Bab 17

17.9K 585 19
                                    

Sampai juga Amri ke rumah mak mertuanya.Kelihatan Yana yang masih tidur di sebelahnya membuatkannya tersenyum sendiri.Terkenang dia akan peristiwa dimana dia meninggalkan Yana bersendirian di dalam kereta.Kelakar bila difikirkan kembali.Dia mengejutkan Yana yang sedang tidur lena disebelahnya agar bangun kerana sudah sampai.
"sayang..bangun..bangun..kite dah sampai nii...sayang"
"ermm...ermm" Yana membalas namun matanya masih belum celik.Amri tersenyum sambil menggelengkan kepalanya dengan perlakuan Yana itu.

Amri keluar dari keretanya.Kelihatan ibu dan ayah mertuanya sedang menunggu di beranda rumah.Diambilnya beg-beg pakaian dan diangkut ke dalam rumah.Dia menyalam keluarga mertuanya.Puan Salmah seraya berkata
"hurm..Yana tu mesti tidurkan..."Amri hanya tersenyum.
"dia tu kalau dah tidur memang macam tu..susah sangat nak bangunnye.."
"a'ah..tu la ibu..Amri ingat nak angkat je terus..kesian nak kejut dia..lagipun,muka dia pun nampak macam penat sangat je.." Amri memberitahu niatnya.Puan Salmah dan Encik Adam hanya tersenyum.Beruntung Yana kerana mendapat suami seperti Amri.Tidak silaplah mereka jodohkan Amri dengan Yana dahulu.
"ermm..yelah Amri..sekarang pun dah pukul 11 lebih dah ni..terus masuk tidur je lah.." Puan Salmah menyokong Amri.

Amri mengangkat Yana terus ke dalam bilik mereka.Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, Amri terus mengunci pintu bilik tersebut.Sebenarnya, Yana sudah berpesan kepadanya supaya jangan tidur sekatil dengannya apabila dikampung nanti.Yelahkan, jikalau di rumah pun mereka tidur di bilik berasingan, inikan pula berkongsi katil, memang tidaklah.Dia meletakkan Yana diatas katil.Diselimutnya Yana agar tidak sejuk dengan kedinginan malam di sini.Almaklumlah rumah mak mertuanya di betul-betul dekat dengan laut.Sejuk apabila cuaca malam.Risau dia kalau isterinya sakit.

************************************
"haishh..mana abang ni lambatnya.."Rungut Yana.Amri sebenarnya sudah berjanji akan mengambilnya pulang selepas berjumpa dengan Qistina tadi.Namun sampai sekarang batang hidung suaminya masih tidak kelihatan.Sudah 45 minit dia menunggu di sini.Sebuah kereta tiba-tiba berhenti dihadapannya.Keluar beberapa orang lelaki daripada kereta tersebut lalu menerpa  kearahnya.
"apa ni...lepaslahhh"
"lepass..le..lepass..."Yana mula menangis.
"abang..abang"
"abang..abang mana..abang.."Masih berharap suaminya akan datang menyelamatkannya.
"abang..tolong Yana abang.."
"abang!!abangg...tolong Yana abang.."

Tangisannya semakin kuat.
"abangggg...."

"Yana..yana..hei..bangun..abang kat sini ni..." Amri kejutkan Yana yang masih menangis.Yana mimpikan sesuatu.Itu yang Amri fikir.
"a..abangg..Yana takut.." Yana akhirnya sedar dari mimpi ngerinya, segera dia memeluk Amri.Dia menangis di dalam dakapan Amri.
"heii..sayang..dah..dah..jangan nangis ek..abang ade nii..shuu..dah..dah" Amri memujuk.Tidak pernah dia melihat Yana menangis teruk begini.Bengkak mata Yana.Yana tetap menangis dan terus menangis.

"Abang..abang tidur sebelah Yana..jangan tinggalkan Yana ek?"Kata Yana tersedu-sedu.Dia masih menangis.
"hurm..okey..okey..jangan nangis sayang..abang takkan tinggalkan sayang..shuu.." Amri menurut.Dia peluk Yana seerat-eratnya.Biar Yana rasa selamat didalam pelukannya.

Akhirnya,mereka tidur berpelukan.Malam itu menjadi malam pertama mereka tidur sekatil.Dan malam itu juga Yana tidur didalam pelukan seorang lelaki yang berpangkat suami.

Aku 18..Dia 22..Where stories live. Discover now