Bab 32

15.2K 395 41
                                    

Sebulan sudah Amri keseorangan.Amri termenung.Yana sudah pulih cuma belum sedarkan diri.Amri berserah dan bertawakal kepada Allah.Hanya kepada Allah, dia berserah.Namun begitu hidupnya penuh dengan kegelapan, tiada langsung terpancar sinar keceriaan di wajahnya.

Telefon ditekup ke telinganya.Dia perlu lakukan sesuatu.Harus.Sampai bila dia harus menyimpan perkara ini.Sampai bila?

"Assalammualaikum Umi.."Amri memulakan percakapan.
"Waalaikumsalam..Am ke ni?.."Suara yang didengari Puan Salmah seperti suara Amri.Kalau Amri kenapa suaranya seolah-seolah dia sedang bersedih.
"a'ah..ni Am..Umi..Yana..Yana..ni semua salah Am umi..umi hukum Am..umi hukumlah Am mi.."Amri seakan-akan merayu.Suara lelakinya bergetar.Titis demi titis air mata lelakinya mengalir.Rasa bersalahnya masih terbuku, tidak pernah surut namun semakin menebal hari demi hari.Puan Salmah tidak sedap hati.Perasaan risau kini mengisi ruang hatinya.
"apa jadi kat Yana, Am..bagitau umi..apa Am dah buat kat anak umi?.." Desak Puan Salmah.Gelisah tidak terkata dirinya ketika itu.Ibu mana tidak sayangkan anak.
"Am....."
******************************
Katerine ke hospital.Kini genap seminggu dirinya berbadan dua.Sudah berkali-kali dia menelefon Fahmi.Namun pelbagai-bagai alasan yang diterimanya.Teringat kali pertama dia menelefon Fahmi lima hari lalu.
"you..i pregnant you..pleasee.."Rayu Katerine yang sudah teresak-esak.
"gugurkan..i tak nak..you..please tanggungjawab you.."Katerine separuh menjerit.
"you..hello!!hello!!" Panggilan diputuskan.
Selepas itu tiada lagi kedengaran suara Fahmi.Nombornya juga seperti tidak digunakan lagi.

Katerine kembali ke realiti.Dia bagaikan kaku.Buntu sudah otaknya berfikir.Tepu.Apa yang harus dia lakukan.Dia tidak sanggup menanggung malu dan dilabel sebagai 'Perempuan Murahan'.Biarlah dia seorang sahaja yang tahu perbuatan terkutuk itu sebati dalam dirinya.

Keadaan Katerine yang sedikit kusut menarik perhatian sebahagian pelawat hospital itu.Dengan matanya yang merah seperti dua tiga hari berendam dengan air mata itu merisaukan seseorang.Katerine diperhatikan dari jauh.
******************************

Aku 18..Dia 22..Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz