Tangannya yang menggenggam tanganku, aku lepaskan. Kini aku pula yang menggenggam tangannya. Seperti biasa, jarinya pasti akan dipicit-picit seperti bola. Aku senyum kecil. Suka benar picit jari suami, entah apa yang best sangat jari pakcik sebelah ni.

"Kalau sayang tak selesa, boleh turunkan seat tu. Lepastu tidur," ujar Hamidi. Aku memandangnya. Mencebik mendengar ujaran. Kemudian kepala digeleng kecil.

"Nak sampai rumah bukannya makan masa berjam-jam, sia-sia je tidur..." ujarku. Hamidi ketawa kecil.

Suasana diam kembali. Hamidi fokus dengan pemanduannga sementara aku fokus dengan menunganku.

"Sayang," sekali lagi Hamidi menegur.

"Hmm..."

"Menungkan apa?" tanya Hamidi kerisauan. Aku menggeleng kecil.

"Habib," kali ini aku pula yang memanggil setelah lama mendiamkan diri.

"Ya?"

"Kita pergi hospital, jom." aku menegakkan postur badan. Betul-betul menghadapnya. Hamidi mengerutkan dahi sebaik mendengar ajakanku.

"Sayang tak sihat ke?" tangkas sahaja belakang tapak tangannya menyentuh permukaan dahiku. Aku berdecit. Tangannya didahiku diturunkan kasar.

"Habib," geram pula aku. Dia punya risau tu, tak bertempat.

"Aisya sihat, walafiat." ujarku bernada geram.

"Jadi, nak pergi hospital buat apa?"

Aku diam mendengar soalannya. Agak-agak kalau aku bagitahu, dia marah tak?

"Sayang, Habib tanya ni..." lembut Hamidi menegur.

"Kita pergi melawat Sumayyah?" pintaku. Takut-takut nadaku. Aku menggigit bibir bawah apabila melihat wajah Hamidi tiada reaksi.

"Habib, boleh kan?"

Satu lagi tips untuk yang berkahwin. Kalau nak pujuk suami, tapi suami sedang dalam keadaan mood macam Hamidi ni. Kita belai-belai tangannya. Takpun ajak-ajak gurau sikit. Langkah kanan, dia terpujuk gitu.

Macam yang aku buat sekarang. Mengusap lembut kekura tangannya. Kemudiannya tangannya dibawa kepipiku. Ditekapkan dipipiku yang dikembangkan.

"Nak pujuk Habib ke?" Hamidi menjongketkan kening memandangku. Aku menggeleng.

"Ni bukan pujuk, ni bodek." aku sengih tak bersalah.

Hamidi mencebik.

"Boleh kan?" lengannya dicucuk-cucuk.

Hamidi tidak membalas. Aku pula menggigit bibir bawah bila Hamidi hanya diam.

********
Tangan Hamidi digenggam erat. Tak pernah rasa setakut ini bila berjalan di hospital.

"Sayang okay tak? Kita balik jelah," Hamidi menghentikan langkah. Memandangku dengan dahinya yang berkerut.

Aku menggeleng.

"Tangan sayang ni sejuk lain macam, kita balik ya?" Hamidi memujuk.

Aku menggeleng.

"Aisya okay, InShaa Allah. Habib-kan ada dengan Aisya?" aku senyum lebar. Cuba menenangkannya. Aku yang berdebar, dia yang lebih.

"Kita datang lain kali, okay?"

"Habib," aku menggeleng laju dengan wajah cemberut.

"Dah, jom. Lagi lama dekat sini, lagi lambat Aisya boleh rehat." aku mencebik. Hamidi melepaskan keluh. Kepala ku diusapnya sebelum ditarik dan dikucupnya. Dekat ruang hospital pun sempat lagi? Pakcik ni, mengambil kesempatan dalam kesempitan!

Ustaz, Tunggu Saya!Where stories live. Discover now