Bab 23

18K 529 38
                                    

Cuaca mendung hari ini seperti menggambarkan perasaan Amri ketika itu.Walaupun dia sudah habis kelas, namun hasrat untuk pulang ke rumah langsung tiada.Hatinya masih panas dengan apa yang berlaku semalam.Entah pukul berapa dia terlelap semalam, dia pun tidak tahu.Semuanya kerana telinganya asyik menangkap bunyi tangisan Yana.
Imran hairan.Hari ini rakan baiknya itu kurang bercakap.Sepatah orang bertanya,sepatah jugalah yang dia akan menjawab.Pelik ,itu yang dirasakannya.Malah bila ada perbincangan berkumpulan,dia yang paling bersemangat.Namun hari ini segalanya berbeza.Berbeza sekali dari selalu.Dia harus membantu, niatnya diluahkan.
"Kau ni Am...okey tak?aku tengok kau diam semacam je?Yana mengandung ke?hahaahaha" Dia cuba menceriakan Amri.Namun apa yang diterimanya hanyalah jelingan maut Amri.
"tak kelakar la bro..tak de pape la Im..biase la hal rumah tangga...tak de pape lah..kau tak yah risau aku okey" Amri seakan-akan memahami niat Imran yang ingin membantunya.Namun dirasakan Amri, biarlah hanya Yana dan dia sahaja yang mengetahui masalah yang mereka hadapi.Tidak perlulah dia memberitahu sesiapa hal ini.
************************************
Entah mengapa perasaan Puan Salmah tidak tenteram hari ini.Dia merasakan sesuatu perasaan yang pelik.Ini kali pertama dia terasa begitu.Kalau dirinya dibandingkan dengan suaminya, Mohd Adam begitu berbeza sekali.Suaminya itu kelihatan gembira sahaja, siap bernyanyi-nyanyi lagi sewaktu berkebun.
"Abang ni happy semacam je hari ni kenapa?"Tanya Puan Salmah.
"laa...tak kan tak boleh kot nak happy..bukan selalu..Ni yang awak ni emo semacam ni kenapa pulak?Sampai saya happy pun nak marah" Jawab Encik Mohd.Pelik dia dengan perangai isterinya hari ini.
"tak de lah bang..tah lah..hati saya ni hari ini rasa semacam jee.."
"awak tu je yang perasan bukan-bukan..."
"tapi bang..saya.." Percakapannya dipotong oleh Encik Mohd.
"dah-dah..tak payah fikir sangat la..mengarut je awak nii..."  Encik Mohammad Adam meninggalkan isterinya yang termenung itu di ruang tamu.Dia keluar untuk menyiapkan kerja di ladangnya yang belum selesai.Melihat suaminya yang baru keluar, Puan Salmah terus mengangkat ganggang telefon lalu mendail nombor telefon Yana, anaknya.
Tutt..Tutt..Tutt..Tutt
Tiada jawapan.Dia terus mendail nombor itu buat kali kedua.Masih tiada jawapan.Risau sungguh hati tuanya.Didailnya pula nombor menantunya pula, ingin diluahnya perasaan risau itu kepada menantu.
"hello..assalammualaikum Amri..ni umi nii..." Kata Puan Salmah.
"ohh..waalaikumsalam..umi.." Jawab Amri.
"Amri ada kat mana ni? Busy ke?"
"Amri ada kat Kolej ni..ada class lagi jap lagi..tak busy pon.."Bohong Amri.
"Korang dua okey? sihat?"
"Yana dengan Amri okey je..sihat alhamdulillah..kenapa umi tanya?" Dia hairan dengan soalan mak mertuanya.Seolah-olah mak mertuanya dapat menghidu apa yang  telah berlaku didalam rumah tangganya.
"tak de lah Amri...hati mak hari ini tah rasa semacam jee..." Puan Salmah akhirnya meluahkan kegusaran yang dihadapinya.
"ohh..."Amri lega.Hilang semua syak wasangka terhadap Yana yang disangkakannya bahawa Yana yang mengadu kepada mak mertuanya.
"sebelum umi call Amri ni, umi ada call Yana..banyak kali pulak tu..tapi tak de sape angkat..tu umi call kamu tu.." Jelas Puan Salmah.
"Dia busy kot umi..may be dia keluar dengan kawan dia tu"Amri meneka.
"ye ke...tapi umi risau la Amri..cube kamu call Yana pulak.."
"ermm..okey..nanti Amri call dia..umi jangan risau la..okeylah umi..kirim salam ayah..assalammualaikum.." Amri berbasi-basi.Kalau diikutkan hatinya, ingin sahaja dia buat tidak peduli pasal Yana.Namun oleh disebabkan umi yang minta dia terpaksa turutkan.
"insyaallah..waalaikumsalam.."
Perbualan diantara Puan Salmah dan Amri akhirnya berakhir.Lega Puan Salmah apabila dapat meluahkan gusarnya kepada menantunya.
************************************
p/s:jangan lupe membaca novel terbaru rakan saya mia_99 di Wattpad yang bertajuk Husband.Semoga terhibur..

                                                    penulis..

Aku 18..Dia 22..Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin