Bab 18

16.8K 559 5
                                    

Yana terasa dirinya dipeluk erat dari belakang.Matanya yang masih berat itu dipaksakan juga untuk celik.Dia memusingkan badannya dan..."haa..ab..abang??"mulutnya berkata namun seakan-akan berbisik dan mukanya sudah pun memerah apabila teringatkan caranya yang meminta Amri supaya tidur bersamanya.Dia kini mengiring menghadap Amri.Amri tidur lena sekali,dia kelihatan begitu penat dan muka Amri kini betul-betul di hadapan mukanya.Yana meneliti muka suaminya itu.Dari mata hingga ke bibirnya suami itu.Semuanya sempurna.Semua milik suaminya begitu sempurna di matanya.

Tangan Yana mula merayap ke rambut Amri.Disentuhnya dengan kasih-sayang dan lembut supaya tidak mengejutkan Amri dari lena.
"Abang..tolong jangan tinggalkan Yana..Yana sayang abang .." Mulutnya berbicara namun nadanya perlahan.Cukup perlahan untuk dijamah oleh pendengaran Yana sahaja.

************************************

Amri bangun dari tidurnya.Rasa penat memandu semalam akhirnya diubati juga dengan tidur yang panjang semalam.Dia menoleh ke sisi dan Yana sudah tiada di sebelahnya.Dia baru perasan yang jam sekarang menunjukkan pukul 10 pagi, jadi maknanya dia bangun lambat."huhhh" Dia mengeluh dan ada sesuatu yang menganggu fikirannya ketika ini.Yang pastinya ia berkenaan dengan Yana.Dia meraut mukanya beberapa kali serta menggosok matanya yang baru celik itu.Amri bangun dan terus menuju ke bilik air untuk mandi.

Selesai mandi, dia pun keluar dari bilik air.Tubuhnya hanyalah dibaluti dengan tuala di paras pinggang.Amri tercari-cari baju untuk disarungkannya.Rasanya, Yana ada mengemaskan baju untuknya sekali.Namun beg pakainya sudah pun kosong.Hairan dan pelik.Ini mesti kerja Yana, jadi lebih baik dia tanya Yana.

Mahu saja Amri membuka pintu bilik, dia terjumpa sekeping memo.Dan tulisan yang tentera di memo itu pastinya tulisan satu-satunya isteri yang dia ada.Ianya tertulis...

Abang, mesti abang cari baju tak jumpe kan?hahaahaha..padan muke :P..abang jangan la marah..tu baju abang ade je..Yana dah pilihkan baju untuk abang pakai..Yana letak dekat penyidai tu..kalau tak jumpe jugak panggil Yana..
                                          -YANA-
Amri mempunyai satu idea bagi membalas usikan isterinya itu."hahahaa..usik orang yee..siap die..hehe" Hatinya mula berkata-kata.

************************************

Aku 18..Dia 22..Where stories live. Discover now