Bab 4

25.3K 783 5
                                    

"Yana, kau tahu tak..aku rindu giler kat kau..lama kot tak jumpe...last kite jumpe pun masa last paper SPM kan?"

Katanya seraya memeluk Yana.Qistina gembira yang teramat sangat, tidak sangka pula bahawa lawatannya ke Kuala Lumpur ini dapat menemukannya semula dengan sahabat baiknya dahulu di sekolah menengah.
" Tu lah..aku pun tak sangka dapat jumpe kau balik.. rinduu sangat bestie aku nii "

Balas Yana.
"Alang-alang dah jumpe ni..jom la lepak kat mana-mana..rindu nak sembang dengan kau ni.."

Qistina mengajak sahabat lamanya agar mereka dapat meluangkan masa bersama.
"ala..aku nak.. tapi ada hal la..sorry tak boleh la" Yana terpaksa menolak.

************************************
"Sebabkan kau ..aku kena tolak markah..kau ni kan..memang la"

Amri bengang dengan salah seorang ahli kumpulannya, Syasha.Ini semua kerana Syasha tidak menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Amri kusut.Mujur class nya sudah berakhir.Amri menghidupkan enjin keretanya lalu menyusur laju keluar dari kolejnya.Setibanya dirumah, dia melihat Yana yang sudah pun bersiap-siap untuk ke pasaraya membeli barang dapur.Sudah beberapa kali Yana mengajaknya, namun dia asyik menolak kerana dia terlalu sibuk dengan assignment yang diberikan.Hari ni pun, sebenarnya dia ingin menolak kerana dia berasa tidak beberapa sihat namun melihatkan Yana yang sudah bersiap, dia terpaksa membatalkan niatnya.

************************************
"Awak..nak yang ni ke yang itu?Yang mana sedap?"

Yana bertanya kepada suaminya.Dari tadi dia perasan yang Amri banyak mendiamkan diri hari ini.Yana bingung.
"awak..awak..saya tanya ni..jawab la"

Yana memanggil Amri beberapa kali setelah tiada respond yang diberikan.
"kau ambik la yang mana pun..dua-dua sedap.." Amri membalas.
"ye ke dua-dua sedap?tapi mahal sangat la..saya tak tahu nak pilih yang mana"
"Yana..pilih je..tapi tolong lah cepat sikit..aku tak larat la..penat"

Jawab Amri.Yana hanya mengangguk kerana takut dimarahi, memandangkan angin Amri tidak beberapa elok hari ini.

************************************

Makan malam hari ini Spagetti.Simple.Yana hanya perlu panaskan sosnya sahaja.Selesai menyediakan makan malam, Yana memanggil suaminya untuk turun makan bersama.Namun panggilannya tidak dibalas.Dia memanggilnya lagi tapi kali ini suaranya dikuatkan sedikit.Panggilannya tetap juga tidak dibalas.Oleh itu dia mengambil keputusan untuk naik dan masuk ke dalam bilik Amri.Dia mengetuk pintu sebelum masuk dan apabila dia masuk, Yana dapati suaminya sedang tidur sambil berselimut hingga ke paras dada.Dia mendekati dan duduk di sisi Amri untuk mengejutnya supaya makan bersama.
"Awak...ooo...awak...jom la makan.." Panggil Yana lembut.Amri tersedar dari lenanya.Yana pun beredar dan Amri membuntutinya untuk turun makan.Baru dua tapak dia melangkah....Amri sudah pun terbaring di lantai.
"awak..kenapa ni?awak..bangun la.. jangan la main-main..awakk" Yana mula panik dan menangis.
"awak..tolonglah bangun..panas nye badan awak..awakkk.." Yana mengangkat Amri ke katilnya.Sakit badannya yang kecil itu apabila perlu mengangkat suaminya ke atas katil semula.Yana menangis.

************************************
"apa basah-basah kat dahi aku ni?" Kata Amri dalam diam lantas meraba dahinya.Akhirnya dia sedar juga.Dia lihat Yana yang setia menemaninya sudah pun tertidur di birai katilnya.Dia perasan yang mata Yana agak bengkak namun dia tidak tahu pula mengapa.
"ehh..awak dah sedar ke?awak okey?ada sakit kat mana-mana? Tanya Yana yang baru bangun dari tidurnya.
"aku okey lah..kau ni risau sangat apehal..rilek la.."
"mestilah risau..awak tu suami saya..kalau jadi ape-ape macam mana..jangan buat dah macam ni..saya tak suka tahu tak" Airmatanya mula hadir.
"eh..emo sangat isteri aku ni kenapa?demam je pun" Bisik hati kecil Amri.Dia tidak sangka yang Yana akan mengalirkan air mata kerana dia demam.
"ala..tu pun nak nangis..aku belum mati lagi pun..dah..dah..jangan nangis ye sayang..meh..sini meh.." Amri memujuk lantas memeluk Yana setelah Yana mendekatinya.Yana kaku dalam pelukan Amri.Tangisannya kini semakin redha dan airmatanya membasahi bahagian dada baju Amri.
"dah..jangan nangis..aku janji tak buat dah..jangan nagis la..habis basah baju aku..dah..dah.."

Kata Amri.

************************************

Aku 18..Dia 22..Where stories live. Discover now