Bab 9

18.6K 596 2
                                    

"Hello..Yana..kite kene balik kampung hari ni jugak"
"haa?ape!! kenapa ni?kenapa tibe-tibe je"
"kau kemas ape yang patut..pukul 2 aku amik kau kat rumah..ok bye"
"tapi....." Talian sudah pun diputuskab oleh Amri.Yana tidak sempat berkata apa-apa.
"haish..ape hal suami aku ni?kalut semacam je..ade pape ke?" Hati kecil Yana bertanya.

************************************

Amri terkejut selepas menerima panggilan daripada ayahnya.Mamanya pengsan.Tidak pernah pula mamanya pengsan ataupun sakit sebelum dia berkahwin dulu.Apa-apa pun yang berlaku dia terpaksa balik ke rumahnya hari ini juga untuk melihat keadaan mamanya itu.

************************************

Jam menunjukkan pukul 2 petang.Amri masih belum pulang.Sakit kepalanya pula makin menjadi-jadi akibat berkemas dalam keadaan yang terburu-buru.Tadi pun, dia belum sempat berkata apa-apa, Amri sudah pun memutuskan talian.

Deruman kereta menandakan bahawa Amri sudah pun pulang.Yana bangun lantas membuka pintu untuk suaminya itu.
"awak..awak dah makan?"Yana cuba menegur suaminya.
"belum..nanti kita singgah mana-mana..makan sama-sama..saya nak tukar baju jap"Balas Amri sebelum menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Mata Yana mula kabur.Denyutan di kepalanya semakin kuat.Namum dia masih boleh mengimbangkan badannya.Ahh..dia mesti bertahan.Amri turun dan terus mengambil beg pakaian Yana untuk diletakkan di dalam but kereta.Yana berdiri betul-betul di depan pintu.Tangannya pula memegang pintu untuk menahan dirinya daripada jatuh terjelopok di lantai.

Amri melihat Yana yang tidak bergerak itu menegurnya..
"Yana, cepatla..nanti lambat sampai.. kau nii..ermm..sebelum aku lupa..sorry..lain kalilah kite keluar ek.."Katanya lantas memasuki perut kereta.

Yana memandang muka suaminya itu dan membalasnya dengan senyuman tanda faham akan percakapan suaminya itu.Peluh di mukanya dilap supaya tidak menampakkan dia yang sedang menahan kesakitan.Dia mengunci pintu rumah dan segera memasuki perut kereta suaminya.

************************************
"huhh...harap-harap berjaya rancangan aku ni" Desis hati Datin Maria.Sebenarnya,dia hanya berpura-pura pengsan.Ini semua kerana dia mahukan anak-anaknya pulang.Dia paling berharap sekali supaya anak bongsunya iaitu Amri pulang supaya dia dapat berjumpa dengan Kate yang akan datang ke rumahnya untuk melawat pada minggu itu.

************************************

Aku 18..Dia 22..حيث تعيش القصص. اكتشف الآن