot..
"ape?" Yana hairan
"makan comot...dengan sos kat hidung..macam budak-budak..ehh..correction..macam budak-budak bodoh pun ada..hhahaaha"
"ishh awak ni..mana ada..btw..saya ni pandai ok.."
"pandai ape?buat taik mata?hahhaha..kalau yang tu memang aku setuju..hahaaha"
"ok..tak cayee..tengok result spm saya nanti.." Yana berkata dengan bangga.Amri pula mencebik.
"eleh..blah la..setakat spm..ciput je..sambil masak pun boleh buat" Amri berkata pula.
"alahh tahu la dia dah lepas..berlagak pulak"

Makan malam mereka pada hari itu dipenuh dengan bualan dan gelak ketawa.Hari yang indah untuk mereka jadikan memori agar tidak dilupakan.

************************************

Aku 18..Dia 22..Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt